Halaman

Ahad, 12 Februari 2017

TOK GAJAH REBAH DIBAHAM LANG

ALOR SETAR: Juara Piala Sumbangsih 2017 Kedah menepati statusnya apabila menewaskan Pahang 4-1 di Stadium Darul Aman dalam aksi Liga Super, semalam.


Gawang lawan bergegar seawal minit ke-2 apabila Sandro Da Silva melakukan cubaan sulung menerusi tendangan percuma namun ia sedikit tersasar. Kedah terus mengatur gerakan kemas untuk mencipta peluang pada minit ke-10 melalui gerakan Syazwan Zainon dari bahagian kanan pintu gol Pahang namun gagal disambar kemas peluang terhidang itu. 

Selang seminit, Pahang pula melakukan percubaan melalui tandukan pemain importnya, Francisco Insa untuk mencemaskan pintu gol Kedah namun percubaannya tersasar melepasi palang. Pada minit ke-38, Sumareh Mohamadou melakukan gerakan sebelah kanan pintu gol Kedah namun ditepis penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal. 

Video Highlight 1 : Kedah 4 - 1 Pahang

Pemain tengah Kedah Sandro Da Silva hampir mencetak gol melalui percubaan sepakan percuma pada minit ke-42 namun cubaannya ditepis penjaga gol Pahang, Wan Azraie. 

Gol yang dicari cari Kedah muncul di penghujung babak pertama apabila percubaan cantik menerusi rembatan kencang Baddrol Bakhtiar dalam kotak penalti tepat menggegar gawang Pahang.


Bermula babak kedua, Pahang yang mendapat sepakan percuma pada minit ke-47 gagal manfaatkan peluang apabila sepakan Ahmad Syamim berjaya ditepis oleh Ifwat Akmal. Kedah sekali lagi hampir menambah gol melalui penyerang utamanya Ken Ilso pada minit ke-58 namun rembatannya berjaya ditangkap kemas penjaga gol Pahang.  

Video Highlight 2 : Kedah 4 - 1 Pahang

Ken Ilso menambah luka Pahang apabila mencetak gol kedua untuk Kedah melalui percubaan pada minit ke-66 hasil gerakan oleh Liridon Krasniqi. Tersentak dengan gol itu, Farhan Roslan pantas menambah derita skuad Tok Gajah apabila meledak gol ketiga Kedah melalui rembatan kencang dalam kotak penalti. 

KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 2017 #LS4

Pahang akhirnya berjaya memecah kebuntuan dengan gol jaringan Matheis Alves pada minit ke-89 hasil gerakan pantas di depan pintu gol Kedah. Namun seminit berselang, tuan rumah sekali mengejutkan Pahang dengan gol jaringan keempat yang dihasilkan oleh Ken Ilso menjadikan kedudukan 4 -1 pengadil meniupkan wisel penamat.

credit : BH
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

Arkib Blog

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe