Halaman

Sabtu, 12 Mac 2022

Aidil Shahrin Mahu Bantu Syafiq Ahmad Menjadi Penyerang Terbaik Tempatan Di Malaysia



KDA FC kini sudah meraih dua kemenangan dalam dua perlawanan bagi saingan Liga Super Malaysia 2022 dengan mempertaruhkan seorang penyerang import iaitu Ngah Wanja pada musim ini

Musim lepas, Kedah memiliki dua penyerang import iaitu Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.


Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC, Aidil Shahrin menegaskan bahawa beliau sangat komited untuk membantu pasukan Harimau Malaya. Beliau sedar Malaysia tidak memiliki penyerang tempatan yang berkualiti.


Tambah Aidil, beliau amat gembira kepulangan Syafiq di Kedah kerana beliau tahu Syafiq berpotensi tinggi untuk menjadi penggempur skuad Harimau Malaya.


“Saya disini untuk membantu bola sepak Malaysia. Kita tidak ada penyerang tempatan yang terbaik ketika ini.

“Syafiq mempunyai potensi yang tinggi. Walaupun beliau kini berada di pasukan terbaik, tetapi syafiq kurang minit permainan di sana.”


“Saya sangat bebesar hati untuk terima syafiq kembali untuk membantu beliau menjadi sebagai seorang penyerang tempatan yang terbaik di Malaysia,” kata Aidil dalam temubual bersama Astro Arena.



 

Syafiq Ahmad merupakan salah satu pemain tunggal dari Kedah FC yang tersenarai dalam 30 pemain yang dipanggil untuk sertai kem latihan pusat Harimau Malaya bermula 14 Mac ini.


Berikut senarai penyerang tempatan yang bakal dipertaruhkan pasukan Kedah FC pada musim ini.


Syafiq Ahmad ( 26 Tahun)

Aiman Afif (21 Tahun)

Mohammad Afeeq Iqmal (23 Tahun)

Fikhri bin Zulkiflee (22 Tahun)


Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe