Halaman

Sabtu, 2 Disember 2017

"SABAQ SAT NA"


PERBINCANGAN kini giat dijalankan di antara Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan bekas penolong jurulatih Kedah, Ramon Marcote di dalam usaha untuk membawa beliau kembali membimbing Hijau Kuning pada 2018.

Pengarah ECK Sdn Bhd, Puan Sri Ginney Chew berkata, setakat ini beliau difahamkan semua proses rundingan berjalan lancar dan berharap kedua-dua pihak akan mencapai keputusan yang positif.

Menurutnya, beliau juga berharap penyokong Kedah dapat bersabar untuk menunggu pengesahan rasmi daripada badan induk bolasepak Kedah tersebut.

"KFA memang sudahpun hubungi Marcote dan menawarkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan namun pada waktu yang sama beliau juga perlu meneliti perkara tersebut sebelum jawapan diberikan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah kini berada di Kuala Lumpur dan kemungkinan besar akan mengumumkan keputusan penuh di Alor Setar dalam tempoh terdekat .

Sementara itu, laman Facebook rasmi KFA kelmarin turut memuat kembali video ucapan Marcote pada final Piala Malaysia 2015 yang menyifatkan penyokong Kedah dan kelab dari Sepanyol, Atletico Madrid antara terbaik yang pernah beliau saksikan dalam hidupnya.

Biarpun belum ada kenyataan rasmi dari KFA, namun rata-rata penyokong Kedah percaya pengendali yang dekat di hati mereka itu akan kembali semula sebagai ketua jurulatih pada musim hadapan.

sumber Sinar Harian
Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe