Halaman

Sabtu, 28 Oktober 2017

"JDT PILIHAN SAYA JUARA PIALA MALAYSIA"- SATHIA


SATHIA PILIH JDT JUARA PIALA MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan memilih skuad kendalian Ulisses Morais, Johor Darul Ta'zim (Johor DT) sebagai pilihan utama untuk muncul juara Piala Malaysia apabila turun berdepan Kedah di Stadium Shah Alam, 4 November ini.

Menurutnya, berdasarkan barisan pemain bertaraf bintang dan kemudahan latihan serba moden seharusnya mereka tidak berdepan masalah untuk menjulang piala berprestij itu buat kali pertama sejak menggunakan nama Johor DT pada 2013.
Untuk rekod, Johor pernah memenangi Piala Malaysia dua kali pada 1985 dan 1991.

"Kalau dilihat kepada barisan pemain, sepatutnya Johor DT menjadi juara. Mereka patut jadi juara sebab mereka ada segala-galanya.
"Melihatkan kepada tonggak berbakat mereka, memiliki kemudahan canggih serta mempunyai bos (pemilik Johor DT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang terbaik mereka patut memenanginya, " katanya.

Johor DT yang sudah menjuarai pelbagai kejuaraan domestik dan antarabangsa termasuk menjulang Liga Super (2014, 2015, 2016, 2017), Piala FA (2016), Piala Sumbangsih (2015, 2016) serta Piala AFC (2015) kini dalam misi untuk memburu kejuaraan Piala Malaysia yang masih belum berada di kabinet mereka.

Begitupun, Sathianathan menegaskan Kedah bukanlah lawan yang mudah untuk ditumbangkan dan mampu mencipta kejutan sekali gus mempertahankan trofi itu buat kali kedua berturut-turut.

"Tapi Kedah seperti yang anda tahu, mereka mampu membawa elemen kejutan seperti yang disajikan ketika menewaskan pasukan saya (FELDA United) di separuh akhir tempoh hari.

"Mereka beraksi tanpa khidmat pemain utama seperti Liridon Krasniqi, Ken Ilso dan Khairul Helmi Johari yang ditimpa kecederaan dan penggantungan masih dapat mara ke final dengan menggunakan khidmat pemain muda.

"Ini kelebihan Kedah yang harus diawasi dan seandainya Johor DT ambil mudah, saya kira Piala Malaysia akan kekal di negeri Jelapang Padi itu buat musim kedua," katanya.

Pada final musim lalu, skuad bimbingan Nidzam Adzha Yusoff berjaya membalas kekecewaan final 2015 apabila menumbangkan Selangor menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan.
Share:

Selasa, 17 Oktober 2017

"SAYA MUNGKIN TIDAK AKAN MENOLAK DEMI MASA DEPAN SAYA"-SYAFIQ


"Saya dengan KFA pun sekarang masih lagi berbincang mengenai kontrak baharu. Tetapi agak mengecewakan kerana apa yang saya minta tak dapat.

"Ia berkaitan dengan kenaikan gaji dan sepatutnya ia tidak ada masalah kerana berdasarkan apa yang telah pasukan bagi. Dan perbincangan tersebut belum lagi habis kerana liga belum tamat lagi," luahnya.

Jelas Syafiq, sekiranya memang mendapat tawaran rasmi daripada JDT, dia mungkin tidak akan menolak demi masa depannya.

"Jika fikir masa depan, semua pemain nak pergi sana sebab ia sebuah pasukan yang tidak ada masalah kewangan.

"Saya kena fikir, dalam bola sepak macam-macam boleh jadi. Jadi inilah masa untuk kembangkan karier masa depan kerana kami semua bukan kerja kerajaan yang ada pencen.

"Kita ambil dari sudut positif sahaja. Saya baharu berusia 22 tahun, kalau dua tiga tahun di sana, umur saya baru 25,26 tahun dan peluang saya mencipta nama memang terbuka luas.

"Masa saya panjang lagi. Sebelum ini beberapa pemain kebangsaan yang pergi ke sana ketika usia 27 atau 28. Dan ketika usia inilah yang betul-betul sesuai sebelum usia 30 tahun.

"Sebahagian orang pertikai kalau pergi sana, lingkup kerana kurang bermain. Bagi saya itu tanggapan silap kerana ia sebuah kelab yang lengkap dan profesional dan kita bukan pergi bercuti. Kita berlatih di sana," ujarnya pemain kelahiran balik Pulau, Pulau Pinang ini.

Tambah Syafiq, tidak perlu jadikan perkara ini lebih sulit kerana ia sesuatu yang 'simple'. 

"Kalau kita nak jadikan mental teruk, ia akan jadi teruk. Jadi kita ambil positif sahaja," jelasnya.

Dalam masa sama, Syafiq mendedahkan pertemuan dengan TMJ lebih kepada berbincang mengenai skuad kebangsaan.

"TMJ ada beritahu bahawa beliau mahu mulakan ramai pemain muda dalam skuad kebangsaan dan hanya dua tiga orang pemain senior sahaja," katanya.

sumber : Mstar
Share:

Jumaat, 13 Oktober 2017

SYAFIQ AHMAD MENERIMA TAWARAN DARI JDT ?


PENYERANG kebangsaan bawah 22 tahun, Syafiq Ahmad menyifatkan sebagai satu penghargaan besar kepada dirinya apabila beliau antara lima pemain yang disebut diperlukan oleh kelab gergasi Liga Super, JDT pada musim hadapan.

Bagaimanapun, Syafiq belum memutuskan hala tujunya bagi musim 2018 kerana perlu fokus terlebih dahulu kepada baki saingan Liga Malaysia 2017 bersama Kedah.

Katanya, beliau sedia untuk mempertimbangkannya kerana kontrak bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan tamat pada musim ini.
Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe