Halaman

Isnin, 20 Februari 2017

BADDROL NAFI GAGAL JARINGAN AWAL DISEBABKAN TIADA TONGGAK UTAMA


Pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar, menolak kegagalan Kedah mencari jaringan awal menentang Kelantan disebabkan ketiadaan dua importnya, Liridon Krasniqi dan Sandro Da Silva. 

Ketiadaan kedua-duanya sebaliknya berjaya mencetus aksi lebih matang, terutama daripada pemain tempatan.

Baddrol tidak bersetuju andai ada yang berpendapat Kedah akan lebih berpesta gol jika beraksi dengan Liridon dan Sandro.

Malah, tekanan ekoran ketiadaan dua pemain itu berjaya mematangkan pemain muda yang nampaknya tidak mensia-siakan peluang yang diberikan jurulatih, Tan Cheng Hoe.

"Pada pendapat saya, ketiadaan Liridon dan Sandro tidak menggugat permainan Kedah. Semangat anak jati Kedah serta pemain-pemain muda yang diberikan kepercayaan jurulatih telah membantu membutirkan tiga mata buat pasukan," ujarnya.

Kenyataan Baddrol dikukuhkan lagi dengan pendapat Cheng Hoe yang menganggap peluang sepakan penalti yang terhasil layak diterima anak buahnya selepas banyak mengasak kubu Kelantan, terutama pada babak kedua perlawanan.

Dua peluang terbaik membabitkan Baddrol dan Ken Ilso yang terkena tiang turut dipuji Cheng Hoe, dengan melabelkan ia sebagai teknik yang menarik dan hanya kurang bernasib baik.

"Mereka telah menghasilkan satu teknik yang baik ketika melepaskan rembatan, namun nasib tidak menyebelahi. Saya dapat melihat kesungguhan pemain-pemain pada babak kedua perlawanan untuk mencari kemenangan," jelas Cheng Hoe.

Credit : StadiumAstro
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

Arkib Blog

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe