Halaman

Sabtu, 26 Februari 2022

Olubunmi Adigun Antara Pemain Import Terbaik Sepanjang Zaman






Olubunmi Adigun atau nama Islamnya, Abdul Rahman Adigun Abdullah adalah antara pemain import terbaik sepanjang zaman yang pernah Kedah miliki. Mempunyai kualiti, kredbiliti & dedikasi yang begitu tinggi selaku antara pemain import yang bernilai pernah menyarung Jersi keramat kita.


Seorang pertahanan kental, keras & mempunyai 'seni permainan' yang menakjubkan. Ketenangan beliau mengemudi & mengepalai benteng pertahanan sentiasa terserlah biar dalam apa saja keadaan. Bijak mengawal keadaan & mencuri bola di kaki lawan seolah lawan terpukau dengan beliau.


Hadir dengan menyarung JERSI NO 10 yang lazimnya disarung oleh seorang penyerang, beliau mencipta keunikan tersendirinya ketika itu. Bukan saja kelainan itu, malah ketika beraksi dipadang sepanjang minit perlawanan, beliau & rakan senegaranya, Peter Niekeitien ketika itu memakai kain tuala good morning di tengkuk & pergelangan tangan yang menpunyai cerita tersendiri. Ada cerita yang pernah saya dengar dari bekas-bekas lagenda Kedah, yang kain tuala itu direndam dengan air yang berbau bagi kepercayaan mereka untuk melunturkan semangat pemain lawan! Unik bukan😅


Selain itu , Adigun juga pernah bertindak selaku bidan terjun menjadi Penjaga Gol Kedah! 

.

Adigun mengambilalih posisi itu dikala kedua-dua penjaga gol utama Kedah ketika itu, Ahmad Sobri Ismail & Azmi Mahmud tercedera dalam satu perlawanan. Itulah lagi keistimewaannya. Antara pemain kesayangan Allahyarham Dato Ahmad Basri Akil ketika itu, biarpun Adigun kadang kadang agak 'nakal', namun kredbilitinya itulah yang menjadikan beliau kesayangan untuk semua penyokong ketika itu.




Gempar juga dengan cerita kontroversi dalam keriernya ketika di Kedah namun tetap tenang sehingga memeluk agama Islam. Antara detik paling dinanti oleh  penyokong setia dari Adigun ketika zamannya bersama Kedah, adalah sikapnya di atas padang yang sentiasa tenang, rilekss & bersahaja menimang bola di kaki, kepala & tengkuk dalam 90 minit permainan andai Kedah telah selesa mendahului. Itulah yang selalunya diharapkan oleh penyokong ketika itu! Ahhh! Betapa padunya sorakan ketika itu!


Itulah antara kenangan ketika beliau bersama Kedah. ANTARA tonggak import pertahanan terbaik dalam sejarah, kemudian barulah menjelma pertahanan-pertahanan import lain seperti Kane Mamadou Maryam Diallo(1996-1998) & Cornelius Bernad Hugging Outlaw (2004-2008) yang mempunyai sedikit mirip corak permainan beliau, namun OLUBUNMI ADIGUN TETAP SATU!


Itulah Olubunmi Adigun atau Abdul Rahman Adigun Abdullah. Kepada lagenda kita walau kini dimana saja, 



OLUBUNMI OLERAWAJU ADIGUN / ABDUL RAHMAN ADIGUN ABDULLAH

.

●Asal : Lagos,Nigeria.

●Posisi : Sweeper/Pertahanan.

●No Jersi : 10.

●Kelab Diwakili : Laventis United (Nigeria), Asmo FC (Gabon), FC Eeklo (Belgium), Panathinaikos (Greece), Kedah FA (1992-1994)

●Kerier Negara : Mewakili Skuad Kebangsaan Nigeria 1983-1992.

●Pemain Idola : Diego Armando Maradona.



Biar Jasa Jadi Kenangan,

Hijau Kuning Lambang Kemegahan🔰

.

Setia Untuk Legasi🌹

Share:

KDA FC DAN JDT LALUAN MUDAH FIRST GAME FA CUP 2022





Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih laluan mudah pada majlis undian pusingan pertama saingan Piala FA musim 2022 selepas diundi bertemu dengan wakil Liga M3, BRM FC atau Tun Razak FC pada aksi pembuka tirai 11 Mac depan.


Pasukan BRM FC dan Tun Razak FC akan menentang sesama sendiri pada aksi peringkat playoff terlebih dahulu pada 6 Mac nanti dengan juara akan meraih tiket men3ntang skuad Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim.


Sementara itu, juara bertahan Piala FA, Kedah Darul Aman (KDA FC) turut menerima undian selesa apabila dijadualkan bertemu dengan skuad Sains FC pada aksi pusingan pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar.


Majlis undian Piala FA 2022 yang melibatkan 12 pasukan Liga Super, 7 pasukan Liga Premier dan 15 pasukan Liga M3 telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL), Datuk Mohd Saiful Mat Sapri bersama Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.Sebagai rekod, MFL telah ‘menghidupkan’ kembali saingan Piala FA musim ini selepas dibatalkan dua tahun berturut-turut ekoran pand3mik C0 vid-19.


💚💛follow kami ; PKSR


Sebelum ini, skuad Sang Kenari telah menjuarai edisi 2019 selepas menew4skan Perak FC 1-0 di pentas final.


UNDIAN PENUH PUSINGAN PERTAMA PIALA FA 2022





SUMBER KOSMO
Share:

Isnin, 14 Februari 2022

Dechi Marcel Mastermind Bahagian Tengah KDA FC


Untuk beberapa musim selepas ketiadaan Liridon dari skuad Kedah, pasukan ini tampak tidak menemui pengganti import yang sesuai untuk menyelaraskan permainan atas padang pasukan.

Kedah bergantung penuh pada keupayaan Baddrol selama itu untuk menggerakkan bahagian tengah dan menjadi nadi utama pasukan.
Kedah ada opsyen setelah itu dengan kemasukan Edgar Bernhardt, namun kontrak pemain ini tidak berlanjutan buat pasukan ini dan sekali lagi khidmat Baddrol diperlukan sepenuhnya.

Pemain seperti Anmar Almubarakki, Rabih Ataya, Anumathan Kumar, dan Amin Nazari gagal menyelesaikan isu tersebut.

Kehadiran Marcel amat diperlukan Kedah dan itu merupakan salah satu perkara terpuji aku mengenai pengurusan dan kejurulatihan yang berjaya dapatkan pemain tersebut yang 2-3 musim ini konsisten.

Tapi itu saja yang aku puji. Kemasukan Dennis Buschening pulak yang jadi sebaliknya. 2 musim di Liga Malaysia satu apa pun tak berfungsi. Termasuk perlawanan semalam.

Apapun, kelibat Dechi Marcel sebentar tadi sewaktu menentang Sarawak United aku kira telah mencapai tahap yang sepatutnya untuk Kedah. Sentiasa ada di serata kawasan untuk menerima dan memberi.

🟢🟡 Follow kami PKSR


Pemain lain yang kami beri pujian penuh dalam perlawanan semalam


-Ilham Amirullah

Berjaya dan yakin menyelamatkan satu percubaan deras dengan melayangkan badan beliau untuk menepis bola.

-Rodney Calvin

Uche Agba dalam poket beliau dan cepat memintas serangan lawan selain bijak mencipta satu dua gerakan dari bawah. Matang.

-Amer Azahar

Menjadi nadi kedua pasukan Kedah selepas Marcel. Rajin dan cepat untuk membantu serangan dan menjadi tenaga lebihan membantu pertahanan. Licik dan kreatif membuat larian.

-Syafiq Ahmad


Rajin dan menjalankan tugas rasmi beliau selaku penyerang apabila menjaringkan gol ‘signature’ beliau melalui tandukan.


Sumber : FB Afiq Rowley

Share:

KDA FC Setanding JDT




KEDAH DARUL AMAN FC optimis usaha untuk membina sebuah stadium baharu buat pemain sekali gus mampu meletakkan mereka sebaris dengan Johor Darul Ta’zim .

Presidennya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, stadium yang akan dibina di Sungai Petani itu bakal menyediakan pelbagai kemudahan dan akan menjadi pusat latihan pemain.Beliau turut yakin pasukan KDA FC yang menerima sentuhan baharu daripada penaung Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar akan menambah kejayaan buat pasukan.

Maskot & Slogan Baru Kedah Darul Aman Fc 2022

Pasukan kita menerima sentuhan-sentuhan baharu, kerjasama daripada Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang kita lantik telah membina jaringan yang baik.Kita sedang sediakan satu kawasan di Sungai Petani untuk bina satu stadium baharu untuk pusat latihan dan kemudahan pasukan. 

Saya yakin usaha yang sedang kita lakukan ini suatu hari nanti, kita akan menyamai JDT,walaupun tidak dapat menewaskan lagi, seri sama kedudukan pun ok, katanya ketika sidang media selepas Majlis Sarapan Silaturahim Jentera Pilihan raya PN Parlimen Pulai di sini pada Sabtu.

Menteri Besar Kedah itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaharu mengenai KDA FC.

KDA FC menerusi laman web rasmi mereka memuat naik satu dokumen Club Prospectus 2022, yang menyatakan bahawa kelab itu mempunyai projek masa hadapan bagi membina sebuah stadium baharu bernilai RM70 juta.Selain stadium berkenaan, sebuah tempat latihan juga akan dibina dengan melibatkan kos RM20 juta.

🟢🟡 Follow kami PKSR


 

sumber: BH

Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe