Halaman

Ahad, 30 April 2017

KFA LEPASKAN TCH SERTA MERTA


Biarpun bakal berdepan Terengganu di pentas separuh akhir pertama Piala FA, hari ini, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) membuat keputusan mengejut dengan melepaskan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, dan peranan sebagai ketua jurulatih kini digalas oleh pembantunya, Nidzam Adzha Yusoff, buat sementara waktu. 

Seperti tidak kena tepat pada masanya, KFA membuat keputusan berkenaan atas alasan Cheng Hoe sudah memberi notis selama sebulan untuk melepaskan tugasnya. 

Menurut pengurus Lang Merah, Datuk Jeffrey Low, mereka terpaksa melepaskan Cheng Hoe memandangkan dia akan memulakan tugasannya bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), bulan depan. 

Namun, Jeffrey yakin keputusan itu tidak menjejaskan moral pemain Kedah dan menaruh sepenuh keyakinan bahawa Nidzam Adzha mampu menggalas ketiadaan Cheng Hoe untuk membawa Kedah mara ke final Piala FA, musim ini. 

"Dua hari lalu, kami telah mengadakan pertemuan dan kami tidak mahu terus menangguh hajat Tan (Cheng Hoe) lebih lama. 

"Bagi kami, Tan sudah berniat untuk ke FAM. 

"Jadi, adalah tidak adil untuk menangguhkan hasratnya," katanya.

sumber StadiumAstro

Share:

Jumaat, 21 April 2017

REKOD TANPA KALAH MAHU DIKEKALKAN PKNP


IPOH: Misi utama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC ketika bertemu Kedah dalam aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Perak, malam esok hanya mahu mempertahankan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri.

Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim berkata walaupun anak buahnya berhadapan tugas berat tetapi bukan mustahil impian itu mampu dilaksanakan. 

"Tiada yang mustahil dalam bola sepak. Apa yang perlu ialah pemain tumpu sepenuh perhatian terhadap perlawanan dan elak melakukan kesilapan," katanya. 

Justeru, Abu Bakar berharap pemain tidak gusar dan bimbang terhadap lawan yang menumpaskan mereka 6-1 dalam pertemuan pertama di Alor Setar. 

"Bagi saya menang saja sudah cukup. Kami memang tidak diberi sebarang peluang pun. Memang tidak akan berlaku sebarang keajaiban iaitu memadam defisit lima gol," katanya. 

Abu Bakar setakat ini sudah membuktikan kemampuannya dengan mengemudi PKNP FC menempah kejayaan bermula muncul naib juara Piala FAM 2016 suku akhir Piala FA serta layak ke Piala Malaysia 2017.

Sumber BHOnline

Share:

Rabu, 19 April 2017

PEMAIN HARUS JAGA TINGKAH LAKU DILUAR MAHUPUN DIDALAM PADANG


PEMAIN LIGA MALAYSIA PERLU JAGA TINGKAH LAKU DI DALAM DAN DI LUAR PADANG

Pemain bola sepak profesional bukan sekadar menjadi pemain yang diikat kontrak oleh pasukan, tetapi mereka adalah duta pasukan yang memelihara serta menjaga imej diri, pasukan dan liga.

Sebagai pemain bola sepak profesional juga, anda terikat dengan kontrak dan etika yang mana perlu menunjukkan contoh yang baik di dalam dan di luar padang. Segala tindakan termasuk di media sosial akan menjadi perhatian dan ikutan peminat.

Football Malaysia LLP (FMLLP) melalui Taklimat Liga Malaysia pada awal tahun 2016 telah mengeluarkan satu panduan ringkas dan menggalakkan pemain untuk memiliki akaun media sosial bagi tujuan mengeratkan hubungan dengan penyokong.



Namun begitu, FMLLP menasihatkan para pemain supaya mengelakkan diri daripada terpalit dengan provokasi dan kontroversi di luar padang. Pemain harus ingat bahawa mereka adalah ‘role model’ dan menghormati semua pihak termasuk pemain lawan, pengadil, pegawai pertandingan malah penyokong.

Segala bantahan atau ketidakpuasan hati mestilah disalurkan kepada pihak berwajib dengan cara sepatutnya, antaranya laporan, bantahan atau surat rasmi.

Oleh yang demikian, FMLLP mengingatkan pemain-pemain Liga Malaysia supaya menjaga etika dan tingkah laku masing-masing di dalam dan di luar padang. FMLLP akan merujuk mana-mana pihak yang terlibat ke Jawatankuasa Disiplin FAM untuk tindakan selanjutnya.
Anda adalah duta bolasepak negeri dan Negara!!!
Share:

Isnin, 17 April 2017

TINDAKAN PENGADIL TEPAT (KEDAH-TTEAM)


Ikuti pandangan En Subkhiddin Haji Mohd Salleh yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM mengenai isu pengadil terhadap perlawanan Liga Super iaitu melibatkan;

Perlawanan Liga Super, T-Team lwn Kedah (15 April 2017)
 Dalam perlawanan tersebut yang berlangsung pada Sabtu, rata-rata ‘penganalisis’ menyarankan supaya kedua-dua pemain diberikan kad merah. Adakah saranan ‘penganalisis’ lebih tepat berbanding keputusan pengadil pada perlawanan tersebut?

Terdapat dua kesalahan yang berlaku melibatkan kedua-dua pemain pada satu tempoh masa yang sama. 

1.  Pemain T-Team diberikan kad kuning atas kesalahan ‘reckless tackle’.

 "Reckless is when a player acts with disregard to the danger to, or consequences for, an opponent and must cautioned." (page 81)

2. Pemain Kedah diberikan kad merah kerana kesalahan berkelakuan ganas, apabila beliau bertindak memukul pemain lawan.

 "Violent conduct is when a player uses or attempts to use excessive force or brutality against an opponent when not challenging for the ball, or against a team-mate, team official, match official, spectator or any other person, regardless of whether contact is made. In addition, a player who, when not challenging for the ball, deliberately strikes an opponent or any other person on the head or face with the hand or arm, is guilty of violent conduct unless the force used was negligible." (page 88)

3. Pengadil memulakan semula dengan sepakan percuma terus diberikan kepada pasukan Kedah.

Setelah meneliti video, saya dapati kedua-dua pemain berpeluang untuk memainkan bola tetapi sudah tentu dalam corak yang berlainan. Pemain Kedah berpeluang untuk melakukan hantaran (passing) kepada rakan sepasukan  secara adil, manakala pemain T-Team pula berusaha untuk menghalang pergerakan pemain Kedah. Malangnya usaha pemain T-Team tersasar dan tindakan ‘rekless’ yang dilakukannya hampir mengenai tepat ke kaki pemain lawan. 

 Pengadil sudah tentu perlu melayangkan kad merah jika sekiranya cabaran dengan kaki (kasut bola berstud) mengenai tepat ke bahagian kaki pemain Kedah. Bagaimanapun, pada insiden berkenaan cabaran/tackle yang dilakukan oleh pemain T-Team tidak seperti yang dimaksudkan, ianya sama ada tersasar atau hanya mengenai sebahagian kecil sahaja. 

 Oleh itu, tindakan Pengadil adalah tepat apabila memberikan kad merah kepada pemain Kedah (kesalahan berkelakuan ganas) dan kad kuning kepada pemain T-Team disebabkan kesalahan reckless yang dilakukan sewaktu melakukan cabaran terhadap pemain lawan.

 

sumber FAM
Share:

Ahad, 16 April 2017

PENGADIL AMAL RASUAH DIGANTUNG SEUMUR HIDUP


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Jawatankuasa Integriti dan Persatuan Pengadil yang menyiasat berkenaan pengadil dan sistem pengadilan yang lemah serta mencurigakan dalam beberapa perlawanan sebelum ini untuk menyelesaikannya dengan segera.

Siasatan terperinci dilakukan sepenuhnya dan keputusannya perlu diambil minggu ini. Jika jelas individu terbabit gagal mengadili perlawanan dengan baik, hukuman akan dikenakan dan pengadil tersebut harus direhatkan.


DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku  Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan kenyataan di media sosial beliau berkata "Saya ingin memaklumkan jika perkara ini didapati sabit kesalahan kerana unsur rasuah, pengadil tersebut harus digantung seumur hidup."

"Saya juga telah memberi semua nama dan butiran pengadil bersama semua ahli yang bertugas di dalam FAM kepada SPRM supaya pihak berkuasa boleh memantau dan memastikan tiada korupsi di dalam FAM." tambahnya

"FAM perlu memastikan sesiapa yang terlibat dengan bola sepak di Malaysia perlu menjalankan tugas dengan penuh integriti."
Share:

KFA MAHU MARCOTE?



Kuala Lumpur: Bekas jurulatih kecergasan Kedah Ramon Marcote semakin hampir untuk kembali ke pangkuan Helang Merah apabila mengesahkan sedang mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi menggantikan jurulatih Tan Cheng Hoe.


Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Marcote diburu KFA kerana beliau memiliki rekod baik bersama pasukan Liga Super itu selain turut mendapat tempat di hati penyokong Kedah.

Ketika bersama Kedah pada musim 2014-2015, Marcote yang memiliki lesen kejurulatihan profesional Persekutuan Bolasepak Eropah (UEFA) pernah memangku jawatan jurulatih pada suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia 2015 ketika Cheng Hoe mengikuti kursus kejurulatihan di China.

Selepas tamat kontrak dengan KFA, beliau bertugas di Jabatan Metodologi di kelab terkemuka Sepanyol Atletico Madrid.


Marcote yang dihubungi mengesahkan sudah dihubungi KFA namun tidak mendedahkan butiran perbincangan itu.

sumber HariaMetro
Share:

Jumaat, 14 April 2017

PENGADIL LUAR KENDALI PERLAWANAN PENTING


KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin akan menggunakan khidmat pengadil luar negara untuk perlawanan besar dan penting, kata Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau berkata badan induk bola sepak negara itu telah menerima beberapa laporan mengatakan pengadil menjalankan tugas dengan teruk untuk beberapa perlawanan sebelum ini.

"Saya telah mengarahkan pihak Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad(FMLLP) untuk melihat semula perjanjian yang kami ada dengan Japan FA di mana untuk perlawanan-perlawanan besar dan penting kita akan menggunakan khidmat pengadil luar negara.



 "Ia bagi mengelakkan daripada mana-mana pihak untuk menuding jari. Jika ada yang mengatakan JDT menang kerana saya adalah Presiden FAM, saya telah memenangi tujuh piala buat JDT dan menentang sistem sebelum menjadi Presiden FAM sebelum ini," katanya dalam entri terkini di laman Facebook, Football Association ofMalaysia (official), Khamis.
Share:

Ahad, 9 April 2017

MEREKA BERMAIN RUGBI BUKAN BOLA SEPAK - LK8


Liridon jelas tidak berpuas hati dengan corak permainan yang di tonjolkan barisan E. Elavarasan yang dilihat terlalu kasar untuk sebuah perlawanan bola sepak.

Mutu bola sepak yang di tonjolkan PKNS membuatkan Liridon persoal adakah layak pasukan seperti PKNS beraksi di Liga Super.

"Kami tidak perlu berkata banyak. Mereka ini tidak bermain bola sepak, langsung tiada corak permainan.

"Bagi saya, mereka ini tidak layak untuk beraksi di Liga Super.

"Kedua, mutu pengadilan cukup mengecewakan. Ini adalah kali ketiga kami berdepan situasi seperti ini. Kalau ini adalah sukan rugbi ia mungkin bukan satu isu tetapi ini adalah bola sepak," tegas Liridon.

Liridon turut mempersoal mengapa kekasaran pemain PKNS gagal menarik perhatian barisan pengadil, malam tadi.

Pemain berusia 25 tahun itu menyebut tentang penyerang PKNS, Patrick Ronaldinho yang sering mencetuskan kekasaran yang disengajakan.

Buktinya, dua pertahanan tengah Kedah, Zachary Anderson dan Syawal Nordin terpaksa menerima balutan di kepala kerana disiku Ronaldinho, namun insiden itu tidak diadili sewajarnya oleh pengadil, Suhaimi Mat Hassan.

"Emosi agak tinggi ketika ini, tetapi perlawanan ini cukup fizikal. Jelas mereka mahukan satu mata kerana mahu layak ke Piala FA dan PKNS gembira dengan keputusan ini," kata Zachary.

Sementara itu, pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe mengakui keputusan malam tadi bukanlah senario yang diharapkan.

Cheng Hoe turut berkongsi kekecewaan sama mengenai mutu pengadilan sepertimana disuarakan Liridon.

Dia melabelkan Ronaldinho gagal beraksi dengan profesional kerana berniat untuk mencederakan anak buahnya.

"Pengadil perlu mengkaji semula pemain memakai jersi no.4 PKNS (Ronaldinho) kerana menyebabkan kedua-dua bek tengah saya mengalami kecederaan di kepala. 

"Memang jelas apa yang berlaku itu, saya berharap pengadil melihat semula insiden tersebut," katanya.

Pengurus PKNS, Mahfizul Rusydin Abdul Rasid berasa lega kunjungan pasukannya ke Alor Setar, Kedah, sekurang-kurangnya menghasilkan satu mata dalam usaha mengukuhkan kedudukan selaku 11 pasukan terbaik dalam Liga Super.

Dia turut mempertahankan barisan PKNS dengan menyifatkan setiap terjahan dan kekasaran yang berlaku berpunca daripada keadaan padang yang licin kerana hujan sepanjang perlawanan.

"Kita berasakan permainan pada malam ini terutamanya insiden kekasaran serta permainan agresif adalah disebabkan keadaan padang yang licin.

"Senario itu sekaligus membuatkan permainan malam ini kelihatan agak kontroversi," katanya.

credit StadiumAstro
Share:

KEDAH JATUH SATU ANAK TANGGA DI BAWAH PAHANG

GAMBAR KFA
ALOR SETAR: Kedah terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dalam saingan Liga Super menentang kelab PKNS FC di Stadium Darul Aman di sini, malam ini. 

Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad Helang Merah turun ke tangga kedua selepas dipintas Pahang, yang menjinakkan Kelantan 2-1 di Kota Bahru, sebentar tadi. Kedua-dua pasukan terikat 19 mata, namun skuad Tok Gajah memiliki kelebihan jaringan gol. 


Dalam suasana hujan di hadapan lebih 20,000 penyokong malam tadi, Kedah memulakan gerakan pada minit kedua melalui sepakan percuma menerusi Sandro Da Silva namun sedikit tersasar. Tuan rumah yang lebih menguasai perlawanan terus mengasak kubu PKNS melalui percubaan pemain sayap, 

Syazwan Zainon pada minit ke-16 tapi tendangan leretnya mudah dibaca penjaga gol PKNS, Mohd Nor Haziq. Pun begitu, PKNS melalui Lucas Sebastian mengejutkan tuan rumah pada minit ke-28 untuk meletakkan pasukannya 1-0 di depan. 

Tersentak dengan gol pendahuluan PKNS itu, Kedah tidak menunggu lama dan bangkit untuk menyamakan kedudukan melalui Zack Anderson pada minit ke-36 yang menolak masuk susulan sepakan percuma Liridon Krasniqi. Pada minit ke-47 Kedah melakukan gerakan bahaya melalui percubaan Sandro yang membuat hantaran lintang kepada Krasniqi, namun dapat dikeluarkan P Gunalan. 

Usaha kedua-dua pasukan terutama Kedah untuk terus mencari gol tambahan buntu apabila beberapa peluang gagal disudahkan dengan sempurna. Kedudukan 1-1 kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

credit BHonline
Share:

Sabtu, 8 April 2017

TAN CHENG HOE HARUS FIKIR MASAK-MASAK


ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mahu Tan Cheng Hoe mengkaji semula keputusannya meletak jawatan sebagai jurulatih skuad Lang Merah.

Naib Presiden KFA, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata satu mesyuarat exco akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan status Cheng Hoe yang telah menghantar surat peletakan jawatannya 1 April lepas.

"Mesyuarat itu akan diadakan terlebih dahulu sebelum kami mengadakan pertemuan dengan Tan Cheng Hoe.

"Secara peribadi saya ingin menasihatkannya berfikir banyak kali kerana telah lama bersama kami dan paling penting beliau ada semangat Kedah yang kuat," katanya yang ditemui selepas majlis perasmian sebuah pusat mencuci kereta di sini pada Sabtu.

Pada masa sama, Badrol Hisham berkata KFA sedia mendengar dan berbincang dengan Cheng Hoe mengenai apa-apa perkara berbangkit jika ada untuk diselesaikan andai ia mengganggu tumpuannya.

Nama Cheng Hoe yang telah membawa Kedah muncul juara Piala Malaysia musim lalu disebut-sebut bakal dilantik sebagai pembantu jurulatih pasukan Harimau Malaya.

Sejak menggalas tugas sebagai jurulatih Kedah pada 2014, skuad Lang Merah itu berjaya melakar kemenangan dengan menjuarai Piala Malaysia 2016 dan Piala Sultan Azlan Shah, Januari lalu. - BERNAMA

credit mStarOnline
Share:

Isnin, 3 April 2017

DEMI UNTUK NEGARA TCH LETAK JAWATAN KETUA JURULATIH KEDAH


"SAYA harap semua pihak termasuk penyokong memahami keputusan untuk meletak jawatan."
Demikian penjelasan Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yang terpaksa meninggalkan skuad hijau kuning bagi menyahut panggilan skuad Harimau Malaysia.

Khabar angin bahawa penerima anugerah jurulatih terbaik 2016 itu akan menyertai skuad kebangsaan sebagai penolong jurulatih berakhir apabila beliau mengesahkan telah meletak jawatan.
Perletakan jawatan itu dibuat selepas Kedah menewaskan PKNP 6-1 dalam siangan Piala FA di Stadium Darul Aman pada Sabtu lalu.

Menurut Cheng Hoe, beliau terpaksa meletak jawatan walaupun tindakan itu bakal menghampakan penyokong skuad berkenaan.

"Saya berharap peminat dan pemain serta barisan kejurulatihan dapat memahami keputusan saya meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kedah, walaupun sukar tapi saya perlu berbuat demikian untuk membantu skuad kebangsaan.

"Setelah bersama Kedah sejak pertengahan 2015, saya telah mendapat kerjasama dari pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dengan baik selain pemain dan rakan setugas. Terima kasih kepada semua.

"Saya melalui banyak pengalaman manis bersama kedah kerana kami berjaya menjuarai Liga Premier, naib juara Piala Malaysia 2015 dan menjuarai Piala Malaysia serta menduduki tempat ketiga pada tangga Liga Super musim lalu," katanya ketika dihubungi.

Cheng Hoe selain itu turut yakin penggantinya Mohd Nidzam Adzha Yusof mampu mengendalikan pasukan Kedah untuk menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

"Saya yakin Nidzam dapat membimbing pasukan ini kerana sebelum saya dilantik sebagai ketua jurulatih, beliau merupakan individu penting di sini, malah beliau juga telah berjaya membimbing skuad ini ketika ketiadaan saya.

"Kejayaan Kedah tidak terletak pada saya sahaja tetapi pemain yang ada kerana mereka telah memberi komitmen dan berjuang demi Kedah," katanya.

credit mStarOnline
Share:

Ahad, 2 April 2017

"DARI ALOR STAR KE KELANA JAYA"


Isu Ketua Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe yang diperkatakan beliau akan berpindah "Dari Alor Star ke Kelana Jaya" belum lagi reda dimana timbul pula status Twitter dari Pengacara Sukan Astro Arena Hafizal Hamad yang seakan-akan memberi bayangan dimana segala spekulasi berkaitan Ketua Jurulatih Kedah itu benar belaka. 

Berikut adalah status beliau



Mungkin kenyataan atau status tersebut hanyalah mainan " APRIL FOOL" semata-mata.



Namun status dari Page Penyokong Setia Hijau Kuning juga memberi isyarat yang sama.

Adakah segala-galanya benar belaka?

Bagi pihak PKSR berharap ia hanyalah mimpi-mimpi buruk dimana selepas bangun dari tidur ia akan lenyap segalanya.
Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe