Halaman

Selasa, 17 Oktober 2017

"SAYA MUNGKIN TIDAK AKAN MENOLAK DEMI MASA DEPAN SAYA"-SYAFIQ


"Saya dengan KFA pun sekarang masih lagi berbincang mengenai kontrak baharu. Tetapi agak mengecewakan kerana apa yang saya minta tak dapat.

"Ia berkaitan dengan kenaikan gaji dan sepatutnya ia tidak ada masalah kerana berdasarkan apa yang telah pasukan bagi. Dan perbincangan tersebut belum lagi habis kerana liga belum tamat lagi," luahnya.

Jelas Syafiq, sekiranya memang mendapat tawaran rasmi daripada JDT, dia mungkin tidak akan menolak demi masa depannya.

"Jika fikir masa depan, semua pemain nak pergi sana sebab ia sebuah pasukan yang tidak ada masalah kewangan.

"Saya kena fikir, dalam bola sepak macam-macam boleh jadi. Jadi inilah masa untuk kembangkan karier masa depan kerana kami semua bukan kerja kerajaan yang ada pencen.

"Kita ambil dari sudut positif sahaja. Saya baharu berusia 22 tahun, kalau dua tiga tahun di sana, umur saya baru 25,26 tahun dan peluang saya mencipta nama memang terbuka luas.

"Masa saya panjang lagi. Sebelum ini beberapa pemain kebangsaan yang pergi ke sana ketika usia 27 atau 28. Dan ketika usia inilah yang betul-betul sesuai sebelum usia 30 tahun.

"Sebahagian orang pertikai kalau pergi sana, lingkup kerana kurang bermain. Bagi saya itu tanggapan silap kerana ia sebuah kelab yang lengkap dan profesional dan kita bukan pergi bercuti. Kita berlatih di sana," ujarnya pemain kelahiran balik Pulau, Pulau Pinang ini.

Tambah Syafiq, tidak perlu jadikan perkara ini lebih sulit kerana ia sesuatu yang 'simple'. 

"Kalau kita nak jadikan mental teruk, ia akan jadi teruk. Jadi kita ambil positif sahaja," jelasnya.

Dalam masa sama, Syafiq mendedahkan pertemuan dengan TMJ lebih kepada berbincang mengenai skuad kebangsaan.

"TMJ ada beritahu bahawa beliau mahu mulakan ramai pemain muda dalam skuad kebangsaan dan hanya dua tiga orang pemain senior sahaja," katanya.

sumber : Mstar
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe