Halaman

Sabtu, 28 Ogos 2021

Cristiano Ronaldo SAH Join Manchester United




Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo kini dilaporkan sah menjadi milik pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United.


Perkara tersebut telah disahkan sendiri melalui akaun Twitter rasmi Manchester United sebentar tadi.


Wartawan sukan Fabrizio Romano menyatakan bahawa urus janji yang dilakukan diantara kelab Juventus dan Manchester United berkenaan perpindahan secara kontrak telah selesai.


“Cristiano telah menerima tawaran daripada Manchester United dan akan kembali ke kelab itu semula,” tulisnya di Twitter.


Ronaldo mempunyai rekod luar biasa bersama United dengan beliau berjaya menjaringkan 118 gol dalam 292 penampilan beliau.



Sebelum pulang semula ke pangkuan kelab yang banyak menaikan namanya itu, Ronaldo sudah pun memiliki pelbagai kejuaraan dan pencapaian peribadi yang menakjubkan. Antaranya 5 trofi UCL, 4 trofi Piala Dunia Kelab FIFA serta 7 trofi liga yang dimilikinya sepanjang beraksi di England, Sepanyol dan Juventus.


Untuk negaranya pula, pemenang lima kali Ballon d’Or ini telah menghadiahkan Piala Eropah dan trofi UEFA Nation League buat Portugal.

Share:

Sabtu, 31 Julai 2021

Kedah Dikurantin Sehingga 14 Ogos 2021




Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) mengesahkan mereka kini dikuarantin sehingga terlepas 5 perlawanan Liga Super mengikut jadual asal.


Keputusan untuk menunda perlawanan itu dibuat selepas mendapati beberapa pemain serta pegawai daripada KDA telah dikesan positif wabak COVID-19 menerusi ujian PCR sebelum perlawanan menentang Penang minggu lalu.


 


Berdasarkan kenyataan di laman rasmi KDA FC, lima penangguhan membabitkan skuad Hijau Kuning bermula dengan perlawanan menentang Penang FC pada 24 Julai, diikuti PJ City FC, UiTM FC, Sri Pahang FC dan Selangor FC.


“Jika semuanya berjalan lancar dan dibenarkan untuk beraksi, pasukan Hijau Kuning akan memulakan perlawanan dengan bertandang ke pantai timur bagi bertemu Terengganu FC (LS19) pada 14 Ogos 2021.


“Namun, segala perubahan dan pindaan jadual adalah tertakluk kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL kelak,” tulis kenyataan rasmi.


Terdapat juga kemungkinan Kedah akan kembali beraksi lebih awal apabila pengelola liga, Malaysia Football League (MFL) telah membuat permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar hanya pegawai dan pemain yang positif COVID-19 sahaja dikuarantin.



“Permohonan untuk mengkaji semula Prosedur Standard Operasi (SOP) Penganjuran Liga Malaysia telah dihantar melalui KBS untuk pertimbangan KKM dan MKN.


“MFL telah mengusulkan agar hanya pegawai dan pemain yang positif COVID-19 sahaja dikuarantin manakala pegawai dan pemain yang disahkan negatif dibenarkan untuk berlatih dalam pada yang sama meneruskan perlawanan liga seperti yang dijadualkan.


“Sekiranya permohonan ini diterima, pihak MFL boleh menilai semula penundaan jadual KDA ini. Maka ketika ini kami akan menunggu keputusan permohonan itu sebelum mengumumkan jadual baharu pindaan perlawanan melibatkan dua pasukan berkenaan.


“Saya percaya pihak MKN dan KKM dapat memberikan pertimbangan sewajarnya permohonan itu memandangkan kes yang berlaku setakat ini adalah kecil dan berjaya dikawal dengan ujian pengesanan awal dan SOP ketat Gelembung Sukan bagi Liga Malaysia.


“Jika kita melihat kepada penganjuran liga bola sepak di luar negara seperti di EPL England, LaLiga Sepanyol, Serie A Itali serta baru-baru ini di Euro 2020 dan kejohanan yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), kuarantin hanya dikenakan kepada pemain yang positif sahaja manakala pemain lain dibenarkan untuk meneruskan latihan dan bermain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan.


sumber :vocket


 






Share:

Rabu, 28 April 2021

Kedah Dalam Kumpulan MAUT : AFC CUP 2021 ZON ASEAN



AFC CUP 2021 ZON ASEAN : 2 wakil Malaysia dalam kejohanan AFC Cup 2021 iaitu pasukan Kedah dan Terengganu yang akan memulakan aksi kira-kira 2 bulan lagi dan  sudah boleh membayangkan cabaran yang akan diterima dalam kumpulan masing-masing.


Ini adalah apabila Persipura Jayapura diletakkan dalam kumpulan H, melengkapkan semua pasukan dalam kumpulan itu iaitu Kedah (Malaysia), Saigon (Vietnam), Persipura Jayapura (Indonesia) dan Lion City Sailors (Singapura).




Kumpulan H ini boleh dikatakan sebagai ‘kumpulan maut’ dalam perlawanan peringkat kumpulan Zon ASEAN, mengikut senarai pasukan yang mengisi kedudukan seperti diatas.


Manakala untuk pasukan Terengganu dalam kumpulan I pula, mereka perlu menanti pemenang perlawanan play-off diantara pasukan Visakha (Kemboja) menentang Lalenok United (Timor Leste) untuk melengkapkan semua pencabar.


Jika diperhatikan, Terengganu boleh dikatakan memiliki laluan lebih selesa untuk mara ke peringkat seterusnya berbanding pasukan Kedah berdasarkan keupayaan pasukan-pasukan yang ada dalam kumpulan masing-masing.


Namun, kita masih tetap mahukan kedua-dua pasukan Kedah dan Terengganu untuk layak sejauh mungkin dalam kempen AFC Cup 2021 ini bagi membantu menyumbangkan mata AFC MA Ranking Malaysia untuk terus memiliki 1 slot automatik peringkat kumpulan untuk kejohanan AFC Champions League musim akan datang.


Dalam kemasikini yang dibuat oleh pihak AFC pada 26 April lalu, saingan kumpulan H akan bermula pada 29 Jun sehingga 5 Julai, manakala aksi kumpulan I pula akan bermula pada 30 Jun sehingga 6 Julai 2021.


Teruskan membaca artikel-artikel dibawah yang telah kami sediakan untuk anda.

Share:

Sabtu, 17 April 2021

“Adakah ini bermaksud dia berada di Liga Kampung"? - Aidil Shahrin

 


“Pergi cari pasukan untuk diurus atau main layang-layang.”- Aidil Shahrin Coach Kedah


Teguran bekas pemain kebangsaan Khalid Ali berhubung etika pemakaian beberapa jurulatih Liga Malaysia yang disifatkannya tidak melambangkan jurulatih liga profesional, nampaknya mendapat perhatian ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Aidil Shahrin Sahak.


Khalid Ali sebelum ini meluahkan rasa kecewa melihat ada jurulatih memakai jeans lusuh ketika perlawanan, sambil menegaskan penampilan sedemikian memberi gambaran buruk mengenai Liga Malaysia.


Walaupun dia tidak menyebut mana-mana nama, tetapi teguran itu dilihat ditujukan kepada Aidil Shahrin, apabila dia menyebut situasi itu disaksikannya ketika perlawanan Selangor dan Kedah.


Aidil Shahrin apa lagi, takkan mahu berdiam diri apabila diperlekeh? Ini respon jurulatih dari Singapura itu.





“Ada nampak apa-apa yang salah tak dia memakai jeans”, tulisnya sambil memuatnaik gambar Pep Guardiola (pengurus Manchester City) mengenakan jeans ketika perlawanan.


“Adakah ini bermaksud dia berada di Liga Kampung? Lebih baik awak jaga kain sendiri daripada bercakap tentang orang lain,” tambahnya.




Dan kemudiannya dia memuatnaik satu lagi gambar Jurgen Klopp dengan jeans, “Seorang lagi pengurus berprofil tinggi memakai jenas ketika perlawanan Liga Juara Eropah dan awak kata ini bukan pemakaian sesuai seorang jurulatih?


“Pergi cari pasukan untuk diurus atau main layang-layang.”




Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ghani Hassan pula berkata seluar jeans lusuh sememangnya tidak dibenarkan mengikut kod pemakaian seperti tertera dalam organisasi teknikal perlawanan (OTP) dan peruntukan ini sudah diketahui oleh semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang bertanding.


Ia sekaligus membuktikan bahawa teguran Khalid Ali ada asasnya.


Justeru itu Datuk Ghani mengharapkan setiap pasukan dapat memantau etika pemakaian setiap pegawai dan mematuhi tatacara ditetapkan.


Etika pemakaian memang ada dalam OTP di mana pegawai pasukan tidak dibenarkan memakai selipar, sandal, baju tanpa lengan ataupun jeans lusuh.


“Tetapi untuk kes seperti yang disebut (jurulatih memakai jeans lusuh pada aksi Selangor dan Kedah), saya tidak boleh ulas dengan lanjut kerana tidak tahu gambaran sebenar terhadap apa yang dipakai.


“Saya akan mendapatkan laporan daripada komisioner perlawanan itu untuk mengetahui perkara itu dengan lebih lanjut,”

Share:

Sabtu, 10 April 2021

SAYA YAKIN 100% KEDAH PATUT DAPAT PENALTI - AIDIL SHAHRIN



Rentetan enam perlawanan tanpa kalah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akhirnya telah dinoktahkan Terengganu FC dan Aidil Sharin merasakan ia tidak sepatutnya berlaku.


Kedah tewas tipis 1-2 selepas mendahului aksi sebelum Terengganu bangkit mengejar dan memenangi aksi minggu ke-8 Liga Super 2021, malam tadi. Ini juga merupakan kekalahan pertama mereka di laman sendiri selepas tiga kemenangan sebelum ini.


Menurut Aidil Sharin, “Para pemain telah buat yang terbaik. Kami kawal perlawanan dan bermain lebih baik berbanding Terengganu. Kami tidak sepatutnya kalah dengan cara kami bermain. Mereka memiliki dua peluang dan memanfaatkannya.”


“Saya simpati dengan pemain-pemain saya kerana mereka telah bekerja keras tetapi keputusan tidak memihak kepada kami. Kami perlu terima kekalahan ini dan terus bergerak ke depan,” jelas Aidil Sharin mengenai keputusan perlawanan tersebut.


Dalam perlawanan tersebut, Kedah dilihat beraksi dengan sangat baik di babak pertama dan juga di penghujung perlawanan selepas pertukaran beberapa pemain dibuat. Terengganu ambil peluang ketika Kedah hilang arah di awal babak kedua.


Sebaik sahaja babak kedua bermula, Terengganu berjaya memberi tekanan kepada benteng tuan rumah melalui dua pemain sayap iaitu Hakimi Abdullah dan Faisal Halim dengan larian-larian pantas mereka ke dalam kawasan defensif third Kedah.


Kedua-dua pemain ini yang menjadi duri dalam daging di saat Kedah masih tercari-cari rentak di awal babak kedua selepas jaringan penyamaan David da Silva menerusi sepakan penalti yang diperolehi mereka di penghujung babak pertama.


Dan pemain tengah berusia 20 tahun, Azam Azmi berhasil menjaringkan gol pertama dalam kariernya di minit ke-60 untuk Terengganu mendahului perlawanan dan memberi tekanan mental buat semua pemain Kedah yang belum bertenang.


Gol Azam Azmi itu seolah-olah memberikan nyawa baharu buat Terengganu apabila mereka tampil dengan lebih berkeyakinan membendung asakan pemain-pemain gantian Kedah yang telah dimasukkan Aidil Sharin untuk mengubah keputusan.


Mengenai percaturannya meletakkan Fandi Othman berbanding Fairuz Zakaria, Aidil Sharin menjelaskan, “Anda tidak boleh letak pemain yang mengalami kekejangan kaki berdepan Selangor untuk bermain aksi sebegini selepas hanya 48 jam.”


Mengulas mengenai sepakan penalti yang seharusnya Kedah dapati, beliau yakin yang bola tersebut terkena tangan pemain lawan. Ujarnya, “Saya yakin 100 peratus. Saya tidak katakan pengadil salah, tetapi saya telah melihat video [kejadian tersebut].”


“Ia sangat-sangat jelas dan mengecewakan. Mereka dapat penalti berpunca daripada perkara yang sama. Saya tidak tahu [kenapa]. Saya tidak mahu mengulas mengenai pengadil, jadi saya serahkannya kepada bahagian pengadil untuk melihatnya.


“Jika anda tidak berlaku adil, para pemain akan mula hilang sabar dalam perlawanan, terutamanya dalam aksi berintensiti tinggi sebegini. Perkara yang sama berlaku dalam aksi JDT berdepan Perak. Saya harap ia akan ditambahbaik selepas ini,” ulasnya.


Kekalahan ini menyaksikan skuad Hijau Kuning juga terlepas peluang untuk berada di puncak seketika dan kekal di kedudukan kedua liga dengan 16 mata, 1 mata di belakang JDT yang akan turun beraksi pada malam ini menentang PJ City FC.-SemuanyaBola


Video : Kedah DA FC vs Terengganu FC ( 09 April 2021)

Share:

Jumaat, 12 Mac 2021

Piala Sumbangsih 2021 Milik JDT, Kedah "Tokak" Jari




Kali terakhir Kedah turun dalam aksi Sumbangsih dengan membariskan pertahanan tempatan adalah pada edisi 2018 ketika dibawah kendalian Ramon Marcote. Jelas, Aidil Sharin juga memiliki keberanian itu – berpunca daripada ketiadaan Renan Alves.


Pada edisi yang dimenangi JDT dengan keputusan 2-1 itu, Ramon Marcote dengan beraninya meletakkan Khairul Helmi, Syazwan Tajudin, Rizal Ghazali dan Ariff Farhan Md Isa dalam kesebelasan utama dan kali ini ia giliran Aidil Sharin pula


Pengendali kelahiran Singapura itu menurunkan gandingan Syazwan Tajudin dan Rodney Calvin di bek tengah, Rizal Ghazali dan Fairuz Zakaria di bek kanan serta kiri. Ketiadaan Ariff Farhan juga memaksa bek kanan, Fairuz Zakaria beralih posisi.


Apa yang dapat dilihat, Fairuz Zakaria yang kembali semula menyertai Kedah daripada Penang FC musim ini sedikit bergelut dalam merantai Pemain Tengah Terbaik Liga Malaysia musim 2020, Safawi Rasid, namun Aidil Sharin menyediakan pelan kedua apabila dilihat memadatkan kawasan defensive third skuad kendaliannya.


sumber google


Kekurangan yang dimiliki barisan benteng yang ‘mentah’ itu berjaya ditutup baik oleh Anumanthan Mohan dan Baddrol Bakhtiar yang akan turut sama turun membantu rakan-rakan di benteng. Ini yang telah menyukarkan JDT sedikit,tempoh hari.


selain itu,bagi pendapat dan penglihatan admin, penyerang sensasi kedah  kpah sherman juga turut dirantai oleh 2 pemain jdt tempoh hari."apabila kpah mendapat bola,2 pemain jdt akan melulu ke arah kpah,menyebabkan  kpah tiada ruang untuk mengawal bola".


sudah pasti coach jdt Benjamin Mora memberi mandat kepada pemainnya untuk merantai kpah tidak memberi ruang kepadanya untuk bermaharajalela diatas padang.ternyata taktikal yang diterapkan oleh coach Benjamin Mora berhasil,dan kita juga boleh melihat sewaktu jdt menentang kedah pretasi kpah agak tenggelam diatas padang.


sumber google

Tahniah sekali lagi kita ucapkan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku juara bertahan selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC dengan keputusan 2-0.


Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe