Halaman

Sabtu, 1 Ogos 2020

Dedah Gaji Pemain Kepada UMUM Tak Professional - KPah Sherman



PENYERANG sensasi skuad Lang Merah, Kpah Sherman tampil menafikan khabar angin serta tanggapan sesetengah pihak bahawa gajinya mencecah RM125,000 sebulan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Penjaring gol terbanyak Liga Malaysia (Liga M) musim 2019 itu berkata, perkara itu adalah tidak benar seperti yang disangkakan peminat bola sepak.

"Mulanya saya tidak mahu memberi apa-apa komen, tetapi terdapat khabar angin di luar sana yang menyatakan gaji saya kononnya mencecah RM125,000 dan saya mahu nyatakan ini tidak benar.Lain kali sesiapa yang menyampaikan berita berkenaan sila rujuk terlebih dahulu untuk mendapat kepastian".

Jika sekalipun seorang pemain itu mencapai tahap gaji sebegitu, adalah tidak professional untuk mendedahkan gaji berkenaan kepada umum ataupun media. Ini tidak professional, katanya dengan nada kesal.

sumber : Kedah FA


Penyerang kelahiran Liberia ini juga berkata, beliau sangat berharap isu gaji tertunggak hampir lima bulan melibatkan pemain Kedah yang sedang panas diperkatakan kini perlu ditangani dengan seberapa segera bagi mengelak lebih banyak tanggapan negatif di kalangan pemerhati bola sepak.

Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu menyelesaikan isu ini dengan bijak dan menggunakan kaedah terbaik.Bayaran gaji ini melibatkan bukan sahaja impaknya kepada kami sebagai pemain, tetapi turut memberi kesan kepada keluarga kami, katanya.


Dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini, penyerang berpengalaman berusia 28 tahun itu membantu Kedah meledak satu gol, manakala bagi saingan Liga Super yang bermula pada 28 Februari lalu pula beliau membuktikan ketajamannya dengan mencetak tiga gol.

sumber:HM


Share:

Khamis, 30 Julai 2020

KEDAH BAKAL "TERKUBUR" JIKA BERTERUSAN



KUALA LUMPUR: Itu am@ran yang diberikan pemerhati bola sepak, Mohd Sadek Mustaffa ketika diminta mengulas situasi ‘p@rah’ yang sedang melanda Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) selepas pemain pasukan itu tidak menerima bayaran gaji selama lima bulan.

Jelas Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam itu, ‘bau-bau’ Kedah untuk menerima nasib yang sama dengan jiran mereka, Perlis sudah mula menunjukkan potensi terutamanya selepas berdepan tunggakan gaji berbulan bulan lamanya.

“Dengan tunggakan gaji dan hutang sehingga RM10.6 juta itu, memang kita boleh anggap satu masalah yang besar. Tengok pula pada situasi sekarang dengan COVID-19, saya kira ini antara kekangan terbesar yang perlu dihadapi pengurusan baharu KFA untuk selesaikannya.

“Jika terus berlanjutan tanpa ada sebarang penyelesaian, mungkin Kedah akan jadi seperti Perlis. Perlis pun bermula dengan masalah sama iaitu tunggakan gaji dan akhirnya menerima kesan digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekali gus terkubur.

“Untuk itu, pengurusan KFA perlu mengambil serius perkara ini dan cuba mencari jalan penyelesaikan terbaik. Kalau tidak, nampak gayanya pemain Kedah perlu turun ke bendang pula selepas ini,” katanya.

Dalam masa sama, Sadek menjelaskan model pengurusan berteraskan politik seperti yang digunakan KFA dan banyak lagi pasukan di negara ini adalah satu model yang ‘berbahaya’ apabila ia dipengaruhi dengan tampuk kepemimpinan kerajaan negeri.

“Kita lihat sahaja senario di Kedah, beberapa kali pertukaran kerajaan negeri bertukar dalam tempoh beberapa tahun ini dan mereka terus menggunakan polisi yang sama di mana Menteri Besar dipilih sebagai presiden KFA. Model sebegini memang rapuh dan masalah akhirnya timbul selepas pertukaran kepemimpinan di tengah krisis gaji yang berlaku sebelum ini.

“Ia seperti main dam aji di mana satu pihak makan sini, kemudian satu pihak makan balik dan tiada kesudahan. Menteri Besar sekarang (Muhammad Sanusi Md Nor) maklumkan ada beberapa pihak berminat bekerjasama dengan KFA. Lebih baik tawarkan sahaja KFA kepada mereka untuk dikendalikan secara swasta dan persendirian.

sumber:BH

“Modul ini lebih baik kerana jika berlaku lagi pertukaran kerajaan negeri, KFA tidak akan menerima kesan. Cuma pemain dan barisan kejurulatihan perlu bersedia dengan sebarang perubahan polisi yang akan diwujudkan nanti apabila KFA diswastakan nanti,” katanya.

Share:

Freestyle - Otai Masih Berbisa





Selalunya kita pernah tngok freestyle golongan-golongan muda ,tetapi kalini hangpa pasti terkejut pabila "otai masih berbisa" melakukan frestyle  dengan penuh bergaya..

jangan ada rasa tercabaq dah la noh..hihhih

tak percaya nah tengok video ni.


Share:

Khamis, 11 Jun 2020

Dulu Budak Kutip SAMPAH, Sekarang Budak Pemain Bola "PROFESSIONAL"




Cerita ini agak menarik dalam kehidupan saya. Ini juga adalah pekerjaan pertama saya selepas habis SPM. Ini juga adalah perniagaan yg saya target akan menampung kehidupan saya selepas bersara nanti in syaa Allah.

Selepas sahaja habis SPM saya terus ikut ayah saya menjadi kelindan lori sampah. Allahurabbi ! Kerja yg sangat2 mencabar. Kutip sampah dari rumah ke rumah dgn hanya menggunakan tangan. Can u imangine?? Hanya menggunakan tangan ! But its ok.. Saya tanamkan niat dari situ utk mencari rezeki & permudahkan urusan ayah saya.

Sepanjang bekerja tangan saya hanya berbau sampah. Ulat sampah, air sampah, bau busuk, semuanya saya hadap. Tambahan pula, di antara rumah2 yg saya kutip adalah rumah cikgu saya sendiri. Alhamdulillah cikgu tu selalu cakap pada saya ini kerja mulia. Terima kasih cikgu kerana tidak memandang hina kpd pekerjaan mulia di dunia ini ! 😊

Selepas ini jika tuan2 puan2 jumpa seseorang yg bekerja di dalam bidang ini, give respect to them. Kalau ada rezeki lebih, jumpa mereka yg sedang bekerja & sedekah sedikit duit. Saya amalkan perkara ini sejak dulu hingga skrg. Alhamdulillah Allah mudahkan segala niat saya utk buat sesuatu perniagaan.

2013 saya mengambil lesen lori ( GDL ). Selepas itu saya bawa lori sendiri, angkat sampah sendiri & segalanya sendiri. Bangga sewaktu itu kerana dapat merasai penat lelah ayah saya utk membesarkan kami adik beradik.

AZYU GLOBAL ENTERPRISE adalah company saya sejak 2013. Tahun 2020 dgn izin Allah saya dapat beli 2 lori sampah utk company. Mempunyai tong roro dalam 20 tong & 2 orang driver.

So kpd warga Lembah Klang yg nak sewa tong utk sisa domestik, sisa pukal, sisa kilang, sisa construction atau sisa apa2 sahaja, boleh whatsApp. Harga in syaa Allah yg terbaik utk anda 







Share:

Khamis, 21 Mei 2020

Bersedia Mengembalikan Kegemilangan Kedah - Azraai Khor Abdullah





Bekas Jurulatih legenda Kedah, Azraai Khor Abdullah bersedia untuk mengembalikan kegemilangan DNA bola sepak skuad Lang Merah melalui program pembangunan pemain muda yang dilihatnya sangat berpotensi berkembang pada masa ini.Azraai yang terkenal dengan gelaran jurulatih double treble atas kejayaannya membawa Kedah merangkul tiga piala pada 2007 dan 2008 berkata, pembangunan bolasepak Kedah sudah menjadi sebati dalam dirinya dan yakin mampu mencurahkan jasa bakti jika diberi peluang.

Azraai bersama pemain import kedah suatu ketika dahulu

Saya memang sudah berhajat nak buat pembangunan untuk bola sepak Kedah seperti era double treble dahulu, di mana kita dapat melihat pemain-pemain muda berjaya diketengahkan ke pasukan senior dan seterusnya skuad kebangsaan.Ini adalah masa yang sesuai untuk kembalikan DNA bolasepak Kedah melalui program akar umbi yang dapat mengetengahkan bakat pemain-pemain muda yang kini semakin berkembang.

Denyut nadi ini sudah saya rasakan kerana saya sendiri melalui banyak pengalaman sebagai pemain Kedah sejak dari tahun 1968, selain menyarung jersi skuad kebangsaan dari tahun1975 hingga 1978. katanya.

Azraai yang menabur bakti sebagai jurulatih di Malaysia selama 29 tahun berkata pengalaman dan pembabitan beliau sepanjang era kegemilangan bola sepak di Kedah ketika zaman Allahyarham Datuk Ahmad Basri Mohd Akil bakal menjadi perangsang untuk beliau teruskan legasi berkenaan.

sumber :BH
Share:

Ahad, 1 Mac 2020

KEPUTUSAN PEMERIKSAAN KETIGA STADIUM SHAH ALAM


KEPUTUSAN PEMERIKSAAN KETIGA STADIUM SHAH ALAM

Malaysian Football League (MFL) memaklumkan bahawa Stadium Shah Alam tidak boleh digunakan selepas hasil pemeriksaan mendapati keadaan semasa bumbung masih tidak selamat bagi pengelolaan perlawanan Liga Malaysia musim 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melalui surat rasmi pada 28 Februari lalu selepas melakukan tiga kali pemeriksaan keselamatan terhadap Stadium Shah Alam.

Jelas Dato’ Ab Ghani, MFL mendapati Stadium Shah Alam yang didaftar menjadi gelangang tuan rumah bagi pasukan CIMB Liga Super, Selangor pada musim ini tidak berada di tahap menyakinkan bermula pemeriksaan keselamatan pertama pada 10 Januari 2020 disusuli pemeriksaan kedua (21 Februari) dan ketiga (28 Februari).



Kata lagi Dato’ Ab Ghani, FAS harus menamakan gelangang alternatif lain bagi pasukan Selangor jika proses baik pulih Stadium Shah Alam tidak dapat diselesaikan sebelum 2 Mac.

“Keputusan pemeriksaan mendapati keadaan semasa bumbung Stadium Shah Alam diyakini masih tidak selamat untuk digunapakai bagi pengelolaan perlawanan Liga Malaysia musim 2020.

“Sehubungan dengan itu, pihak MFL telah memutuskan bahawa Stadium Shah Alam tidak boleh digunakan bagi pengelolaan perlawanan Liga Malaysia musim 2020 sehingga proses baik pulih bumbung siap sepenuhnya berserta jaminan keselamatan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Darul Ehsan Facilitates Management Sdn Bhd (DEFM).

“Pemakluman secara drastik ini dibuat setelah mengambil kira aspek-aspek persiapan dan keselamatan pasukan pelawat, penyokong, penyiaran siaran langsung, media dan komersial.

“Pasukan Selangor perlu menamakan venue lain sebagai gelanggang tuan rumah dengan kadar segera selewat-lewatnya sebelum 2 Mac iaitu esok,” katanya. Sebagai rekod, Selangor dijadualkan menentang Perak bagi saingan CIMB Liga Super di Stadium Shah Alam pada 7 Mac ini.

kredit : MFL


Share:

Jumaat, 28 Februari 2020

JDT Riasu Ancaman "2K" Pemusnah JDT





JOHOR BAHRU: Gandingan serangan Kedah yang diterajui Kpah Sherman dan Kipre Tchetche mampu menjadi pemusnah Johor Darul Ta'zim (JDT) seandainya kedua-dua pemain itu tidak diawasi pada aksi sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

Justeru, pengendali JDT, Benjamin Mora mahu benteng pertahanan skuad Harimau Selatan supaya lebih fokus dan tidak mudah terpedaya dengan helah kelibat `2K' itu yang dianggap bijak menghidu peluang terhidang bagi menjaringkan gol.


"Mereka memiliki dua pemain serangan yang berbahaya dan kita harus lebih waspada dengan Kpah yang begitu licik ketika bersama PKNS FC dan Kipre (Tchetche) juga tidak kurang hebat ketika menyertai Terengganu FC.


"Persiapan Kedah untuk menentang kami juga tampak hebat tatkala mereka adalah pasukan hebat dan apabila JDT dan Kedah bertembung, ia pasti menjadi perlawanan yang menarik dan ia terbukti ketika aksi final Piala Malaysia musim lalu.

"Kami juga sudah membuat persiapan rapi dan kemasukan beberapa pemain terutama Liridon Krasniqi dan Matthew Davies memantapkan lagi JDT di posisi tengah dan pertahanan dan saya lihat kedua-dua pemain itu cepat menyesuaikan diri dengan falsafah permainan JDT," katanya.

Rekod pertembungan dua gergasi bola sepak Malaysia dalam aksi sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah itu sejak 2017 tampak seimbang apabila Kedah terlebih dahulu menjulang piala berkenaan selepas menewaskan JDT 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti tatkala aksi 90 minit permainan terikat 1-1.

Namun pada aksi musim 2018, JDT kembali bangkit untuk menewaskan skuad Lang Merah dengan kemenangan 2-1 dan terus mengekalkan piala berkenaan selama dua musim berturut-turut selepas menewaskan Perak 1-0.

Saksikan pertembungan diantara 2 gergasi Utara Selatan akan bertembung pada perlawanan Piala Sumbangsih 2020 di Stadium baru iaitu Stadium Sulan Ibrahim malam ini.


sumber : BH


Share:

Sabtu, 15 Februari 2020

"KAMI MAHU KEKALKAN KEJUARAAN PIALA UNITY SHIELD"-BB7


KAPTEN Kedah, Baddrol Bakhtiar menganggap perlawanan pramusim menentang Perak pada saingan merebut kejuaraan edisi kedua Unity Shield di Stadium Perak, Ipoh malam ini sebagai persiapan terbaik menjelang aksi Liga Super pada 28 Februari ini.

Pemain senior Kedah berusia 32 tahun itu berkata, tiada laluan mudah untuk skuad Lang Merah yang ingin mengulangi kejayaan menjulang trofi Unity Shield musim 2019.

“Bagi saya beraksi di Ipoh kali ini satu cabaran hebat sebab Perak menjadi tuan rumah dan kami perlu berusaha gigih untuk mengekalkan kejayaan pada tahun ini.

“Selepas mendapat kemenangan 2-0 pada edisi pertama tahun lalu, pastinya kami akan berusaha mengekalkan kemenangan itu di tempat lawan walaupun kami sedar ia cabaran besar.

“Kami juga sedar penyokong meletakkan harapan tinggi kepada kami pada musim ini, dan ini satu lagi cabaran yang kami anggap sebagai motivasi untuk kami maju lebih ke hadapan,” katanya.

Baddrol berkata, saingan itu juga boleh dijadikan medan mencari keserasian dalam kalangan rakan sepasukan menjelang musim baharu.
kredit : KEDAH FA

“Ini perlawanan sesuai untuk membentuk gandingan utama sebelum aksi Piala Sumbangsih berdepan Johor Darul Ta’zim di Johor Bahru, hujung bulan ini,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memberi jaminan tahap keselamatan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang bakal menjadi gelanggang rasmi pasukan Terengganu FC (TFC) dalam mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini terjamin.

Keyakinan itu disuarakan Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim ketika sidang media selepas Majlis Memperkenalkan Jersi dan Pemain Pasukan TFC, TFC II, TFC III dan TFC IV di Dataran Pantai Batu Buruk, petang kelmarin.

Beliau turut menyatakan ‘lampu hijau’ untuk menggunakan stadium itu juga sudah diperoleh daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sebelum ini dan baginya tidak timbul perkara berbangkit mengenai stadium itu yang kali terakhir digunakan pada awal musim 2017 sebelum berpindah ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
STADIUM PERAK THE BOS GAURUS
kredit : KEDAH FA

“Berkaitan Sijil Layak Menduduki (CF) kita ambil pakai kebenaran untuk menggunakan stadium itu (SSMZA) yang dulu, cuma faktor padang prosesnya ada pada Liga Bolasepak Malaysia (MFL), pada 18 Februari ini MFL akan datang ke stadium itu untuk membuat semakan, jadi kita rasa tidak ada sebarang masalah buat masa ini.

“Tahap keselamatan juga kita guna pakai kebenaran yang lepas, lagipun JKR negeri juga sudah memberi jaminan dari segi sudut keselamatan, jadi isu itu tidak berbangkit sebab sebelum inipun kita sudah beraksi di stadium berkenaan, cuma disebabkan masalah padang kita tidak meneruskan aksi ketika itu.

“Jaminan daripada JKR itu diberikan semasa dibenarkan pasukan beraksi sebelum masalah padang iaitu pada tahun 2017, jadi sama saja keadaan itu, sebelum inipun tidak ada bumbung, begitu juga sekarang,” katanya.

kredit : HM
Share:

Ahad, 9 Februari 2020

ISU GAJI PASUKAN DI UTARA TANAH AIR



SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) belum membuka tirai, namun ada pasukan Liga Super berstatus gergasi yang culas membayar gaji pemain untuk bulan Disember dan Januari.

Lebih mengejutkan, bukan saja pemain, ia turut membabitkan pegawai dan staf sokongan persatuan yang berpangkalan di utara tanah air itu.

Keadaan itu menyebabkan pemain tidak beraksi sepenuh hati ketika dalam beberapa perlawanan pramusim termasuk kekalahan kepada satu pasukan Liga Perdana baru-baru ini.

Menurut sumber terdekat pasukan itu, kegagalan pihak pengurusan menjelaskan pembayaran gaji sememangnya mengejutkan ketika mereka pada awal musim ini sangat aktif membawa masuk beberapa muka baharu.

Menurut Harian Metro 

“Sebenarnya isu ini dah beberapa kali berlaku dari tahun lalu lagi. Dua minggu lalu, kalau nak tahu gaji pemain lama untuk bulan November baru dibayar oleh pihak pengurusan.

“Tapi gaji bulan Disember dan Januari masih tak dapat lagi. Pemain baharu banyak mengeluh dan mereka rata-rata tak sangka boleh jadi macam ini.

“Bila jadi macam ini, moral pemain pun mula jatuh dan ia tak elok untuk pasukan. Tapi kalau tengok pada persiapan awal, bila gaji tak bayar memang ‘kelakar’ tapi pemain tak berani nak buka mulut,” katanya, semalam.

Selain tunggakan gaji dua bulan, sumber mendedahkan barisan pemain turut menuntut bonus kejayaan tahun lalu dalam saingan Piala Malaysia.

Sumber Harian Metro.
Share:

Sabtu, 18 Januari 2020

KFA PANDANG SERIUS KEGIATAN SALAH GUNA NAMA DAN LOGO KFA

 

KFA PANDANG SERIUS KEGIATAN PENIPUAN INDIVIDU SALAH GUNA NAMA DAN LOGO KFA BAGI TUJUAN MERAIH SUMBANGAN AWAM

Pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) telah membuat satu laporan polis dan menyerahkan kepada Polis DiRaja Malaysia untuk melakukan siasatan setelah menerima laporan dari pihak luar berkenaan aktiviti penggunaan nama dan logo KFA bagi tujuan meraih sumbangan dana bertujuan kononnya untuk digunakan bagi pihak Kenari Kids KFA.

Satu siasatan dalaman telah dilakukan oleh pihak pengurusan selepas menerima laporan awam dan mendapati tiada kebenaran diberikan kepada mana-mana pihak bagi tujuan tersebut. Individu yang menyamar sebagai pihak mewakili KFA tersebut juga tidak dikenali dari mana-mana cawangan Kenari Kids dibawah seliaan KFA dan aktiviti yang didakwa akan dijalankan juga meragukan selepas siasatan susulan dilakukan oleh pengurusan dengan pihak berwajib.

Oleh itu, pihak KFA memandang serius aktiviti penipuan oleh individu tersebut dan satu laporan polis dilakukan bagi melindungi hak KFA dan membanteras aktiviti penipuan ini.

Kami percaya dengan kesedaran orang awam dan penyokong yang sentiasa menyokong KFA, sebarang aktiviti yang meragukan dan berunsur penipuan, anda dinasihatkan untuk sama-sama menyalurkan maklumat kepada KFA dan melakukan siasatan awal sebelum membuat sebarang sumbangan dana.

Sekian, terima kasih.

YB ASMIRUL ANUAR ARIS
Setiausaha Kehormat KFA

Share:

LOTTO MALAYSIA TARIK DIRI MENAJA KEDAH FA



𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐋𝐎𝐓𝐓𝐎 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀


LOTTO Malaysia dimaklumkan bahawa pada 17hb Januari 2020 terdapat beberapa laporan melalui instrumen media sosial telah menyatakan bahawa 𝐋𝐎𝐓𝐓𝐎 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐥𝐚𝐬𝐞𝐩𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 (𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐅𝐀) akibat penularan gambar- gambar yang digembar-gemburkan sebagai jersi KFA bagi Musim Liga Malaysia 2020.

LOTTO Malaysia mendapati terdapat asas yang munasabah untuk mempercayai kesahihan berita bahawa gambar tersebut telah disebarluaskan oleh individu yang tidak bertanggungjawab sungguhpun tiada kenyataan rasmi dari pihak LOTTO Malaysia mahupun KFA berkenaan jersi tersebut.


LOTTO Malaysia mengambil serius dan amat kesal dengan penularan gambar tersebut dan juga LOTTO Malaysia menafikan 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 yang disebarkan di laman media sosial berkaitan penarikan balik tajaan terhadap KFA.

LOTTO Malaysia telah pun memajukan bukti penularan tersebut kepada Peguam Syarikat untuk memulakan siasatan dan tindakan perundangan dengan Pihak Berkuasa berkaitan.

Perlu ditekankan bahawa LOTTO Malaysia terus komited untuk bersama-sama pengurusan KFA dan persatuan-persatuan bolasepak di Malaysia bagi memulakan kempen bolasepak 2020 dan bersama-sama mencipta sejarah kejayaan yang penuh gemilang dan cemerlang.

Sekian.

Share:

Rabu, 15 Januari 2020

300 RIBU TIDAK CUKUP,KEDAH MAHU LEBIH.....



300 RIBU TIDAK CUKUP,KEDAH MAHU LEBIH ISU AKHYAR, TINDAKAN TERHADAP JDT DITERUSKAN

Kes tuntutan pampasan terhadap Akhyar Rashid masih belum berakhir dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan terus membuat tuntutan supaya nilainya ditambah, sepadan pelaburan dibuat bagi membangunkan pemain tersebut.

Setiausaha Kehormatnya, Asmirul Anuar Aris berkata, jumlah RM300,000 dirasakan masih belum mencukupi dan hanya sepadan dengan nilai pampasan untuk menebus baki kontrak semata-mata.

"Kalau ditambah dengan yuran perundangan dan sebagainya, KFA akan menerima kira-kira RM327,000. Tetapi bagaimana dengan soal latihan, perbelanjaan yang kita lakukan untuk 'menaikkan' pemain itu sebelum ini kerana jumlah itu juga sepatutnya diambil kira.

"Kita telah menerima nasihat dari peguam yang mengatakan boleh 'masuk' kali kedua yang memungkinkan nilai pampasan itu ditambah. Soal pemain itu mahu membuat rayuan untuk mengurangkan nilai pampasan, itu hak dia," katanya.



Sementara itu katanya, KFA pada hakikatnya tidak hanya bertindak terhadap Akhyar malah turut mengambil langkah sama terhadap JDT.

"Dalam hal ini kita ambil tindakan terhadap kedua-duanya iaitu Akhyar dan JDT. Kes Akhyar telah dibawa ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) yang mana kita dah dapat keputusannya sementara kes JDT masih belum berlangsung, masih ada di FAM.

"Kalau tak selesai di FAM atau keputusan itu masih belum memihak kepada kita, KFA akan teruskan kes itu ke pihak berwajib seterusnya," katanya.

Tambahnya, KFA tidak berminat untuk bercakap mengenai perkara itu dari sudut emosi atau peribadi tetapi lebih kepada dasar profesional berlandaskan undang-undang dan prinsip.

"Kita ada ruang kemuka hak dan Akhyar ada hak untuk merayu. Kita bergerak atas dasar profesional," katanya.

Sumber :- Warta Kedah










 Kesimpulannya, Kedah bukan sekadar ambil tindakan kepada Akhyar, tetapi juga JDT.
Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe