Halaman

Khamis, 10 Ogos 2017

PENSWASTAAN PASUKAN LIGA MALAYSIA



PENSWASTAAN PASUKAN LIGA MALAYSIA: APA MAKSUDNYA, APA SYARATNYA & APA STATUS TERKINI?

Penswastaan pasukan Liga Super dan 100Plus Liga Premier adalah langkah penting dalam usaha kita untuk menaikkan nilai liga bola sepak kita.

Seperti yang anda sedia maklum semakin tinggi nilai liga, semakin banyak penaja mahu menaja liga dan pasukan. Apabila penaja semakin banyak, semakin meriah dan maju liga kita. Dan semua orang tahu, liga yang bagus akan mempengaruhi kualiti skuad kebangsaan.

Tetapi tahukah anda apa maksud sebenar penswastaan pasukan? Apa syarat-syaratnya? Apa status penswastaan pasukan Liga Super dan 100Plus Liga Premier ketika ini?
Sebelum kami menjelaskan tentang penswastaan pasukan, kami ingin menjelaskan 3 terma yang penyokong bola sepak tempatan selalu keliru:

• Penswastaan liga
• Penswastaan pasukan
• Pelesenan kelab

(i) Penswastaan liga
Penswastaan liga adalah satu gerakan yang memberi hak pemilikan bersama kepada FAM dan semua pasukan yang bertanding di dalamnya.
Sebelum era penswastaan liga, hanya FAM yang memiliki liga. Hanya FAM lah yang menentukan hala tuju liga. Hanya FAM lah yang menguruskan liga.
Tetapi selepas liga diswastakan, FAM memberi hak pemilikan bersama kepada semua pasukan yang bertanding dalam liga. Untuk mengurus liga, FMLLP ditubuhkan untuk memastikan hak semua pemilik bersama liga ini dijaga dengan adil.
Tujuan penswastaan liga dibuat adalah untuk menaikkan nilai liga.

(ii) Penswastaan pasukan & (iii) Pelesenan kelab
Penswastaan pasukan pula adalah satu gerakan yang memastikan pasukan memenuhi kriteria dan standard yang ditetapkan oleh FAM, AFC dan FIFA. Gerakan ini dinamakan pelesenan kelab.

Tujuan pelesenan kelab ini dibuat adalah untuk menaikkan nilai sesebuah pasukan. FMLLP pula menetapkan pelesenan kelab perlu dibuat sebagai pra-syarat menyertai Liga Super musim 2018 dan Liga Premier musim 2020.

Mengapa pelesenan kelab penting?
Dari segi analogi, pelesenan kelab adalah seperti pensijilan ISO kepada sesebuah organisasi. Ia adalah petunjuk organisasi tersebut mengamalkan amalan terbaik (best practices) mengikut panduan ISO.

Seperti syarikat swasta yang menggunakan ISO untuk meyakinkan klien bahawa mereka adalah syarikat yang bagus, kelab bola sepak boleh menggunakan lesen kelab untuk meyakinkan penaja mereka.

Apa beza syarat pelesenan FAM dan AFC?
Berbeza dengan pemahaman ramai penyokong bola sepak Malaysia, syarat pelesenan kelab yang dikeluarkan oleh FAM sebenarnya diasaskan oleh syarat pelesenan kelab yang dikeluarkan oleh AFC.

Ini bermakna jika kelab anda mematuhi syarat pelesenan kelab yang dikeluarkan oleh FAM, kelab anda juga sebenarnya telah mematuhi syarat pelesenan kelab yang dikeluarkan oleh AFC.
Malah ada sesetengah syarat pelesenan FAM jauh lebih ketat berbanding yang ditetapkan oleh AFC.
Apa syarat-syarat pelesenan kelab yang dikeluarkan FAM?

Ada 6 kriteria pelesenan kelab yang perlu dipatuhi:

• Kriteria kesukanan
• Kriteria infrastruktur
• Kriteria pentadbiran
• Kriteria undang-undang
• Kriteria kewangan
• Kriteria perniagaan

6 kriteria ini dibahagikan kepada 3 gred keperluan:

Gred A – jika pasukan gagal memenuhi kriteria gred A, mereka tidak akan diberi lesen memasuki pertandingan AFC dan FAM.

Gred B – jika pasukan gagal memenuhi kriteria gred B, mereka masih boleh memasuki pertandingan AFC dan FAM jika mendapat kebenaran pemberi lesen.

Gred C – jika pasukan gagal memenuhi kriteria gred C, mereka masih boleh memasuki pertandingan AFC dan FAM. Boleh berubah menjadi gred A dan B pada bila-bila masa.
Berikut merupakan perincian 6 kriteria tersebut beserta gred yang telah ditetapkan oleh AFC.

(i) Kriteria kesukanan
Setiap pasukan mesti mempunyai:
– struktur pembangunan pemain (gred A)
– program pembangunan pemain muda (gred A)
– servis dan sokongan perubatan untuk pemain berkontrak (gred A)
– program akar umbi (gred B)
– program pendidikan staf teknikal dan pemain (gred B)
– program CSR (gred C)
– akademi pemain muda (gred C)
– tidak mengamalkan semangat perkauman (gred C)

(ii) Kriteria infrastruktur
Setiap pasukan mesti menyediakan:
– stadium yang mengikut Peraturan Stadium AFC dan Manual Pertandingan Kelab AFC (gred A)
– sijil keselamatan stadium (gred A)
– pelan pengosongan stadium jika berlaku kejadian tidak diingini (gred A)
– kemudahan latihan pasukan mesti boleh diakses sepanjang tahun (gred A)
– pelan keselamatan stadium (gred B)
– kemudahan latihan minimal untuk pembangunan pemain (gred B)
– peraturan stadium (gred B)
– kemudahan stadium untuk OKU (gred B)
– papan tanda arahan di stadium (gred C)

(iii) Kriteria pentadbiran
Setiap pasukan mesti mempunyai:
– sekretariat kelab dan pejabatnya sendiri (gred A)
– CEO pasukan (gred A)
– pegawai kewangan (gred A)
– pegawai keselamatan (gred A)
– pegawai media (gred A)
– pegawai perubatan (gred A)
– ahli fisioterapi (gred A)
– ketua jurulatih (gred A)
– pembantu ketua jurulatih (gred A)
– ketua pembangunan pemain muda (gred A)
– jurulatih pemain muda (gred A)
– organisasi keselamatan dan sekuriti atau stewards (gred A)
– hak, tanggungjawab dan tugas setiap pegawai mesti ditulis (gred A)
– pengganti jika pegawai tak dapat bertugas (gred A)
– memberitahu pemberi lesen jika ada perubahan staf (gred A)
– penasihat undang-undang (gred C)
– pengarah teknikal pasukan (gred C)
– jurulatih penjaga gol (gred C)
– jurulatih kecergasan (gred C)
– pegawai pelesenan pasukan (AFC tidak mewajibkan tetapi FAM menetapkan gred B)

(iv) Kriteria undang-undang
Setiap pasukan mesti menyediakan:
– dokumen pengisytiharan penghormatan pasukan terhadap pemegang taruh pertandingan AFC dan FAM (gred A)
– dokumen perlembagaan, statut dan artikel kelab (gred A)
– dokumen pemilikan kelab (gred A)
– kontrak bertulis dengan pemain (gred A)
– prosedur disiplin dan kelakuan untuk pemain dan staff (gred C)
(v) Kriteria kewangan
Setiap pasukan mesti menyediakan:
– kenyataan kewangan yang beraudit (gred A)
– kenyataan kewangan untuk tempoh interim yang beraudit (gred A)
– tiada hutang dengan kelab lain dalam hal perpindahan pemain (gred A)
– tiada hutang dengan staf/pemain kelab dalam hal KWSP dan Socso (gred A)
– dokumen perwakilan sebelum memohon lesen (gred A)
– maklumat unjuran kewangan (gred A)
– makluman kepada pemberi lesen jika ada hal-hal berkaitan kewangan kelab yang mempengaruhi kelayakan mendapat lesen (gred B)
– makluman unjuran kewangan yang dikemaskini (gred B)

(vi) Kriteria perniagaan
Setiap pasukan mesti menyediakan:
– pelan perniagaan (AFC tidak mewajibkan tetapi FAM menetapkan gred B)

Apa status penswastaan pasukan di Malaysia ketika ini?
Ketika ini FMLLP memberi masa sehingga September 2017 kepada semua pasukan Liga Super untuk menyiapkan kriteria-kriteria minimum yang membolehkan mereka mendapat lesen.
Pada Oktober 2017 nanti, sebuah badan berkecuali akan datang melawat semua pasukan Liga Super untuk melihat sama ada mereka berjaya memenuhi kriteria minimum perlesenan kelab atau tidak.

Kegagalan mereka mendapatkan lesen akan menyebabkan pasukan tak boleh bertanding dalam Liga Super musim 2018 dan Liga Premier musim 2020.

Setakat ini persiapan pelesenan kebanyakan pasukan Liga Super dan sesetengah pasukan 100Plus Liga Premier (seperti Negeri Sembilan FA) sudah berada di tahap 80%.
Baki 20% yang tak siap pula kebanyakannya berpunca daripada isu ‘tersangkut’ dalam kriteria pentadbiran dan kewangan. Seperti tiada staf pentadbiran yang mencukupi dan akaun beraudit. —

sumber ArslanFootballClub
Share:

Isnin, 7 Ogos 2017

TIDAK PERLU HENTI LIGA-M SEMATA-MATA BERI LALUAN SKUAD MUDA NEGARA


TIDAK PERLU HENTI LIGA-M SEMATA-MATA BERI LALUAN SKUAD MUDA NEGARA.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata Liga Malaysia tidak sepatutnya dihentikan bagi memberi laluan kepada skuad Bawah 22 (B-22) negara menghadapi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

"Hanya negara kita sahaja yang menghentikan perjalanan liga semata-mata bagi memberi laluan kepada skuad muda negara berbanding negara lain namun mereka masih boleh meneruskan aksi liga seperti biasa dan itu adalah pandangan saya," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Sehubungan itu Tunku Ismail mencadangkan agar pentadbir Liga Malaysia, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan FAM berbincang mencari penyelesaian terbaik untuk tempoh jangka panjang.

Terdahulu, Tunku Ismail menghadiri perjumpaan dengan skuad B-22 negara yang turut disertai skuad bola sepak wanita, skuad futsal lelaki dan wanita negara, Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Mohd Yusoff Mahadi serta Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

Media sebelum ini melaporkan bahawa FMLLP mengambil keputusan untuk menangguhkan saingan Liga Malaysia buat sementara bagi memberi laluan kepada ketua jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee membuat persediaan untuk menghadapi acara bola sepak Sukan SEA 2017.

Acara bola sepak dijadualkan dari 14 hingga 29 Ogos ini. Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor turut mengulas isu jadual perpindahan pemain yang disifatkannya kurang sesuai sehingga menyebabkan pasukan membeli pemain yang kurang berkualiti.

“Kami perlukan beberapa bulan untuk kaji perkara ini namun kita boleh lakukan sekarang dan mungkin memperoleh penyelesaian pada mesyuarat exco akan datang,” katanya. –Bernama

Share:

Sabtu, 5 Ogos 2017

"KAMI MAHU MERAMPAS KEDUDUKAN KEDUA LIGA"- Ahmad Shaharuddin Rosdi


Pemangku jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddin Rosdi, mengakui pertemuan Liga Super menentang Kedah, malam ini, sebagai perlawanan penentu buat skuad Tok Gajah untuk meraih kedudukan kedua terbaik musim ini. 

Tanpa berselindung, Shaharuddin mengakui dua kekalahan kepada Lang Merah pada musim ini masih berbekas, justeru mereka ingin melunaskan dendam lebih-lebih lagi tewas dalam perebutan Piala FA. 

"Perlawanan malam ini sememangnya kami nanti-nantikan selepas dikecewakan dalam pusingan pertama di Alor Star dan perlawanan akhir Piala FA. 

"Kami masih ingat lagi kekalahan dalam final," katanya. 

Kedah kini mengumpul 34 mata sementara Pahang dengan 30 mata selepas 18 perlawanan. Kemenangan di Stadium Darulmakmur, malam ini, akan membuka semula peluang tuan rumah untuk mengintai kedudukan kedua terbaik liga. 

"Malam ini penentu untuk kami merampas kedudukan kedua liga. Kami perlu menghadapinya dengan aksi terbaik."

Begitupun, Pahang kehilangan Muslim Ahmad dan Ahmad Syamim Yahya dalam usaha mereka memburu mata penuh.

"Saya berharap pengganti mereka akan memainkan pengaruh."

sumber : StadiumAstro

Share:

REKA BENTUK STADIUM JDT BAKAL SIAP 2019


Contoh Reka Bentuk Stadium Johor Darul Ta'zim bakal siap tahun 2019







CANTIK BUKAN?



Share:

RANKING TERKINI PASUKAN TERBANYAK DAPAT LIVE

TERKINI Ranking Pasukan Liga Malaysia Yang Dapat Live Paling Terbanyak Setakat ini 

  1. Johor DT (14 perlawanan)
  2. Kedah (12 perlawanan)
  3. Pahang (12 perlawanan)
  4. Perak (10 perlawanan)
  5. Selangor (7 perlawanan)
  6. Melaka (6 perlawanan)
  7. T-Team (6 perlawanan)
  8. Felda (5 perlawanan)
  9. Kelantan (4 perlawanan)
  10. Pulau Pinang (4 perlawanan)
  11. Sarawak (3 perlawanan)
  12. Terengganu (3 perlawanan)
  13. Negeri Sembilan (2 perlawanan)
  14. PKNS (1 perlawanan)
  15. Sabah (1 perlawanan)
Share:

Jumaat, 4 Ogos 2017

ROMBAKAN BESAR-BESARAN VINGADA


Rombakan besar-besaran apabila Nelo Vingada menggugurkan 11 pemain Malaysia

Mereka yang digugurkan adalah :

  1. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Pahang)
  2. Afif Amiruddin (Pahang)
  3. Mohd Faisal Mohd Rosli (Pahang)
  4. Shahrul Saad (Perak)
  5. Amri Yahyah (Selangor)
  6. Safee Sali (PKNS FC)
  7. Mohd Nazrin Syamsul Bahri (PKNS FC)
  8. Izham Tarmizi Roslan (Johor Darul Ta’zim)
  9. Mahalli Jasuli (Johor Darul Ta’zim)
  10. S Chanthuru (Johor Darul Ta’zim)
  11. Azammuddin Akil (Johor Darul Ta’zim)
Dua lagi yang turut dilepaskan bagi mewakili skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2019 bermula 14 hingga 29 Ogos ini adalah
  1. Matthew Davies
  2. Nor Azam Abdul Azih
Daripada 26 pemain Vingada hanya 13 dikekalkan untuk kem latihan pusat di Melaka bermula 14 Ogos ini iaitu:
  1. Baddrol Bakhtiar (Kedah)
  2. Rizal Ghazali (Kedah)
  3. Syazwan Zainon (Kedah)
  4. Khairul Helmi Johari (Kedah)
  5. Akram Mahinan (Kedah)
  6. Ahmad Hazwan Bakri (JDT)
  7. Safiq Rahim (JDT)
  8. Amirulhadi Zainal (JDT)
  9. Hafizul Hakim Khairul Nizam Johty (Perak)
  10. Shahrom Abdul Kalam (Perak)
  11. Nazirul Naim Che Hashim (Perak)
  12. Ahmad Syamim Yahya (Pahang)
  13. Khairulazhan Khalid (Selangor)
Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe