Halaman

Selasa, 14 Februari 2017

STRATEGI TAN CHENG HOE PIALA FA MALAM NI

PENGENDALI Kedah, Tan Cheng Hoe akan membuat percaturan semula dalam kesebelasan utama skuad hijau kuning sebelum menerima kunjungan Kuala lumpur dalam saingan Piala FA di Stadium Darul Aman pada hari ini.



Menurutnya, penilaian itu dibuat bagi membentuk kesebelasan utama terbaik dalam misi memburu kemenangan. Jelasnya, selepas Kedah berjaya menewaskan Pahang dalam Liga Super baru-baru ini, perubahan perlu dibuat bagi memastikan pemain tidak letih atau penat untuk mempertahankan kemenangan di gelanggan sendiri.

"Saya akan menilai semula kemampuan pemain. Mungkin ada pemain yang perlu direhatkan dan diganti dengan pemain lain yang lebih bertenaga. "Kita akan buat dua atau tiga perubahan mengikut situasi dan kecergasan pemain. Kesebelasan utama akan hanya ditentukan sebelum perlawanan bermula selepas membuat penilaian daripada pelbagai sudut.

"Pertukaran ini bukan bermakna saya memperkecilkan kemampuan Kuala Lumpur, tetapi ia penting bagi memastikan skuad yang akan beraksi nanti tidak letih dan penat untuk berdepan Kelantan dalam saingan Liga Super di Kota Baru selepas ini. "Pada masa sama kita juga dapat memberi peluang kepada pemain simpanan umtuk membuktikan kemampuan masing-masing dan merebut slot dalam kesebelasan utama bagi perlawanan penting," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe menambah, semua pemain kini berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan serius yang perlu diketepikan.Oleh itu, beliau berkata, Kedah mempunyai banyak pilihan untuk meneruskan misi tanpa kalah dan usaha untuk bergelar juara.

"Bagi perlawanan ini, pemain perlu memberi tumpuan sepenuhnya kerana Kuala Lumpur juga sebuah pasukan yang hebat dan berada di puncak Liga Premier. "Apa yang saya harapkan daripada pemain ialah meneruskan rentak seperti yang dipamerkan ketika menentang Pahang.


"Jangan sia-siakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri yang dipenuhi dengan penyokong-penyokong yang menjadi kekuatan kami selama ini," jelasnya.

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

Arkib Blog

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe