Halaman

Isnin, 25 November 2019

Ramai Calon Pemain "Naturalisasi" Yang Boleh Diserapkan Dalam Skuad Malaysia Bagi Tahun 2020

HARIMAU MALAYA DAN NATURALISASI


Photo Sumber Google


Perlawanan Malaysia bertemu Indonesia adalah perlawanan yang terakhir bagi pasukan yang digelar Harimau Malaya pada tahun ini. Jelas sekali skuad Tan Cheng Hoe
menunjukan peningkatan yang drastik kerana dalam 14 perlawanan yang dihadapi , 9 kemenangan diperolehi manakala 4 kekalahan diterima oleh pasukan kebangsaan Malaysia dibawah kendalian beliau

Oleh itu, jika dilihat kematangan dan kemantapan pasukan kendalian beliau jelas sekali dilihat dengan pemain yang mempunyai permainan yang
berkualiti yang dibarisi pemain tempatan dan naturalisasi

Pada tahun 2020 kali adalah permulaan baru buat Coach Tan Cheng Hoe kerana kita tidak tahu lagi sama ada prestasi skuad kendalian beliau masih
boleh dikekalkan lagi atau akan digantikan dengan pemain pemain baru. Bagi pemain pemain naturalisasi juga nampak gayanya juga memberi bayangan dan susah untuk membuat pilihan kepada coach Tan Cheng Hoe kerana ramai lagi pemain naturalisasi yang bakat dan juga sudah dikenalpasti mempunyai bakat yang boleh diserapkan dalam skuad harimau malaya pada tahun 2020 kerana ada lagi ramai pemain naturalisasi yang boleh diserapkan dalam skuad Malaysia bagi tahun 2020

Antara calon calon pemain naturalisasi ialah

*CALON PEMAIN NATURALISASI*
1. Guilherme De Paula (KL)
2. Liridon Krasniqi (Melaka Utd)
3. Michael Ijezie Chukwubunna (UKM)
4. Gonzalo Cabrera (JDT)
5. Romel Morales (PKNS)

*PEMAIN BERDARAH KACUKAN YANG SUDAH DIDAFTARKAN SEBAGAI PEMAIN TEMPATAN*
1. Natxo Insa (JDT)
2. Kiko Insa (JDT)
3. Corbin Ong (JDT)
4. Darren Lok (JDT 2)
5. Sam Somerville (JDT 2)
6. Brendan Gan (Perak)
7. Curran Ferns (Sukhotai FC)
8. Stuart Wark (Pulau Pinang)
9. Matthew Davies (Pahang)
10. Khair Jones (KL)
11. Shazalee Ramlee (Sarawak)
12. Daniel Ting (PKNS)
13. Nick Swirad (PKNS)
14. David Rowley (Kedah)

*PEMAIN BERDARAH KACUKAN YANG BELUM DIDAFTARKAN SEBAGAI PEMAIN TEMPATAN*
1. Lee Tuck (Terengganu FC)
2. Dion Johan Cools (Brugge KV)
3. Wan Kuzain Wan Kamal (Sporting Kansas City)

*PEMAIN BERDARAH KACUKAN YANG SUDAH MENGUMUMKAN PERSARAAN*
1. Junior Eldstal (JDT)

Sehubungan itu, diharap coach Tan Cheng Hoe dapat memberi sesuatu yang sangat bermakna lagi dan menilai pemain pemain naturalisasi ini
sama ada mereka sesuai untuk pasukan Malaysia atau tidak dan terpulanglah kepada coach untuk membuat penilaian kerana musim hadapan
mungkin tidak tahu lagi prestasi pemain yang sedia ada.


 
Share:

Jumaat, 22 November 2019

WAN KUZAIN TERCICIR SKUAD ONG KIM SWEE


Berikut senarai akhir 20 pemain yang dipilih ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee bagi membawa cabaran Malaysia ke Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina dari 25 November hingga 10 Disember 2019.





Tujuh daripada pemain di atas adalah dari skuad yang meraih pingat perak pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur iaitu penjaga gol Haziq Nadzli, Syamer Kutty Abba, Akhyar Rashid, Adam Nor Azlin, Danial Amier Norhisham, Irfan Zakaria dan Syahmi Safari.

Adam Nor, 23, dan Irfan, 24, berada dalam skuad ke Sukan SEA 2019 di Filipina kali ini selaku pemain yang mengisi dua kuota pemain lebih umur 22 tahun.

Bagaimanapun Wan Kuzain Wan Kamal dari kelab Kelab Major League Soccer (MLS) Amerika Syarikat, Sporting Kansas City tidak tersenarai kerana masalah dokumentasi tidak dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain.

Malaysia akan membuka tirai saingan Kumpulan A berdepan Myanmar pada Isnin, 25 November 2019 diikuti perlawanan menentang tuan rumah, Filipina pada Jumaat, 29 November 2019.

Selepas itu, baki dua lagi aksi peringkat kumpulan adalah bertemu Timor-Leste pada Isnin, 2 Disember 2019 dan Kemboja pada Rabu, 4 Disember 2019. Kesemua empat perlawanan ini di Stadium Memorial Rizal, Manila.

Sementara Kumpulan B pula menampilkan juara bertahan Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos, Singapura dan Brunei.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir yang dijadual pada 7 Disember 2019 manakala perlawanan penentuan pingat gangsa dan seterusnya aksi final dijadual berlangsung pada 10 Disember 2019, sehari sebelum upacara penutup Sukan SEA 2019.

Ini merupakan temasya Sukan SEA kelima berturut skuad Malaysia dibimbing oleh Kim Swee, 49, selepas edisi 2011 di Indonesia, 2013 di Myanmar, 2015 di Singapura, 2017 di Kuala Lumpur dan kali ini 2019 di Filipina.


Share:

[VIDEO] JOM KENALI STADUIM DARUL AMAN







Stadium Darul Aman mula dibina pada tahun 1967. Mempunyai kapasiti penonton sebanyak 30,000 dengan semuanya berkerusi selepas pengubahsuaian pada tahun 1997 dan 2006.
Kerajaan Negeri pernah menyerahkan pengurusan Stadium Darul Aman kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) 1997 dan pihak KFA telah menubuhkan Lembaga Pengurusan Stadium Darul Aman untuk menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran, pengurusan dan penyelenggaraan Stadium Darul Aman.




Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 30 Ogos 2006 telah membuat keputusan bahawa Stadium Darul Aman adalah antara venue yang diletakan dibawah pengurusan Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah. Pengambil alihan tersebut berkuatkuasa pada 1 November 2006.
Stadium Darul Aman mempunyai padang bolasepak dimana perlawanan Liga Super, Liga Piala Malaysia, Piala Malaysia dan Piala Presiden diadakan.
Disamping itu trek olahraga, Acara lain yang boleh diadakan didalam stadium adalah perhimpunan, pertunjukan hiburan, perbarisan dan lain-lain

Diluar Stadium–

Gerai-gerai, Bazaria Larut Malam, Car Boot Sale dan Bazaria Ramadhan

Baca Juga :- Senarai Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019
Pengadil Jepun Dulu "TIBAI" Dua-Dua Pasukan

Share:

Selasa, 19 November 2019

INDONESIA DATANG AWAL, MASALAH MEREKA SUDAH SELESAI.


KUALA LUMPUR: Dua misi berbeza kini dipikul seluruh pemain Harimau Malaya pada aksi menentang Indonesia pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Selain mengekalkan kedudukan pasukan di landasan tepat untuk memburu slot ke Piala Asia, Harimau Malaya juga kini memburu penutup cemerlang bagi kempen 2019.

Secara matematik dan andaian atas kertas, anak buah Tan Cheng Hoe diramal mampu memastikan tiga mata ketika lawan mereka kini berada dalam situasi tidak stabil, tewas kesemua empat perlawanan Kumpulan G.

Begitupun sedar lawan mereka kini seakan Garuda terluka, Cheng Hoe menuntut pemainnya supaya tidak mudah berasa selesa sekali pun beraksi di depan penyokong sendiri.

"Saya rasa masalah (dihadapi Indonesia) itu sudah pun selesai kerana kalau tidak, mana mungkin mereka datang lebih awal berlatih di sini. Indonesia mempersiapkan pasukan untuk mendapatkan keputusan positif.

"Kita tidak boleh katakan kita ada kelebihan bermain di tempat sendiri kerana kalau kita tidak hadir dengan motivasi dan fokus, akhirnya kita juga boleh dibolosi.

"Tetapi Bukit Jalil berikan inspirasi malah jualan tiket juga cukup membanggakan dan boleh beri motivasi kepada kami," katanya pada sidang media pra perlawanan semalam.

Pada aksi pembukaan Kumpulan G di Jakarta September lalu, Harimau Malaya berjaya mengatasi Indonesia 3-2 dan kemenangan ke atas Thailand sebelum ini memberikan harapan tinggi kepada penyokong untuk melihat kemenangan milik skuad negara.

Harimau Malaya kini menghuni tangga keempat Kumpulan G, berkongsi enam mata bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE), manakala Vietnam cemerlang di puncak carta, mengumpul 10 mata diikuti Thailand kedua (7 mata).

"Tidak kira perlawanan saya rasa tekanan akan ada. Kami tidak boleh anggap tidak ada tekanan kerana pihak lawan hadir dengan persediaan yang cukup rapi.

"Semua jurulatih dan pemain mahukan kemenangan tetapi pemain faham situasi ini dan tahu bagaimana untuk atasi keadaan ini," katanya.

VIDEO EKOR HARIMAU SEJATI CHANT

Share:

Ahad, 17 November 2019

[VIDEO] SENARAI PEMENANG ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2019



FERNANDO RODRIGUEZ 


_________________________________________________________________________________





Video Penuh Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019




ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2019

SENARAI PEMENANG #ABK19


1-PEMAIN PALING POPULAR

SAFAWI RASID (JOHOR DARUL TA’ZIM)



_________________________________________________________________________________


2-PEMENANG KASUT EMAS

FERNANDO RODRIGUEZ (KEDAH)



_________________________________________________________________________________



3-PEMAIN IMPORT TERBAIK

DIOGO (JOHOR DARUL TA’ZIM)



_________________________________________________________________________________


4-PEMAIN ASEAN TERBAIK

HARISS HARUN (JOHOR DARUL TA’ZIM)



_________________________________________________________________________________


5-PEMAIN MUDA HARAPAN

AKHYAR ABDUL RASHID (JOHOR DARUL TA’ZIM)




_________________________________________________________________________________


6-JURULATIH TERBAIK

DOLLAH SALLEH (PAHANG)



_________________________________________________________________________________



7-PENJAGA GOL TERBAIK

FARIZAL MARLIAS (JOHOR DARUL TA’ZIM)




_________________________________________________________________________________


8-PERTAHANAN TERBAIK

SHAHRUL SAAD (PERAK)



_________________________________________________________________________________


9-PEMAIN TENGAH TERBAIK

MOHAMADOU SUMAREH (PAHANG)






_________________________________________________________________________________

10-PENYERANG TERBAIK

SAFAWI RASID (JOHOR DARUL TA’ZIM)







TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG #ABK19
Share:

Ahad, 3 November 2019

JOHOR DT AJAR KEDAH "CARA" MAIN BOLA


KUALA LUMPUR: Aksi final yang b3rat seb3lah! Itu gambaran yang boleh dib3rikan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Ia susulan pr3stasi skuad Helang Merah yang s3akan bukan tandingan buat Harimau Selatan s3lepas t3was mudah 3-0.

Namun, ini bukan kekalahan terbesar yang berlaku di pentas final Piala Malaysia dengan Kedah pernah menewaskan Perak 3-0 pada 2007 dan Singapura pernah meraih kemenangan 4-0 ke atas Pahang pada 1994.

Turun tanpa dua tonggak pertahanan, Renan Alves dan Rizal Ghazali, Kedah terus menerima tamparan hebat apabila kehilangan khidmat Azmeer Yusof yang terpaksa dikeluarkan hanya selepas 16 minit permainan akibat kecederaan.



Faktor itu mungkin menjadi antara punca benteng Kedah tampak mudah ditembusi jentera serangan JDT yang membuka tirai jaringan menerusi Leandro Velazquez pada minit ke-27.

Selain kelonggaran di bahagian pertahanan, anak buah Aidil Sharin Sahak juga dilihat buntu untuk mengatur serangan yang menyaksikan tidak banyak percubaan berbahaya dapat dilakukan pada terutama di babak pertama.



Sebaliknya, JDT yang jelas menguasai permainan berjaya mengukuhkan kedudukan selepas sepakan percuma Safawi Rasid gagal diselamatkan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim pada minit ke-35.

Kealpaan benteng pertahanan Kedah terus dihukum pada minit ke-58 menerusi jaringan Syafiq Ahmad untuk meletakkan JDT mendahului 3-0, sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya Harimau Selatan.



Ia adalah kejuaraan Piala Malaysia kedua yang dimenangi JDT selepas turut m3newaskan Kedah 2-0 di pentas final, dua tahun lalu.
Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe