Halaman

Isnin, 16 Disember 2019

30 Senarai Pemain KEDAH FA 2020



Kedah FA telah menyenaraikan 30 pemian  pada musim 2020 dimana KFA berusha untuk memastikan mereka mahu bersaing dalam kancah bolasepak malaysia dan juga Asia.

Disini  telah sediakan video  30 pemain-pemain Kedah FA 2020....




Tirai Liga Malaysia akan disingkap pada 28 Februari 2020 ini dengan perlawanan Sumbangsih yang menemukan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan juara Piala FA, Kedah di Stadium Sultan Ibrahim Larkin.

Sejumlah 12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Premier akan berentap memburu kejuaraan musim ini yang bakal berakhir pada 19 Julai 2020.
Share:

Sabtu, 14 Disember 2019

KFA Umum Pemain Import Kouta Asia 2020




KENYATAAN MEDIA KFA

PEMAIN BAHARU PASUKAN LIGA SUPER KEDAH DAN STATUS JAFRI CHEW ABDULLAH.

Pihak pengurusan tertinggi KFA kini telah memasuki fasa akhir persiapan bagi melengkapkan senarai pemain menjelang musim 2020 tidak lama lagi.
Ketika pelbagai desas-desus berkenaan kuota pemain import Asia, saya dan barisan kejurulatihan pasukan yang diketuai oleh Aidil Sharin Sahak telah mengambil sedikit masa di dalam membuat keputusan yang teliti bagi memilih seorang ‘Jeneral’ di bahagian tengah untuk melengkapkan slot terakhir pemain import.
Saya dengan ini mengumumkan pemain import kuota Asia bagi pasukan Liga Super Kedah ialah AMIN ADAM LAZARTE NAZARI, berumur 26 tahun, dilahirkan di Sweden dan mempunyai kerakyatan Filipina.
Beliau sebelum ini beraksi bersama skuad kebangsaan Filipina dan kelab Ratchaburi Mitr Phol FC (Thailand). Amin akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas pada jam 2:30 petang Ahad ini.






 Pihak pengurusan juga telah mengikat seorang lagi penjaga gol iaitu pemain skuad remaja kebangsaan, Mohd Azri Abdul Ghani, 20 tahun, berasal dari Kelantan dan beraksi bersama pasukan Bawah 19 tahun Kebangsaan serta kelab Felda United FC.
Selamat datang saya ucapkan buat Amin dan Azri!
Saya juga mahu memaklumkan mengenai status terkini Muhammad Jafri bin Muhammad Firdaus Chew, pemain yang telah diumumkan sebelum ini antara pemain tempatan baharu KFA. Pasukan Liga Super Kedah terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat beliau selepas beliau disahkan tidak cukup cergas untuk memenuhi syarat utama kontrak professional pemain bolasepak iaitu melepasi ujian kecergasan bersama pasukan yang bakal diwakili pemain itu sendiri. Keputusan ini bukanlah mudah buat KFA, namun keutamaan haruslah diberikan kepada persiapan sebuah pasukan yang mantap di dalam menongkah cabaran musim depan dengan bermulanya aksi sebenar seawal 21 Januari 2020 nanti iaitu di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC.
Pihak pengurusan mengucapkan agar Muhammad Jafri segera pulih dari kecederaan dan dapat terus menyinar dalam arena bolasepak Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Pulun Kedah Pulun!
ANAS HAFIZ BIN MUSTAFFA
Naib Presiden 1 KFA merangkap Ketua Unit Liga Super Kedah
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BIODATA PEMAIN IMPORT KUOTA ASIA
Nama : Amin Adam Lazarte Nazari
Tarikh lahir : 26 April 1993 (berumur 26 tahun)
Tempat lahir : Malmö, Sweden
Tinggi : 1.81 meter
Posisi : Pemain Tengah
Nombor jersi : 93
INFO KELAB:
Kelab Lama : Ratchaburi Mitr Phol FC
KERJAYA REMAJA:
1998–2011 Malmö FF
KERJAYA PROFESSIONAL:
Tahun / Pasukan/Penampilan/Gol
2011–2015 Malmö FF 18 (0)
2013 → Assyriska FF (loan) 23 (4)
2015 → Fredrikstad (loan) 26 (3)
2016–2017 Falkenbergs FF 39 (3)
2018 IFK Mariehamn 24 (3)
2019– Ratchaburi Mitr Phol 13 (0)
SKUAD KEBANGSAAN
2009 Sweden U17 12 (3)
2011–2012 Sweden U19 8 (3)
2013 Sweden U21 1 (0)
2018– Philippines 2 (0)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
BIODATA PENJAGA GOL BAHARU
Nama : Muhammad Azri Abdul Ghani
Tarikh Lahir : 30 April 1999 (berumur 20 tahun)
Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan
Posisi : Penjaga Gol
Tinggi : 1.77 meter
Berat : 78kg
Kelab lama : Felda United FC
Skuad Kebangsaan: Pasukan Bawah 18 dan 19 tahun Malaysia
Share:

Jumaat, 13 Disember 2019

Liga Malaysia akan bermula hujung bulan Februari 2020





Malaysian Football League (MFL) menjelaskan bahawa prosedur rapi serta proses Economic Control Programme (ECP) menjadi faktor Liga Malaysia musim 2020 bermula pada 28 Februari tahun depan.
Bermula musim depan, pasukan Liga Super dan Liga Premier perlu mematuhi peraturan baharu iaitu ECP di mana langkah MFL ini sebagai usaha menangani masalah kewangan pasukan khususnya hutang dan tunggakan gaji pemain.

Bagi melaksanakan ECP, MFL telah mengadakan taklimat pertama kepada kesemua pasukan bertanding mengenai proses serta prosedur ECP di Hotel Tenera, Bangi pada 18 November lalu.
Mengulas lanjut, MFL mendedahkan prosedur dan proses ECP menjadi faktor sepak mula Liga Malaysia bermula pada akhir Februari tahun depan di mana proses untuk menyemak setiap bajet daripada setiap pasukan mengambil masa sebulan.

Dan keputusan mengenai tarikh penjadualan Liga Malaysia ini telah dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam mesyuarat pada Khamis lalu (12 Disember).“Kesemua pasukan harus menyerahkan bajet kepada MFL sebelum tarikh tutup pada 15 Disember ini di mana MFL akan mengenalpasti atau mengesahkan kos sebenar skuad utama mereka yang dibenarkan pada 15 Januari tahun depan.

“Kemudian pasukan-pasukan barulah dibenarkan untuk mendftarkan pemain sebaik jendela perpindahan pertama Liga Malaysia dibuka pada 16 Januari hingga 15 Mac tahun depan.
“Jadi proses dan prosedur ECP ini harus dipatuhi oleh setiap pasukan Liga Malaysia dan menyaksikan saingan akan bermula pada 28 Februari tahun depan. Tempoh masa ini bagi memastikan persediaan mereka berada dalam tahap terbaik selaras pengenalan ECP pada musim depan,” kata MFL dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.
Tirai Liga Malaysia akan disingkap pada 28 Februari ini dengan perlawanan Sumbangsih yang menemukan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan juara Piala FA, Kedah di Stadium Sultan Ibrahim Larkin.

Baca Juga : KFA "Tegur" FAM,MFL

Sejumlah 12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Premier akan berentap memburu kejuaraan musim ini yang bakal berakhir pada 19 Julai 2020.
Namun Liga Malaysia bagi musim 2021 dijangka akan bermula lebih awal berikutan setiap pasukan dikehendaki menyerahkan bajet kewangan pasukan utama pada 31 Oktober 2020 dan keputusan kelulusan struktur kewangan mereka diumumkan pada 30 November 2020.
Dalam perkembangan sama, MFL memberitahu bahawa setiap kelab telah dimaklumkan mengenai proses memperoleh kelulusan unit ECP MFL untuk menandatangani pemain baharu yang memakan masa selama lima hari waktu bekerja.

“Langkah pertama adalah kelab itu dikehendaki menyerahkan draf kontrak kepada sistem MyPass dan Emel kepada unit ECP MFL untuk memohon kebenaran menandatangani pemain baharu itu.
“Langkah kedua, unit ECP MFL akan menilai dan meluluskan pendaftaran pemain baharu itu jika jumlah kos pemain tersebut berada dalam bajet yang dibenarkan dalam kos skuad utama mereka.
“Langkah ketiga adalah kelab boleh meneruskan untuk memuktamad perbincangan kontrak dengan pemain dan menandatangani mereka di mana kos pemain itu haruslah menyamai atau kurang daripada kos yang diluluskan oleh Unit ECP MFL.

“Langkah seterusnya kelab akan menyerahkan kontrak pemain baharu kepada Unit Pertandingan MFL dan kontrak itu akan disahkan oleh unit terbabit,” kata MFL.


video : NURIDDIN DAVRONOV IMPORT TENGAH KEDAH 2020?????

Kenyu Sugimoto Pemain Tengah Kedah FA 2020????? BETULKAH???


Share:

Sabtu, 7 Disember 2019

KFA "Tegur" FAM,MFL



ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini 'menegur' Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berhubung beberapa perkara yang dilihat mendatangkan masalah kepada persatuan-persatuan bola sepak negeri.
Presidennya, Dato' Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir berkata, salah satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah kelewatan pasukan menerima format pertandingan daripada FAM dan MFL yang membantutkan persiapan.

Malah katanya, tarikh perlawanan bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, Johor antara Kedah dan JDT juga belum dimuktamadkan.
"Dalam masa sama, KFA juga berpendapat FAM menjadikan pasukan-pasukan bertanding sebagai bahan ujikaji dengan mencadangkan beberapa perubahan struktur pertandingan dalam masa singkat. Sebagai contoh, dengan mengarahkan penganjuran liga negeri bawah 19 dan bawah 21 pada tahun depan.

"Kita tak dimaklumkan adakah liga itu bersifat sementara atau kekal dalam keadaan kita sememangnya memberi perhatian soal pembangunan di semua peringkat. Kita ada pasukan Piala Presiden, Kenari Kid, Lang Muda, kejohanan bawah 17 dan 14 tahun, futsal lelaki dan wanita malah bola sepak pantai dengan semua ini bagi memenuhi syarat-syarat FAM. "Kalau liga tempatan bawah 19 dan 21 tahun ini perlu dilaksanakan, peruntukan itu sepatutnya datang dari FAM. Kalau tak, ia akan membebankan persatuan bola sepak negeri terutamanya negeri-negeri susah seperti Kedah,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Kongres KFA Ke-44 di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Aman dekat sini, hari ini.
Tambahnya, kekecewaan persatuan-persatuan negeri turut timbul berhubung isu bayaran hak penyiaran yang masih belum dilunaskan sepenuhnya MFL ketika mereka berjanji untuk berbuat demikian pada November lalu.

"Perkara ini membebankan pasukan bertanding terutamanya dari segi aliran tunai yang mana wang itu sepatutnya boleh digunakan untuk membayar gaji para pemain.
"Diharapkan isu ini dapat diberi perhatian pada musim depan. Sebaik-baiknya bayaran tersebut dibuat mengikut tarikh permainan yang diadakan siaran langsung itu dan bukannya pada hujung tahun atau dua kali dalam setahun," katanya.
Mukhriz menambah, masalah yang diutarakan itu sebenarnya turut dialami oleh pasukan-pasukan lain.

"Saya bercakap bukan hanya bagi pihak KFA tetapi juga bagi banyak pasukan lagi di negara ini yang berdepan masalah sama. Atas dasar ketelusan dan keadilan, sepatutnya FAM dan MFL beri perhatian serius berhubung perkara ini," katanya.


Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe