Halaman

Rabu, 22 November 2017

"Ya, KFA Dah Call Saya," - Ramon Marcote



ALOR SETAR - Bekas Penolong Ketua Jurulatih Kedah, Ramon Marcote mengesahkan dirinya telah dihubungi Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) untuk berbincang mengenai tawaran kontrak sebagai Ketua Jurulatih skuad Lang Merah.

Marco ketika dihubungi Kedahnews.com berkata, KFA dan pihaknya kini sedang dalam usaha ke arah perbincangan yang lebih serius dalam masa terdekat dan berharap ia bakal membuahkan hasil yang positif.

"Ya, mereka ada menghubungi saya, tapi dalam satu perbincangan ringkas.

"Semuanya kini sedang lancar dalam usaha ke arah tersebut (mengikat kontrak). Namun begitu, kita perlu bersabar dan menunggu," kata Marco kepada Kedahnews.com, awal pagi ini.

Kedahnews.com sebelum ini mengambil inisiatif "merisik" Marco yang kini berada di Madrid, Sepanyol, bertanyakan sama ada beliau terikat kontrak dengan mana-mana pihak sebelum "dilamar" KFA.

Marco berkata, beliau tidak terikat kontrak dengan mana-mana pihak dan sedia untuk kembali berkhidmat mengemudi skuad Lang Merah sekiranya diberi peluang oleh KFA.

Selain itu, bekas penolong Ketua Jurulatih kelab ternama Sepanyol, Athletico Madrid itu berkata, beliau mengharapkan agar ditawar kontrak yang bersifat jangka panjang bagi membentuk pasukan yang lebih mantap dan konsisten.

Mengulas mengenai minatnya untuk menyertai Lang Merah, Marco menjelaskan bahawa penyokong Kedah merupakan faktor istimewa yang menarik beliau untuk kembali bertugas ke negeri ini.

"Penyokong Kedah sangat menakjubkan dan sangat istimewa. Mereka buat kita benar-benar berada di dalam stadium," jelasnya sebelum ini sambil memuji pengurusan KFA yang begitu komited menguruskan skuad kebanggaan rakyat Kedah itu.

sumber kedahnews.com
Share:

Jumaat, 17 November 2017

"KAMI HANYA PANTAU, KEPUTUSAN DI TANGAN FMLLP"- SETIAUSAHA AGUNG AFC


Demikian penjelasan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, selepas FMLLP menggantikan Kedah dengan Pahang selaku wakil kedua negara dalam kejohanan itu musim depan.

Menurutnya, dalam segala syarat pelesenan kelab, FMLLP mengikut garis panduan AFC tetapi ia bukan bidang kuasa badan bola sepak Asia itu untuk menentukan wakil Malaysia ke saingan tersebut.

"Badan yang memberikan lesen adalah FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), mengikut Artikel 6 Pelesenan Kelab. Dalam konteks di Malaysia, yang memberi lesen adalah pentadbir liga, iaitu FMLLP. Ia adalah mengikut peraturan," katanya.

Tambahnya, 31 Julai lalu adalah tarikh akhir buat semua pasukan yang akan bersaing dalam Piala AFC untuk memenuhi segala syarat pertandingan.

Jelasnya, terdapat 32 syarat yang wajib lulus untuk pasukan yang bertanding dan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) hanya gagal satu daripadanya.

"Pasukan Kedah tidak dapat memberi satu kriteria berhubung laporan kewangan yang sudah diaudit.

"Sebab ia adalah kriteria A, iaitu kriteria yang harus lulus, maka mereka tidak diberikan lesen," katanya.

Tambah Windsor, ia juga adalah dalam bidang kuasa FMLLP memutuskan Kedah lulus syarat pelesenan kelab untuk Liga Super tetapi tidak menamakan skuad Lang Merah sebagai wakil negara dalam Piala AFC.

sumber : StadiumAstro
Share:

Khamis, 9 November 2017

"DESAKAN ANDA TIDAK MEMBERI KESAN TERHADAP SAYA"- AB


AHMAD BASHAH TIDAK AKAN TUNDUK KEPADA DESAKAN.

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA)  Dato' Sri Ahmad Bashah Hanapiah tidak akan berundur diri dan akan terus kekal sebagai Presiden KFA. Walaupun berdepan dengan tekanan untuk mengundurkan diri termasuk tekanan dari Pergerakan Pemuda Umno Kedah.

Beliau berpendapat desakan Pemuda Umno itu hanyalah atas sambutan penyokong terhadapnya di Shah Alam semasa perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini.

Menurutnya tidak ada apa2 keperluan untuknya melepaskan jawatan. Memandangkan masih banyak lagi kerja-kerja yang hendak di laksanakan demi Bolasepak Kedah.
Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe