Halaman

Rabu, 8 Februari 2017

Kebangkitan Pahang FA tahun 2017


Pahang FA satu nama yang digeruni pada tahun 2014 yang memenangi Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2014, Piala Malaysia 2014 dan Piala FA 2014 ketika itu.


Namun pada tahun berikutnya pasukan itu kurang beraksi dengan cemerlang kerana pada tahun 2015 mereka hanya sekadar menempah perlawanan separuh akhir selapas dikalahkan oleh Selangor dan juga dikalahkan oleh pasukan Kelantan dengan aggregat 3 2 pada pertemuan separuh akhir Piala FA 2015. Menjadi serba tidak kena apabila pasukan itu juga ditolak 6 mata Liga Super 2015 setelah didenda oleh FAM atas kesalahan penangguhan gaji pemain import pada tahun 2013 mereka.





Pada tahun ini Pahang FA telah mempamirkan aksi-aksi menarik apabila pasukan yang dikelolai oleh Coach Dollah Salleh itu dikatakan kenduri gol selepas menewaskan T-Team FC 5 - 0 di Stadium Darul Makmur 27 Januari lepas.Sebelum itu pasukan Pahang FA hanya sekadar seri satu sama bertemu Perak di Stadium Ipoh Perak pada pembukaan Liga Super 2017.Baru-baru ini pada 4 Februari Pahang FA juga telah mengalahkan Sarawak FA 1 - 0  di Stadium Kuching lantas rekod tanpa kalah dipegang oleh pasukan itu dan 3 pasukan lain iaitu Perak FA , Kedah FA dan JDT.

Pada 11 Februari 2017 pasukan Kedah akan menyambut kedatangan Pahang FA di Stadium Darul Aman bagi perlawanan ke 4 Liga Super 2017

Berikut adalah video highlight bagi pasukan Pahang FA :




PERAK 1 - 1 PAHANG


PAHANG 5 - 0 T-TEAM 


SARAWAK 0 - 1 PAHANG

*sumber video facebook official Pahang FA
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

Arkib Blog

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe