Halaman

Rabu, 28 April 2021

Kedah Dalam Kumpulan MAUT : AFC CUP 2021 ZON ASEAN



AFC CUP 2021 ZON ASEAN : 2 wakil Malaysia dalam kejohanan AFC Cup 2021 iaitu pasukan Kedah dan Terengganu yang akan memulakan aksi kira-kira 2 bulan lagi dan  sudah boleh membayangkan cabaran yang akan diterima dalam kumpulan masing-masing.


Ini adalah apabila Persipura Jayapura diletakkan dalam kumpulan H, melengkapkan semua pasukan dalam kumpulan itu iaitu Kedah (Malaysia), Saigon (Vietnam), Persipura Jayapura (Indonesia) dan Lion City Sailors (Singapura).




Kumpulan H ini boleh dikatakan sebagai ‘kumpulan maut’ dalam perlawanan peringkat kumpulan Zon ASEAN, mengikut senarai pasukan yang mengisi kedudukan seperti diatas.


Manakala untuk pasukan Terengganu dalam kumpulan I pula, mereka perlu menanti pemenang perlawanan play-off diantara pasukan Visakha (Kemboja) menentang Lalenok United (Timor Leste) untuk melengkapkan semua pencabar.


Jika diperhatikan, Terengganu boleh dikatakan memiliki laluan lebih selesa untuk mara ke peringkat seterusnya berbanding pasukan Kedah berdasarkan keupayaan pasukan-pasukan yang ada dalam kumpulan masing-masing.


Namun, kita masih tetap mahukan kedua-dua pasukan Kedah dan Terengganu untuk layak sejauh mungkin dalam kempen AFC Cup 2021 ini bagi membantu menyumbangkan mata AFC MA Ranking Malaysia untuk terus memiliki 1 slot automatik peringkat kumpulan untuk kejohanan AFC Champions League musim akan datang.


Dalam kemasikini yang dibuat oleh pihak AFC pada 26 April lalu, saingan kumpulan H akan bermula pada 29 Jun sehingga 5 Julai, manakala aksi kumpulan I pula akan bermula pada 30 Jun sehingga 6 Julai 2021.


Teruskan membaca artikel-artikel dibawah yang telah kami sediakan untuk anda.

Share:

Sabtu, 17 April 2021

“Adakah ini bermaksud dia berada di Liga Kampung"? - Aidil Shahrin

 


“Pergi cari pasukan untuk diurus atau main layang-layang.”- Aidil Shahrin Coach Kedah


Teguran bekas pemain kebangsaan Khalid Ali berhubung etika pemakaian beberapa jurulatih Liga Malaysia yang disifatkannya tidak melambangkan jurulatih liga profesional, nampaknya mendapat perhatian ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Aidil Shahrin Sahak.


Khalid Ali sebelum ini meluahkan rasa kecewa melihat ada jurulatih memakai jeans lusuh ketika perlawanan, sambil menegaskan penampilan sedemikian memberi gambaran buruk mengenai Liga Malaysia.


Walaupun dia tidak menyebut mana-mana nama, tetapi teguran itu dilihat ditujukan kepada Aidil Shahrin, apabila dia menyebut situasi itu disaksikannya ketika perlawanan Selangor dan Kedah.


Aidil Shahrin apa lagi, takkan mahu berdiam diri apabila diperlekeh? Ini respon jurulatih dari Singapura itu.





“Ada nampak apa-apa yang salah tak dia memakai jeans”, tulisnya sambil memuatnaik gambar Pep Guardiola (pengurus Manchester City) mengenakan jeans ketika perlawanan.


“Adakah ini bermaksud dia berada di Liga Kampung? Lebih baik awak jaga kain sendiri daripada bercakap tentang orang lain,” tambahnya.




Dan kemudiannya dia memuatnaik satu lagi gambar Jurgen Klopp dengan jeans, “Seorang lagi pengurus berprofil tinggi memakai jenas ketika perlawanan Liga Juara Eropah dan awak kata ini bukan pemakaian sesuai seorang jurulatih?


“Pergi cari pasukan untuk diurus atau main layang-layang.”




Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ghani Hassan pula berkata seluar jeans lusuh sememangnya tidak dibenarkan mengikut kod pemakaian seperti tertera dalam organisasi teknikal perlawanan (OTP) dan peruntukan ini sudah diketahui oleh semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang bertanding.


Ia sekaligus membuktikan bahawa teguran Khalid Ali ada asasnya.


Justeru itu Datuk Ghani mengharapkan setiap pasukan dapat memantau etika pemakaian setiap pegawai dan mematuhi tatacara ditetapkan.


Etika pemakaian memang ada dalam OTP di mana pegawai pasukan tidak dibenarkan memakai selipar, sandal, baju tanpa lengan ataupun jeans lusuh.


“Tetapi untuk kes seperti yang disebut (jurulatih memakai jeans lusuh pada aksi Selangor dan Kedah), saya tidak boleh ulas dengan lanjut kerana tidak tahu gambaran sebenar terhadap apa yang dipakai.


“Saya akan mendapatkan laporan daripada komisioner perlawanan itu untuk mengetahui perkara itu dengan lebih lanjut,”

Share:

Sabtu, 10 April 2021

SAYA YAKIN 100% KEDAH PATUT DAPAT PENALTI - AIDIL SHAHRIN



Rentetan enam perlawanan tanpa kalah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akhirnya telah dinoktahkan Terengganu FC dan Aidil Sharin merasakan ia tidak sepatutnya berlaku.


Kedah tewas tipis 1-2 selepas mendahului aksi sebelum Terengganu bangkit mengejar dan memenangi aksi minggu ke-8 Liga Super 2021, malam tadi. Ini juga merupakan kekalahan pertama mereka di laman sendiri selepas tiga kemenangan sebelum ini.


Menurut Aidil Sharin, “Para pemain telah buat yang terbaik. Kami kawal perlawanan dan bermain lebih baik berbanding Terengganu. Kami tidak sepatutnya kalah dengan cara kami bermain. Mereka memiliki dua peluang dan memanfaatkannya.”


“Saya simpati dengan pemain-pemain saya kerana mereka telah bekerja keras tetapi keputusan tidak memihak kepada kami. Kami perlu terima kekalahan ini dan terus bergerak ke depan,” jelas Aidil Sharin mengenai keputusan perlawanan tersebut.


Dalam perlawanan tersebut, Kedah dilihat beraksi dengan sangat baik di babak pertama dan juga di penghujung perlawanan selepas pertukaran beberapa pemain dibuat. Terengganu ambil peluang ketika Kedah hilang arah di awal babak kedua.


Sebaik sahaja babak kedua bermula, Terengganu berjaya memberi tekanan kepada benteng tuan rumah melalui dua pemain sayap iaitu Hakimi Abdullah dan Faisal Halim dengan larian-larian pantas mereka ke dalam kawasan defensif third Kedah.


Kedua-dua pemain ini yang menjadi duri dalam daging di saat Kedah masih tercari-cari rentak di awal babak kedua selepas jaringan penyamaan David da Silva menerusi sepakan penalti yang diperolehi mereka di penghujung babak pertama.


Dan pemain tengah berusia 20 tahun, Azam Azmi berhasil menjaringkan gol pertama dalam kariernya di minit ke-60 untuk Terengganu mendahului perlawanan dan memberi tekanan mental buat semua pemain Kedah yang belum bertenang.


Gol Azam Azmi itu seolah-olah memberikan nyawa baharu buat Terengganu apabila mereka tampil dengan lebih berkeyakinan membendung asakan pemain-pemain gantian Kedah yang telah dimasukkan Aidil Sharin untuk mengubah keputusan.


Mengenai percaturannya meletakkan Fandi Othman berbanding Fairuz Zakaria, Aidil Sharin menjelaskan, “Anda tidak boleh letak pemain yang mengalami kekejangan kaki berdepan Selangor untuk bermain aksi sebegini selepas hanya 48 jam.”


Mengulas mengenai sepakan penalti yang seharusnya Kedah dapati, beliau yakin yang bola tersebut terkena tangan pemain lawan. Ujarnya, “Saya yakin 100 peratus. Saya tidak katakan pengadil salah, tetapi saya telah melihat video [kejadian tersebut].”


“Ia sangat-sangat jelas dan mengecewakan. Mereka dapat penalti berpunca daripada perkara yang sama. Saya tidak tahu [kenapa]. Saya tidak mahu mengulas mengenai pengadil, jadi saya serahkannya kepada bahagian pengadil untuk melihatnya.


“Jika anda tidak berlaku adil, para pemain akan mula hilang sabar dalam perlawanan, terutamanya dalam aksi berintensiti tinggi sebegini. Perkara yang sama berlaku dalam aksi JDT berdepan Perak. Saya harap ia akan ditambahbaik selepas ini,” ulasnya.


Kekalahan ini menyaksikan skuad Hijau Kuning juga terlepas peluang untuk berada di puncak seketika dan kekal di kedudukan kedua liga dengan 16 mata, 1 mata di belakang JDT yang akan turun beraksi pada malam ini menentang PJ City FC.-SemuanyaBola


Video : Kedah DA FC vs Terengganu FC ( 09 April 2021)

Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe