Halaman

Sabtu, 11 Februari 2017

KEDAH TAK PANDANG ENTENG ANCAMAN PAHANG MALAM INI

ALOR SETAR: Juara Piala Malaysia, Kedah tidak akan memandang mudah ancaman yang bakal dihadapi apabila melayan kunjungan Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam ini.


Coach Tan Cheng Hoe


Perkara itu dinyatakan oleh pengendali skuad Helang Merah, Tan Cheng Hoe, menjelang pertemuan kedua-dua pasukan itu, malam ini.

Berikutan itu, dia mahu semua pemain berhati hati dengan dengan kejutan yang mampu ditampilkan oleh rakan sejawatannya, Dollah Salleh untuk skuad Tok Gajah dalam usaha mencuri tiga mata di sini.
"Kebangkitan skuad Pahang dalam kancah Liga Super musim ini kian terasa apabila Pahang berjaya mencatatkan dua kemenangan dengan menumpaskan T-Team dan Sarawak selain seri ketika bertemu Perak."

"Oleh itu saya minta semua pemain supaya lebih fokus dan kekalkan disiplin tinggi selain mengelak daripada melakukan kesilapan.

"Kita hanya menang 1-0 pada aksi Liga Super bertemu Pahang di Stadium Darul Aman tahun lalu dan itu mampu diulangi jika kita semua mampu bermain bersungguh-sungguh," katanya mengulas pertemuan dengan skuad Tok Gajah itu di sini, hari ini.

"Saya berharap juga semangat dan keyakinan pemain yang semakin meningkat sejak Kedah bergelar juara Piala Malaysia 2016 dan juara Piala Sumbangsih 2017, mampu menjadi tonik untuk menjinakkan Pahang sekali lagi."

credit : BeritaHarian
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

Arkib Blog

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe