Halaman

Rabu, 15 Mei 2019

JDT TERKAM PAHANG, KEKAL PENDAHULU LIGA


JOHOR Darul Ta'zim (JDT) melebarkan kemenangan untuk terus kekal di tangga teratas selepas menewaskan Pahang 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor malam ini.

Turun beraksi dengan semangat kemenangan 1-0 ke atas Kashima Antlers dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) baru-baru ini, skuad kendalian Benjamin Mora nyata memberi tekanan kepada Pahang sebaik perlawanan bermula.
JDT yang diperkuatkan kesebelasan utama tampak menguasai perlawanan apabila mengasak ke kubu skuad Tok Gajah dan melakukan percubaan berbahaya pada minit ke-12 selepas bola sepakan lintang Gonzalo Cabrera disambar Safawi Rasid yang melakukan rembatan kilas namun bola terus ke dakapan penjaga gol, Helmi Eliza Elias.

Biarpun kedua-dua pasukan cuba memecah kebuntuan jaringan namun sering dihampakan dengan penyudah lemah sehingga kedudukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama.

Babak kedua, giliran pelawat mula mengasak ke kubu tuan rumah selepas Ze Eduardo memiliki peluang terbaik pada minit ke-52 apabila cuba melakukan helah dengan menendang yang hampir memerangkap penjaga gol, Farizal Marlias yang sempat menguis bola keluar.

Pergerakkan Diogo Luis Santo dalam perlawanan itu bagaikan dirantai benteng pertahanan lawan yang melakukan apa jua cara untuk menyekat kelicikan pemain import JDT itu yang sering menjadi mangsa terjahan keras pemain pelawat.

Serang balas tuan rumah pada minit ke-69 dimulakan Hariss daripada kawasan tengah bertindak pantas melorong bola kepada pemain gantian Akhyar Rashid yang bergerak di posisi sayap kanan dan kemudian menolak semula kepada kapten JDT itu yang pantas menolak masuk bola menewaskan Helmi Eliza.

Ahhyar kemudiannya memastikan kemenangan buat tuan rumah selepas mudah menanduk masuk menewaskan Helmi Eliza yang tergamam melihat bola menerjah jaring.

kredit :Harian Metro

Share:

Selasa, 14 Mei 2019

Selamat Maju Jaya Alex! - Fans Hijau Kuning


Azamuddin Bin Mohd Akil aka Alex di lahirkan di Pahang pada 16 April 1985 (34 tahun) Pemain ini pernah bermain bersama pasukan Pahang U21 pada tahun 2003 hingga 2005,

Selepas itu beliau meneruskan kerjaya sebagai pemain bersama kelab Shahzan Muda pada tahun 2005 hingga 2008 dengan 32 penampilan, tahun seterusnya 2008 hingga 2010 Alex beraksi bersama 1 lagi pasukan Kelab iaitu UPB/My Team,

Pasukan Pahang FA seterusnya menjadi pilihan Alex pada tahun 2010 hingga 2015 dengan 105 penampilan, dan di pinjamkan kepada pasukan Kelantan FA pada tahun 2011, Pasukan Gergasi tanah air JDT menjadi pasukan pilihan Alex untuk beraksi pada tahun 2016 hingga 2017 dengan 41 penampilan,

Seterusnya karier Alex terus di tagih oleh pasukan Selangor pada tahun 2018 hanya dengan beberapa penampilan sebelum beliau cedera teruk,

Kedah FA menjadi pilihannya pada tahun 2019 untuk beliau berusaha sembuh dari kecederaan yang agak teruk, setelah beberapa bulan di rawat (segala kos di tanggung oleh Alex sendiri) akhirnya Alex di laporkan hampir pulih sepenuhnya dan insha'Allah akan beraksi tidak lama lagi,

Kami di Hijaukuningfans mengucapkan Selamat Maju Jaya Alex, semoga dipermudahkan segala urusan anda
Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe