Halaman

Isnin, 13 Februari 2017

SIAPA BAKAL GANTI PEMAIN IMPORT KEDAH?



Admin tertarik dengan status facebook Gosip Bola Malaysia dimana Kedah mempunyai pemain-pemain yang tahu tentang posisi dan juga kehebatan skill masing-masing apabila di tengah padang dan salah satunya pemain import Kedah.Namun jika Kedah bermain tanpa pemain import dengan faktor kecederaan, kad merah mahupun lain-lain, maka siapakah  pemain tempatan yang layak menggantikan(rotate player) mereka ini?


Pemain import yang berprolifik tinggi yang berkeupayaan membantu pasukan dalam meledakan gol iaitu Liridon Krisniqi. Semua orang tahu Liridon merupakan tonggak utama pemain tengah yang mempunyai skill ball position yang amat baik apabila beliau mendapat bola di tengah padang.

Selain itu pertahanan tengah Kedah iaitu Zac Anderson dengan tinggi lampainya yang berjaya mengekang pemain penyerang pihak lawan juga telah memikat para penyokong skuad Hijau Kuning.


Sandro juga mempunyai skill, kelajuan dan juga kehebatan sepakan percuma beliau yang laju dapat mengelirukan penjaga gol lawan.


Selain itu Ken Ilsø pemain Denmark ini yang mempunyai idea dan ketenangan dalam melakukan rembatan ke arah gol dan juga telah memikat hati penyokong skuad Lang Merah.


Namun jika semua pemain import ini terlibat dalam kecederaan mahupun disisihkan siapa yang harus dan layak menggantikan pemain-pemain import Kedah ini? bagi anda bagaimana? sila komen diruang bawah ini.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

Arkib Blog

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe