Kassim Saad
BEKAS Ahli Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Kassim Saad, 79 meninggal dunia semalam di Hospital Sultanah Bahiyah akibat strok.
Lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Kassim di kalangan kenalan dan bekas pemain Kedah, bekas Pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) ini antara tonggak utama di dalam projek pencarian bakat baru pada tahun 80-an dan bermula saat berkenaan permata bola sepak Kedah mula dilahirkan seorang demi seorang.
Projek berkenaan membuahkan hasil apabila pemain-pemain telah menjulang Piala Malaysia buat pertama kali pada tahun 1990 dan seterusnya pada tahun 1993.
Beliau cukup sinonim bekerjasama dengan Bapa Pembangunan Bola Sepak Kedah, Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil dan bekas jurulatih Kedah, Datuk Ahmad Shafie turun padang mencari bakat-bakat di seluruh negeri Kedah.
Antara bintang bola sepak Kedah yang berjaya dilahirkan ialah Radhi Mat Din, Mohamad Ramlee, Norazam Ishak, Azmi Mahmood, Ahmad Sobri Ismail, Farouk Ismail, Feriza Ismail, Faridzuan Che Hamid dan Che Zambil Ahmad.
Credit : sinarharian.com.my
0 comments:
Catat Ulasan