Halaman

Selasa, 31 Januari 2017

Jersi Kedah Dinobat Paling Menarik Musim Ini

ALOR SETAR - Jersi skuad Kedah dinobatkan sebagai jersi pasukan Liga Super paling menarik antara pasukan bertanding bagi musim ini.

Memetik keputusan di rancangan Scoreboard ExtraTime di TV9 semalam, jersi skuad Helang Merah itu telah menerima undian paling banyak, mengatasi undian bagi jersi-jersi pasukan lain.


Undian bagi jersi Liga Super paling menarik itu berlangsung di laman facebook rasmi (page) Scoreboard ExtraTime TV9 dengan mengira jumlah "like" yang diterima bagi setiap jersi pasukan yang dimuat naik.

Jersi Kedah menerima kira-kira 4,200 like berbanding pencabar terdekat, jersi pasukan Kelantan The Red Warrior yang menerima sebanyak kira-kira 3,300 like, manakala jersi Perak pula menerima sebanyak 1,900 like.


Jersi Helang Merah pada musim ini adalah keluaran AL Sports dan boleh didapati di kedai Al-IkhsaN Sports yang berdekatan.

credit : Kedahnews.com
Share:

Sabtu, 28 Januari 2017

Kedudukan Liga Super 2017 #LS2


Kedudukan terkini Liga Super 2017 perlawanan ke dua bagi kesemua pasukan. Kedudukan Selangor dipintas mengejut oleh pasukan Pahang yang dikatakan berpesta gol menundukan T-Team 5 - 0 di Stadium Darul Makmur semalam. Sementara itu JDT juga menang keatas Felda United dengan jaringan 3 - 1 lantas Felda jatuh 5 anak tangga. Kedah juga tidak ketinggalan apabila menang keatas Sarawak 3 - 2 sebelum memperlihatkan aksi "comeback" Kedah selepas ketinggalan 2 - 1 di Stadium Darul Aman namun kedudukan Kedah tidak berganjak di tangga ke-4 liga.
Share:

Jumaat, 27 Januari 2017

3 Mata Untuk Kedah!!



Kedah membawa pulang 3 mata berharga pada perlawanan menentang Sarawak di Stadium Darul Aman. Pada separuh masa pertama Kedah ketinggalan 2 - 1 jaringan Mark Hartman (Sarawak) dan Shamie Iszuan (Sarawak) dan 1 gol dari Baddrol (Kedah). Pada separuh masa kedua berlangsung jurulatih Tan Cheng Hoe dapat mengesan kelemahan Kedah dan telah menukarkan beberapa pemain. Dengan itu pemain Kedah terus mengasak ke kubu lawan sehingga gawang Sarawak digegarkan oleh 1 gol menarik dari Sandro Da Silva (Kedah) yang di bantu oleh Liridon Krisniqi. Namun selang 2 minit gawang Sarawak digegarkan lagi oleh jaringan mantap Syazwan Zainon (Kedah). Perlawanan berterusan sehingga wisel penamat dan Kedah berjaya mengatasi Sarawak 3 - 2.

Share:

Pengharaman LIVE FB


  

Pihak FMLLP akan membuat tinjauan di setiap page-page yang membuat penyiaran Live di FB dan akan dikenakan tindakan. Hal ini disebabkan hak penyiaran sudah diberikan kepada setiap pasukan jadi jika ada yang masih melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan sewajarnya.
Share:

TIKET LICIN

Tiket percuma habis diagih kepada penyokong skuad Lang Merah. Tiket habis licin sekali dengan stadium "licin".

Share:

20,000 Tiket Percuma!!







Terkini suasana di Stadium Darul Aman telah mula dibanjiri oleh penyokong Kedah. Mereka juga telah berkampung sejak malam semalam kerana tidak ingin terlepas 20,000 tiket percuma sempena menghargai penyokong Skuad Lang Merah kerana tidak putus-putus memberi sokongan padu terhadap team kesayangan mereka itu. #pulunkedahpulun #biarjasajadikenangan #penyokongkedahserata-rata











Share:

Khamis, 26 Januari 2017

ZAC ANDERSON KEMPUNAN "LAUTAN HIJAU KUNING"



Zac Anderson (hadapan) merupakan pertahanan import pasukan Kedah menggantikan Bang Seung-Hwan yang merupakan import ber'kuota' Asia itu teruja menunggu "Lautan Hijau Kuning" di perkarangan Stadium Darul Aman pada perlawanan seterusnya melawan Sarawak malam esok.  Bekas pemain Kelab Emirate yang berusia 25 tahun kelahiran Australia itu mendengar dari rakan pasukannya bahawa penyokong skuad Lang Merah merupakan penyokong yang luar biasa dengan setiap aksi di Darul Aman. Zac juga akan menjanjikan aksi terbaik beliau pada perlawanan tersebut bagi memikat hati penyokong Skuad Helang Merah itu katanya.
Share:

SIAPA YANG LAYAK?



PENCALONAN AHLI GABUNGAN BAGI JAWATAN PPRESIDEN FAM

Sekarang ini banyak diperkatakan khabar angin siapa yang bakal dan layak menerajui Presiden Football Association of Malaysia (F.A.M). Berikut adalah pencalonan ahli gabungan bagi jawatan presiden FAM.






Namun ada 2 persatuan yang tidak menghantar pencalonan bagi jawatan tersebut iaitu :



jadi siapakah yang bakal dan layak menyandang kerusi presiden FAM?





Share:

KEDUDUKAN LIGA SUPER 2017

KEDUDUKAN LIGA SUPER 2017

Selangor berkedudukan nombor 1 liga selepas membenam pasukan Pulau Pinang 2 0 di tempat lawan. Walaupun Kedah telah memenangi Piala Sumbangsih 2017 pada 20/1/2017 lalu skuad Helang Merah kini berkedudukan nombor 4 di bawah JDT selepas tamat 90 minit dan hanya seri 1 sama menentang JDT pada saingan permulaan Liga Super 2017 sebelum perlawanan bersambung dengan sepakan penalti dan Kedah menjulang piala Sumbangsih setelah memenangi penalti 5 - 4.
Share:

Kedah VS Sarawak

Kedah VS Sarawak

27-1-2017 Liga Super 2017 Kedah menentang Sarawak di Stadium Darul Aman.Dikhabarkan tiket perlawanan adalah percuma diminta semua penyokong The Red Eagle dapat memenuhi Stadium Darul Aman pada hari jumaat ini.
Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe