Halaman

Rabu, 15 Februari 2017

PIALA FA | KUALA LUMPUR TEWAS DI DARUL AMAN

ALOR SETAR: Kedah menepati ramalan apabila menewaskan Kuala Lumpur, 4-2 dalam saingan pusingan kedua Piala FA di Stadium Darul Aman di sini, semalam.



Tuan rumah lebih dulu berada di depan menerusi jaringan Lirodon Krasniqi pada minit ke-32 hasil cubaan dari luar kotak penalti, sebelum sepakan Farhan Roslan terkena benteng Kuala Lumpur, Zaiful Abdul Hakim untuk menjadikan kedudukan 2-0. 



Empat minit sebelum tamat separuh masa pertama, Kedah terus menambah luka pelawat apabila gawang mereka sekali lagi dibolosi untuk gol ketiga, hasil percubaan gerakan pantas Farhan Roslan dalam kawasan kotak penalti. 

Farhan kemudian mengukuhkan lagi kedudukan tuan rumah apabila meledak gol keempat dan kedua buat dirinya pada minit ke-62. Kuala Lumpur kemudian berjaya mendapat gol pertama apabila hantaran ke belakang Zackhary Anderson yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid sebelum menambah gol kedua pada minit akhir permainan menerusi pemain gantian, Ibrahim Syaihul.

Namun ia sudah terlambat untuk menghalang Kedah menang selesa 4-2, sekali gus memastikan kemaraan ke pusingan ketiga.

credit : BH
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

Arkib Blog

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe