Halaman

Khamis, 23 Februari 2017

PERSEDIAAN KEN ILSO APABILA SUDAH BERSARA

PENYERANG import Kedah iaitu Ken Ilso kini sedang menyambung pelajaran untuk mendapatkan Ijazah Undang-Undang bersama Universiti Southern Danish.



Mempunyai pekerjaan sebagai pemain bola sepak sepenuh masa sambil belajar memerlukan dedikasi yang tinggi dalam menguruskan masa dan walaupun dia melabel tugasan ini sebagai mencabar,dia perlu melakukan persediaan untuk kehidupannya selepas meninggalkan dunia bola sepak pada satu hari nanti.

“Salah satu sebab saya mempelajari undang-undang adalah kerana bidangnya luas dari segi peluang pekerjaan. Ia juga memberikan banyak peluang dalam dunia bola sepak - seperti menjadi seorang ejen atau orang tengah.” kata pemain berusia 29 tahun itu yang kini dalam tahun pertama pembelajaran.

“Saya tidak ingin hanya mempunyai kemungkinan untuk kekal dalam bola sepak selepas bersara kerana saya juga ingin melakukan sesuatu yang berbeza."

Saya tidak ingin hanya mempunyai kemungkinan untuk kekal dalam bola sepak selepas bersara kerana saya juga ingin melakukan sesuatu yang berbeza.

Bekas penyerang Bundesliga itu, yang tidak mempunyai ejen tersendiri, juga mengatakan bahawa ijazah undang-undang itu akan membantunya memahami kontrak yang ditawarkan kepadanya sebagai pemain bola sepak profesional.

“Saya ingin fahami sendiri kontrak saya dan tanggungjawab saya. Penting untuk fahami kontrak-kontrak yang diberikan dan juga boleh membuat rundingan.”

Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila undang-undang menjadi pilihannya, melihat kepada perjalanan kariernya setakat ini. Islo sebelum ini pernah bermain di Belanda, China dan Jerman.

Sebelum ini dia menetap di Singapura selama dua tahun yang lepas, dimana dia telah menarik perhatian ramai rakyat Singapura.

Bekas jurulatih Home, Philippe Aw menyokong keputusan penyerangnya untuk menyambung pelajaran, dan mengatakan Ilso tidak boleh bermain bola sepak untuk jangka masa yang panjang.

“Ia sesuatu yang baik untuknya kerana karier dalam bola sepak sangat pendek. Dia kini dalam lingkungan usia 30an, kariernya akan tamat dan dia perlu sesuatu untuk kehidupannya selepas bola sepak,” kata Aw. Tambahnya: “Jika anda boleh mengimbangkannya dengan baik (bermain bola sepak dan belajar) ia bagus untuk anda!”

Ilso bukan pemain bola sepak yang menyambung pelajaran untuk mendapatkan sijil kelayakan di luar padang - pemain Manchester United, Juan Mata mempelajari Kewartawanan, lagenda Arsenal Dennis Bergkamp memiliki ijazah dalam kejuruteraan medikal dari Universiti Bath dan pemain bola sepak Singapura, Fabian Kwok mempunyai ijazah dalam Pengurusan Perniagaan.

credit : FourFourTwo
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

Arkib Blog

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe