Halaman

Ahad, 1 Mac 2020

KEPUTUSAN PEMERIKSAAN KETIGA STADIUM SHAH ALAM


KEPUTUSAN PEMERIKSAAN KETIGA STADIUM SHAH ALAM

Malaysian Football League (MFL) memaklumkan bahawa Stadium Shah Alam tidak boleh digunakan selepas hasil pemeriksaan mendapati keadaan semasa bumbung masih tidak selamat bagi pengelolaan perlawanan Liga Malaysia musim 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melalui surat rasmi pada 28 Februari lalu selepas melakukan tiga kali pemeriksaan keselamatan terhadap Stadium Shah Alam.

Jelas Dato’ Ab Ghani, MFL mendapati Stadium Shah Alam yang didaftar menjadi gelangang tuan rumah bagi pasukan CIMB Liga Super, Selangor pada musim ini tidak berada di tahap menyakinkan bermula pemeriksaan keselamatan pertama pada 10 Januari 2020 disusuli pemeriksaan kedua (21 Februari) dan ketiga (28 Februari).



Kata lagi Dato’ Ab Ghani, FAS harus menamakan gelangang alternatif lain bagi pasukan Selangor jika proses baik pulih Stadium Shah Alam tidak dapat diselesaikan sebelum 2 Mac.

“Keputusan pemeriksaan mendapati keadaan semasa bumbung Stadium Shah Alam diyakini masih tidak selamat untuk digunapakai bagi pengelolaan perlawanan Liga Malaysia musim 2020.

“Sehubungan dengan itu, pihak MFL telah memutuskan bahawa Stadium Shah Alam tidak boleh digunakan bagi pengelolaan perlawanan Liga Malaysia musim 2020 sehingga proses baik pulih bumbung siap sepenuhnya berserta jaminan keselamatan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Darul Ehsan Facilitates Management Sdn Bhd (DEFM).

“Pemakluman secara drastik ini dibuat setelah mengambil kira aspek-aspek persiapan dan keselamatan pasukan pelawat, penyokong, penyiaran siaran langsung, media dan komersial.

“Pasukan Selangor perlu menamakan venue lain sebagai gelanggang tuan rumah dengan kadar segera selewat-lewatnya sebelum 2 Mac iaitu esok,” katanya. Sebagai rekod, Selangor dijadualkan menentang Perak bagi saingan CIMB Liga Super di Stadium Shah Alam pada 7 Mac ini.

kredit : MFL


Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe