Halaman

Isnin, 6 Februari 2017

STADIUM DARUL AMAN AKAN DIROBOHKAN??


Semalam dalam satu status facebook yang dimuat naik oleh ALOR SETAR – Better City for Better Life menyebut tapak Stadium Darul Aman yang ada sekarang bakal digunakan untuk pembangunan urbanisasi.



Ianya sebahagian daripada program dalam Draf Perancangan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) 2035.

Untuk pengetahuan semua, Stadium Darul Aman telah beroperasi sejak 1962.Tapak stadium yang sedia ada sekarang telah dikenalpasti sebagai kawasan strategik untuk dijadikan pusat pelbagai pembangunan komuniti.

MBAS juga mencadangkan agar stadium baru untuk pasukan bola sepak Kedah akan dibina di Stargate yang merupakan tanah bendang.

Berdasarkan tinjauan yang kami lakukan, rata-rata penyokong Kedah kurang bersetuju dengan cadangan ini.Mereka lebih memilih untuk kekal di tapak yang ada sekarang kerana ia lebih mudah untuk diakses.

Tambahan pula, jika benar tapak baru itu adalah tanah bendang, ianya dikhuatiri tidak sesuai.
Selain itu, pihak MBAS perlu mengambil kira isu kos yang lebih tinggi untuk membina stadium baru.Jadi, pilihan yang lebih baik seperti menggunakan duit yang ada untuk penambahbaikan stadium.Ini termasuk penambahan kapasiti stadium yang sedia ada sekarang.

Mereka turut mengambil contoh kelab seperti Chelsea dan Liverpool yang hanya perbesarkan lagi stadium mereka.Ini kerana, sentimen penyokong ke atas stadium juga harus diambil kira.Ianya nampak remeh, namun sebagai peyokong bola sepak sejati, hanya mereka yang tahu akan rasa sayang dengan stadium yang sudah lama menjadi rumah mereka.

Apa pula kata anda? Ia mungkin ada pro dan kontra. Pihak yang melakukan perancangan ini harus ada kajian sedalam-dalamnya.

Pembinaan stadium bola sepak perlu mengambil kira pelbagai faktor.

Credit : semuanyabola.com
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

Arkib Blog

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe