Halaman

Jumaat, 31 Mac 2017

5 PEMAIN IMPORT YANG MENYERLAH



5 Pemain import Liga Malaysia yang dikatakan menyerlah sepanjang liga berlangsung sehingga ini.

Pemain-pemain import ini juga selesa dan cepat serasi bersama pasukan masing-masing dalam saingan Liga Malaysia 2017.


5 PEMAIN IMPORT TERSEBUT ADALAH

1. GABRIEL GUERRA

2.MATHEUS ALVES

3.MOHAMADOU SUMAREH

4.MOHAMMED GHADDAR

5.ZAC ANDERSON

credit FourFourTwo
Share:

Khamis, 30 Mac 2017

5 PEMAIN IMPORT DALAM KEDUDUKAN BAHAYA


LIMA pemain import dalam kedudukan bahaya kerana bakal disingkirkan pada perpindahan jendela pada Mei ini dari terus bermain dalam Liga Malaysia jika pemain-pemain ini tidak mempamerkan aksi-aksi yang memuaskan di hadapan setiap ketua jurulatih masing-masing.

Pemain import yang disebutkan itu adalah

1. DIAGO FERREIRA (PENANG FA)

2.CHINEDU DIKE (PAHANG FA)

3.GASTON CELLERINO (FELDA FC)

4.BRIAN FERREIRA (JDT FC)

5.ILIJA SPASOJEVIC ( MELAKA UNITED FC)

credit FourFourTwo
Share:

SINGLE PERTAMA RONALDINHO "SOZINHO"


PEMAIN legenda Brazil, Ronaldinho kini  mencuba nasib dalam industri muzik apabila tampil dengan single terbaharu berjudul 'Sozinho'.



Bekas pemenang Ballon d'Or itu tidak beraksi sejak 2015 , namun tampil mencari kelainan dengan terlibat dalam dunia muzik.

Biarpun masih belum memutuskan untuk bersara dari dunia bola sepak, Ronaldinho menggunakan kelebihannya dengan baik untuk menjadi penyanyi.

Ronaldinho memperkenalan muzik rentak samba yang lembut, dan Sazinho bermakna 'Sunyi'.

Bagaimana pun ia bukanlah sesuatu yang baharu bagi Ronaldinho memandangkan dia turut mencipta lagu rasmi pada Sukan Paralympic di Rio 2016.

"Terima kasih kawan-kawan. Ini adalah lagu pertama saya tanpa rakan komposer".

credit mStarOnline
Share:

Rabu, 29 Mac 2017

AWASI PEMAIN MUDA PKNP FC - TCH


ALOR SETAR: Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe mengingatkan pemainnya supaya sentiasa mengawasi pergerakan licik pemain muda dan import PKNP FC apabila beraksi pada suku akhir Piala FA di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.

Ketika ini, pengendali skuad Helang Merah itu sudah mengenal pasti beberapa tonggak PKNP FC yang perlu diberi perhatian - Mugenthirren Ganesan dan Shahrel Fikri serta dua tonggak import, Vincent Lucas serta Gilberto Valdenesio. 

Walaupun Kedah dianggap pasukan pilihan berdasarkan rekod cemerlang sebagai juara Piala Malaysia 2016 dan Juara Sumbangsih tahun ini, namun Cheng Hoe tidak pernah menganggap status itu sebagai jaminan untuk mereka berasa selesa. 

"Status pendahulu liga bukanlah jaminan untuk Kedah berasa selasa kerana PKNP FC juga sudah membuktikan kewibawaannya apabila layak ke suku akhir. "Kita perlu terus menggandakan usaha bagi meningkatkan tahap permainan kerana keputusan luar jangkaan boleh terjadi dalam aksi Piala FA ini," katanya. 

Sehubungan itu, Cheng Hoe mahu pemainnya tidak bersikap ambil mudah ketika berdepan lawan yang dianggap bukan pilihan, apatah lagi PKNP FC beraksi di Liga Perdana. "Biarlah kita lebih berhati hati dan menilai segala kelemahan yang perlu diatasi serta terus fokus untuk mencari bekalan selesa menjelang aksi timbal balik di Perak nanti," katanya. 

Sudah tentu, jurulatih ini juga begitu menagih sentuhan serta pengalaman lima pemainnya yang beraksi bersama skuad kebangsaan - Baddrol Bakhtiar, Akram Mahinan, Khairul Helmi, Rizal Ghazali dan Syazwan Zainon untuk berdepan PKNP FC.

credit  BHOnline
Share:

6 PASUKAN AKAN DIDENDA TOLAK MATA



PETALING JAYA : Enam pasukan Liga Malaysia dalam bahaya kerana mata bakal ditolak jika gagal membayar gaji pemain.

Pihak penganjur Liga Malaysia, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) berkata enam pasukan itu daripada dua dari Liga Super dan empat dari Liga Perdana masih belum melunaskan gaji sekitar RM5 juta dalam gaji serta cukai pendapatan dan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


"Enam pasukan ini mempunyai sehingga Jumaat ini untuk menjelaskan jumlah tertunggak mereka. Jika tidak, mereka akan dikenakan denda mata akan ditolak, "kata Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam.

Beliau bagaimanapun enggan memberitahu enam pasukan tersebut.

"Pasukan tersebut telah diberikan masa yang mencukupi. Dan kami juga sentiasa mengingatkan mereka tentang akibat tidak menjelaskan gaji.

"Kita tahu beberapa pasukan menghadapi kekangan kewangan. Untuk membantu mereka, kita sanggup menerima pembayaran berjadual kepada pemain yang terlibat. Kita mahu pasukan ini menyelesaikan hutang mereka".

"Ada beberapa hari lagi sebelum tarikh akhir. Saya harap pasukan boleh menyelesaikan masalah ini dan beritahu kami dengan segera untuk mengelak daripada didenda," kata Kevin.

Beliau berkata penalti menolak mata disokong sepenuhnya oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Persatuan Bola Sepak baru Malaysia (FAM) dan Pengerusi FMLLP.


Setakat ini, dalam sejarah Liga Malaysia hanya satu pasukan telah dihukum kerana tidak membayar gaji pemain.


Pada tahun 2015, FAM telah menolak 6 mata daripada pasukan Pahang selepas Mohammed Borji membuat aduan kepada FIFA kerana baki gajinya tidak dibayar oleh pasukan Pahang.

credit TheStar
Share:

MARIO GOMEZ MAHU MEREKA MENYARUNG JERSI SEMULA


KUALA LUMPUR: Pengendali skuad Harimau Malaysia, Mario Gomez akan memanggil kembali empat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan selepas mereka mengumumkan persaraan daripada karier antarabangsa. 

Menerusi entri terkini di laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), empat pemain terbabit iaitu bekas kapten, Safiq Rahim; Aidil Zafuan Abd Radzak; S Kunanlan dan Amirulhadi Zainal disifatkan pengendali Argentina itu sebagai pemain berharga buat skuad kebangsaan.

"Empat pemain ini yang akan kembali menyarung jersi skuad kebangsaan adalah satu aset negara. Mereka sudah banyak menabur bakti dan jasa kepada negara sebelum mereka membuat keputusan bersara daripada penyertaan di peringkat antarabangsa. 

"Dengan pengetahuan saya mengenai taktikal permainan sebahagian pemain tempatan, ia adalah satu corak permainan baru yang akan digunakan untuk skuad kebangsaan. "Hanya mereka yang tidak tahu mengenai bola sepak akan menyangkal kenyataan dan menafikannya," kata Gomez menerusi laman sosial rasmi Football Association of Malaysia (Official), sebentar tadi.

Empat bekas pemain kebangsaan itu dikatakan bersedia untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaysia selepas mengumumkan persaraan pada Julai 2016. 

Malah, Aidil yang juga pertahanan pasukan Harimau Selatan itu menyerahkan kepada Gomez sama ada mahu memanggilnya semula mewakili skuad kebangsaan atau tidak.

Bagaimanapun, keputusan ini sudah dijangka susulan pemilihan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden FAM baharu pada Kongres Pemilihan FAM ke-53, Sabtu lalu.

credit BHOnline
Share:

Selasa, 28 Mac 2017

TAN CHENG HOE MENIDAKKAN KHABAR ANGIN


Kuala Lumpur: Pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe disebut-sebut sebagai calon paling hangat untuk digandingkan dengan pengendali baru pasukan Harimau Malaysia, Mario Gomez selaku penolong jurulatih skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, Cheng Hoe yang dihubungi semalam menafikan spekulasi itu biarpun mengakui pernah dihubungi pegawai atasan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Itu hanya khabar angin (penolong jurulatih negara). Saya pun ada dengar perkara itu dan ramai orang turut bertanyakan saya mengenai hal berkenaan.

“Semua itu sekadar khabar angin dan tunggu sajalah hingga Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Presiden FAM) mengumumkam barisan kejurulatihan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar turut terkejut mendengar perkhabaran itu dan mengesahkan pihaknya tidak menerima apa-apa permohonan daripada badan induk bola sepak negara itu.

“Saya tak tahu pun. Lagipun Cheng Hoe masih memiliki kontrak dengan kami (KFA) dan sekiranya betul sudah pasti saya tahu mengenainya.

“Tapi saya tak tahulah kalau selepas ini ada perbincangan mengenai masa depan jurulatih. Fokus Cheng Hoe ketika ini memastikan persiapan pasukan menjelang aksi Piala FA hujung minggu ini dan kempen Liga Super berjalan baik dan sempurna,” katanya.

Sebelum ini, Presiden baru FAM mengumumkan beberapa perubahan drastik termasuk melantik bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Gomez sebagai jurulatih pasukan kebangsaan.

credit MetroArena
Share:

Isnin, 27 Mac 2017

TAN CHENG HOE BAKAL JADI PENOLONG MARIO GOMEZ


Seorang jurulatih yang pernah membawa JDT menjuarai Liga Super dan seorang lagi jurulatih yang kini membawa pasukannya berada di kedudukan teratas Liga Super Malaysia 2017 buat masa ini.

Pastinya ini kombinasi paling menarik untuk memacu pasukan kebangsaan kembali memberikan saingan di peringkat kebangsaan. Melihat prestasi buruk Harimau Malaysia semenjak dua menjak ini, mungkin dua individu ini akan menjadi watak penting dalam bolasepak Malaysia.

Tan Cheng Hoe bantu Gomez?

Seperti sedia maklum, antara tindakan pertama presiden baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) , Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim adalah melantik bekas jurulatih Johor Darul Ta’azim (JDT), Mario Gomez selaku jurulatih baru pasukan kebangsaan.

Ura-ura mengatakan bahawa ketua jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe akan membantu Mario Gomez sebagai penolong jurulatih pasukan kebangsaan.

Tan Cheng Hoe sebelum ini pernah menjadi penolong jurulatih pasukan Malaysia apabila menjadi pembantu kepada Datuk K. Rajagobal ketika Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki 2010.

Bekas pemain Kedah itu juga berjaya mencipta nama apabila membawa Kedah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selama dua tahun berturut dan memenanginya pada tahun lalu.

Tan Cheng Hoe di Johor?

Gempar di laman sosial apabila dikatakan Tan Cheng Hoe kini berada di Johor untuk bertemu TMJ dan berbincang. 
Setakat ini, masih belum ada khabar sahih mengenai kehadiran Tan Cheng Hoe di Johor adalah untuk bertemu presiden baru FAM atau sekadar urusan peribadi.

Sebelum ini Tan Cheng Hoe pernah menyatakan bahawa dia mempunyai impian untuk melatih skuad kebangsaan suatu hari nanti.

Pastinya berita mengenai Tan Cheng Hoe bakal menjadi pembantu jurulatih kepada Mario Gomez akan sedikit mengganggu pihak pengurusan dan penyokong pasukan Kedah, apatah lagi dengan pasukan Kedah sedang berada di puncak liga.

Kesimpulan

Gandingan Mario Gomez dan Tan Cheng Hoe pastinya boleh membantu skuad kebangsaan. Melihat kepada corak permainan JDT di bawah Mario Gomez dan Kedah di bawah Tan Cheng Hoe, penyokong Malaysia boleh mengimpikan permainan menarik yang akan ditunjukkan oleh pasukan kebangsaan.

Dengan kebanyakan pemain kebangsaan bermain bersama JDT dan Kedah, tiada masalah untuk pemain mengikut taktikal yang akan diterapkan nanti.

Namun, buat Kedah pastinya ianya tidak berapa adil kerana pemergian Tan Cheng Hoe akan mengganggu perancangan dan prestasi pasukan tersebut di liga nanti. Namun, setakat ini masih belum ada khabar sah mengenai perkara ini dan peminat Kedah boleh bertenang. 

Share:

Ahad, 26 Mac 2017

MARIO GOMEZ "PEGANG" HARIMAU MALAYSIA


PETALING JAYA: Bekas Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez sah menggantikan Datuk Ong Kim Swee selaku pengendali skuad Harimau Malaysia.

Bagaimanapun, khidmat Kim Swee masih ditagih apabila dilantik mengetuai barisan kejurulatihan skuad B-22 negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Keputusan itu dibuat sejurus berakhir Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Ke-53 di sini, sebentar tadi.

Ia diumumkan sendiri Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

credit BHonline
Share:

Jumaat, 24 Mac 2017

ZAINAL SAH MENGEMUDI PASUKAN PULAU PINANG


GEORGETOWN: Bekas jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan, sah menjadi ketua jurulatih baharu skuad Harimau Kumbang. 

Zainal dilantik secara rasmi bagi menggantikan Ashley Westwood, yang gagal membimbing pasukan sejak awal kempen Liga Super musim ini. Zainal Abidin berkata, beliau akan menggalas tanggungjawab itu dengan sepenuh hati untuk membimbing pasukan sehingga berjaya. 

"Saya berjanji akan memberikan terbaik untuk pasukan dan peminat, untuk mengembalikan kembali kedudukan. "Tugasan ini adalah berat untuk saya tetapi saya yakin dengan tahap pemain Harimau Kumbang. "Saya tidak mempunyai 'magic' tetapi kebolehan untuk membimbing pasukan dan memerlukan sedikit masa," katanya pada sidang media, sebentar tadi. 

Presiden FAP, Zairil Khir Johari, berkata pihaknya amat gembira dengan kehadiran Zainal Abidin, yang berpengalaman luas dalam arena bola sepak Malaysia. 

"Saya yakin pemain Harimau Kumbang memang mempunyai kemahiran dan kebolehan tetapi memerlukan sedikit motivasi dan inspirasi untuk menentukan hala tuju. 

"Dengan kehadiran Zainal Abidin, saya percaya kita telah menemui seorang ketua jurulatih yang berpengalaman dan mampu memulihkan semangat pemain seterusnya kekal dalam Liga Super untuk musim hadapan," katanya. 

Zainal Abidin Hassan berada di United Kingdom selama tiga bulan untuk menimba pengalaman bersama Cardiff City. Kerajaan negeri turut mengumumkan dana tambahan sebanyak RM3 juta kepada FAP untuk menyuntik semangat baharu.

credit BHonline
Share:

PRESTASI IFWAT MUSIM INI DI LIGA MALAYSIA 2017


Ifwat Akmal kini telah mencatatkan 3 clean sheets dalam semua kejohanan Liga Malaysia.2 dicatatkan didalam aksi Liga Super (vs Kelantan),(vs Melaka United) dan Piala FA (vs Perak).Ifwat membuat penampilan 7 perlawanan dari 10 perlawanan.Abd Hadi Hamid (2 perlawanan) dan Farhan Abu Bakar (1 perlawanan).

Dalam aksi Liga Super,Ifwat hanya bolos 4 gol (goal conceded) dalam 6 perlawanan.3 gol dibolosi oleh masing-masing Hadi (1 gol) dan Farhan (2 gol).Ketangkasan Ifwat dalam bulan Februari membolehkan beliau ditabalkan penjaga gol Pilihan Four Four Two.

Memiliki tindak reflex yang pantas,Ifwat juga memiliki abiliti yang baik dalam penalti stopper dan cukup baik dalam situasi 1v1.Hasil pemilihan Four Four Two,Ifwat mencatat beberapa aksi menyelamat didepan gawang sekaligus penyumbang besar kepada rekod unbeaten streaks Kedah setakat ini iaitu 21 perlawanan tanpa tewas.

MINIT PERMAINAN

Ifwat telah merekodkan 630 minit per/game setakat ini.

BERKONGSI TEMPAT KE-2 TERBAIK SETAKAT INI

Hanya 1 clean sheets membezakan Ifwat Akmal bersama penjaga gol pasukan Pahang Wan Azraei dan penjaga gol Perak iaitu Hafizul Hakim manakala penjaga gol pasukan JDT,Izham Tarmizi juga mencatat 3 clean sheets sama seperti Ifwat.Farizal Marlias dan Khairul Azhan masing-masing mencatat 2 clean sheets.

Baru menjejak usia 21 tahun,Ifwat kini merupakan wonderkid buat pasukan Kedah dan pasukan Malaysia B22 yang akan bersaing di Sukan Sea.

Share:

Jumaat, 3 Mac 2017

KEDAH MAHU KUTIP MATA SABTU INI DI DARUL AMAN


ALOR SETAR: Selepas sekadar meraih satu mata di Selayang apabila seri 1-1 dengan Selangor, Kedah mahu terus fokus memburu kemenangan pada perlawanan bertemu Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Sabtu ini. 

Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, berkata beliau mahu pemainnya meneruskan usaha mengekalkan prestasi baik yang dipamerkan dalam tujuh perlawanan Liga Super yang diharungi dengan rekod tanpa kalah sebelum ini. 

"Memang agak kecewa apabila kita terlepas peluang mencipta kemenangan selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti di hujung perlawanan kepada pihak lawan semasa kita hampir menggenggam tiga mata." "Namun, semua pemain terpaksa menelan hakikat inilah bola sepak kerana di saat akhir kita sedikit leka dan saya harap pemain dapat fokus dan meningkatkan ketahanan mental dalam menempuhi 90 minit perlawanan seterusnya."

 "Ketiadaan pemain utama Baddrol Bakhtiar dan Fakri Saarani dalam perlawanan seolah menampakkan sedikit kesan di bahagian tengah dan serangan, dan dua pemain utama lain Sandro Da Silva dan Syazwan Zainon pula hanya bermain di separuh masa kedua." Ditanya mengenai sumbangan Sandro Da Silva yang menjaringkan gol Kedah, Cheng Hoe berkata, memang Kedah memerlukan Sandro dalam kesebelasan utama dan beliau berjaya membuktikan ketajaman dalam gol pembukaan melalui tendangan bebas.

 "Beliau (Sandro) direhatkan dalam dua perlawanan lalu dan kini kembali pulih dari kecederaan beliau nampak semakin bersemangat dan melihatkan ketajaman dalam beberapa percubaan selepas dimasukkan pada babak kedua perlawanan." "Kemasukan Sandro berjaya merubah corak permainan terutama corak serangan dan berjaya mengembalikan rentak permainan seperti yang diharapkan." 

"Namun secara keseluruhan semua pemain termasuk pemain muda yang beraksi juga tetap menggalas tugas mereka dengan baik walaupun terpaksa bekerja keras memastikan prestasi mereka berada pada tahap yang baik." "Saya mahu semua pemain bangkit, lupakan episod seri ini dan teruskan fokus serta keyakinan untuk mencipta kemenangan seterusnya apabila bertemu Melaka United di Stadium Darul Aman sabtu ini," katanya.

credit BH
Share:

Khamis, 2 Mac 2017

GOL SELANGOR TIDAK DIIKTIRAF - BEKAS PENGADIL FIFA


PETALING JAYA: Gol perancang utama Selangor, Julian Mineiro Fernandes pada minit akhir perlawanan ketika seri 1-1 menentang Kedah dalam aksi Liga Super pada Rabu, tidak wajar diberikan oleh pengadil perlawanan kerana jelas melanggar Undang-Undang 14 FIFA berkaitan sepakan penalti.

Menurut bekas pengadil terkemuka tanah air yang enggan dinamakan, kes yang berlaku di Stadium Selayang itu melibatkan soal teknikal berbanding pendapat dan bantahan boleh dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, isu teknikal sebagai contoh, jika seorang pemain yang digantung perlawanan didapati diturunkan untuk beraksi, kesilapan itu mungkin berlaku di pihak FAM atau peraturan.



Namun dalam soal pendapat, pengadil dibolehkan untuk tidak mengambil kira kesalahan pemain yang menceroboh kawasan penalti dengan jarak satu atau dua kaki sebelum sepakan dibuat dengan syarat pemain yang menceroboh tersebut tidak mendapat keuntungan dari kesalahan yang dilakukannya.

"Dalam insiden semalam, pemain Selangor (Juliano) secara jelas dan terang-terangan telah menceroboh hampir dua atau tiga meter di dalam kotak penalti sebelum sepakan disempurnakan.

"Sepatutnya, dalam kes itu, pengadil perlu membatalkan jaringan gol oleh Juliano dan sepakan percuma tidak terus hendaklah diberikan kepada pasukan Kedah, dari tempat di mana Juliano bergerak masuk menceroboh sebelum bola sempurna dimainkan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti tersebut," kata bekas pengadil itu yang pernah mengendalikan perlawanan antarabangsa.

Mengulas tentang peranan pengadil dalam situasi sepakan penalti, beliau berkata, kuasa penuh terletak pada pengadil utama untuk mengawal pemain yang mengambil sepakan penalti dan juga pemain yang berada di luar kawasan penalti dengan memastikan mereka tidak menceroboh kawasan kotak penalti sebelum sepakan disempurnakan. 

Tambahnya, keutamaan penolong pengadil pula adalah untuk mengawasi pergerakan penjaga gol.
Beliau perlu membantu pengadil untuk mengawasi dan memastikan pemain tersebut tidak melanggar peraturan yang ditetapkan iaitu bergerak ke hadapan sebelum bola dimainkan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti.

"Pengadil sepatutnya lebih berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan dari awal sebaik sahaja sepakan penalti diberikan dengan mengingatkan penjaga gol dan pemain di luar dari kawasan penalti agar mematuhi peraturan permainan.

"Mungkin pengadil hilang konsentrasi pada hujung permainan menyebabkan dia terlepas beberapa perkara penting seperti itu, apa lagi terdapat tidak kurang daripada 21 perkara berkaitan prosedur yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu sepakan penalti itu diputuskan sempurna," katanya sambil menambah Kedah boleh mengemukakan bantahan terhadap keputusan pengadil itu.

Bagaimanapun, sudah tentu terdapat risiko tertentu yang perlu mereka hadapi akibat dari bantahan yang bakal dikemukakan!
Isu tersebut timbul apabila rata-rata penyokong skuad Hijau Kuning mempersoalkan keputusan pengadil membenarkan gol pemain tengah Selangor, Juliano Miniero walaupun dia menceroboh kawasan penalti sebelum rakan sepasukannya, Victor Stelian melakukan sepakan.

Keputusan seri itu menyaksikan Kedah terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata dengan Selangor, sekali gus gagal merampas kedudukan teratas liga yang kini dihuni oleh Pahang dengan dipisahkan satu mata sahaja.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Credit mstarOnline
Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe