Halaman

Isnin, 27 Februari 2017

SAYA TIDAK KISAH MENJADI PEMAIN UTAMA ATAU PEMAIN GANTI - SYAFIQ


Penyerang muda Kedah, Muhammad Syafiq Ahmad, memenuhi peranan selaku `supersub' selepas menjaringkan gol yang menjadi titik kejayaan pasukannya menewaskan Pulau Pinang 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darulaman.

Kecederaan yang menimpa Ahmad Fakri Saarani seperti satu hikmah tersendiri buat Kedah apabila Syafiq dimasukkan pada minit ke-68.

Tujuh minit kemudian, dia jelas tidak menghampakan kira-kira 25,000 penyokong setia Kedah selepas merembat masuk bola daripada sepakan percuma Baddrol Bakhtiar untuk meletakkan pasukannya di depan, 2-1.

Jaringan tersebut cukup penting buat Kedah meleraikan semangat juang Pulau Pinang kerana kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1 selama 54 minit.

"Kalau nak kata selalu berlatih itu tidaklah tetapi kami banyak berkomunikasi ketika sesi perlawanan persahabatan," kata Syafiq. 

Jaringan itu dilihat seperti membangkitkan semangat juang penyerang bawah 22 tahun negara berkenaan pada aksi akan datang.

Tidak kisah apa jua peranan yang diberikan, dia berharap jurulatih, Tan Cheng Hoe, sedia memberi ruang kepadanya untuk lebih kerap beraksi. 

"Pemain sedia ada mengalami kecederaan. Maka, untuk perlawanan seterusnya, saya tidak kisah sama ada beraksi dalam kesebelasan utama atau dimasukkan sebagai pemain gantian," tambahnya.

Selepas jaringan Syafiq, Liridon Krasniqi kemudian muncul melengkapkan kemenangan 3-1 untuk mengekalkan Kedah di kedudukan teratas liga.

Credit : Stadium Astro
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

Arkib Blog

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe