Halaman

Sabtu, 18 Januari 2020

KFA PANDANG SERIUS KEGIATAN SALAH GUNA NAMA DAN LOGO KFA

 

KFA PANDANG SERIUS KEGIATAN PENIPUAN INDIVIDU SALAH GUNA NAMA DAN LOGO KFA BAGI TUJUAN MERAIH SUMBANGAN AWAM

Pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) telah membuat satu laporan polis dan menyerahkan kepada Polis DiRaja Malaysia untuk melakukan siasatan setelah menerima laporan dari pihak luar berkenaan aktiviti penggunaan nama dan logo KFA bagi tujuan meraih sumbangan dana bertujuan kononnya untuk digunakan bagi pihak Kenari Kids KFA.

Satu siasatan dalaman telah dilakukan oleh pihak pengurusan selepas menerima laporan awam dan mendapati tiada kebenaran diberikan kepada mana-mana pihak bagi tujuan tersebut. Individu yang menyamar sebagai pihak mewakili KFA tersebut juga tidak dikenali dari mana-mana cawangan Kenari Kids dibawah seliaan KFA dan aktiviti yang didakwa akan dijalankan juga meragukan selepas siasatan susulan dilakukan oleh pengurusan dengan pihak berwajib.

Oleh itu, pihak KFA memandang serius aktiviti penipuan oleh individu tersebut dan satu laporan polis dilakukan bagi melindungi hak KFA dan membanteras aktiviti penipuan ini.

Kami percaya dengan kesedaran orang awam dan penyokong yang sentiasa menyokong KFA, sebarang aktiviti yang meragukan dan berunsur penipuan, anda dinasihatkan untuk sama-sama menyalurkan maklumat kepada KFA dan melakukan siasatan awal sebelum membuat sebarang sumbangan dana.

Sekian, terima kasih.

YB ASMIRUL ANUAR ARIS
Setiausaha Kehormat KFA

Share:

LOTTO MALAYSIA TARIK DIRI MENAJA KEDAH FA



𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐋𝐎𝐓𝐓𝐎 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀


LOTTO Malaysia dimaklumkan bahawa pada 17hb Januari 2020 terdapat beberapa laporan melalui instrumen media sosial telah menyatakan bahawa 𝐋𝐎𝐓𝐓𝐎 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐥𝐚𝐬𝐞𝐩𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 (𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐅𝐀) akibat penularan gambar- gambar yang digembar-gemburkan sebagai jersi KFA bagi Musim Liga Malaysia 2020.

LOTTO Malaysia mendapati terdapat asas yang munasabah untuk mempercayai kesahihan berita bahawa gambar tersebut telah disebarluaskan oleh individu yang tidak bertanggungjawab sungguhpun tiada kenyataan rasmi dari pihak LOTTO Malaysia mahupun KFA berkenaan jersi tersebut.


LOTTO Malaysia mengambil serius dan amat kesal dengan penularan gambar tersebut dan juga LOTTO Malaysia menafikan 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 yang disebarkan di laman media sosial berkaitan penarikan balik tajaan terhadap KFA.

LOTTO Malaysia telah pun memajukan bukti penularan tersebut kepada Peguam Syarikat untuk memulakan siasatan dan tindakan perundangan dengan Pihak Berkuasa berkaitan.

Perlu ditekankan bahawa LOTTO Malaysia terus komited untuk bersama-sama pengurusan KFA dan persatuan-persatuan bolasepak di Malaysia bagi memulakan kempen bolasepak 2020 dan bersama-sama mencipta sejarah kejayaan yang penuh gemilang dan cemerlang.

Sekian.

Share:

Rabu, 15 Januari 2020

300 RIBU TIDAK CUKUP,KEDAH MAHU LEBIH.....



300 RIBU TIDAK CUKUP,KEDAH MAHU LEBIH ISU AKHYAR, TINDAKAN TERHADAP JDT DITERUSKAN

Kes tuntutan pampasan terhadap Akhyar Rashid masih belum berakhir dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan terus membuat tuntutan supaya nilainya ditambah, sepadan pelaburan dibuat bagi membangunkan pemain tersebut.

Setiausaha Kehormatnya, Asmirul Anuar Aris berkata, jumlah RM300,000 dirasakan masih belum mencukupi dan hanya sepadan dengan nilai pampasan untuk menebus baki kontrak semata-mata.

"Kalau ditambah dengan yuran perundangan dan sebagainya, KFA akan menerima kira-kira RM327,000. Tetapi bagaimana dengan soal latihan, perbelanjaan yang kita lakukan untuk 'menaikkan' pemain itu sebelum ini kerana jumlah itu juga sepatutnya diambil kira.

"Kita telah menerima nasihat dari peguam yang mengatakan boleh 'masuk' kali kedua yang memungkinkan nilai pampasan itu ditambah. Soal pemain itu mahu membuat rayuan untuk mengurangkan nilai pampasan, itu hak dia," katanya.



Sementara itu katanya, KFA pada hakikatnya tidak hanya bertindak terhadap Akhyar malah turut mengambil langkah sama terhadap JDT.

"Dalam hal ini kita ambil tindakan terhadap kedua-duanya iaitu Akhyar dan JDT. Kes Akhyar telah dibawa ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) yang mana kita dah dapat keputusannya sementara kes JDT masih belum berlangsung, masih ada di FAM.

"Kalau tak selesai di FAM atau keputusan itu masih belum memihak kepada kita, KFA akan teruskan kes itu ke pihak berwajib seterusnya," katanya.

Tambahnya, KFA tidak berminat untuk bercakap mengenai perkara itu dari sudut emosi atau peribadi tetapi lebih kepada dasar profesional berlandaskan undang-undang dan prinsip.

"Kita ada ruang kemuka hak dan Akhyar ada hak untuk merayu. Kita bergerak atas dasar profesional," katanya.

Sumber :- Warta Kedah










 Kesimpulannya, Kedah bukan sekadar ambil tindakan kepada Akhyar, tetapi juga JDT.
Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe