Halaman

Selasa, 28 Februari 2017

PREVIEW ANTARA PASUKAN SELANGOR DAN KEDAH


Perlawanan Liga Super 2017 diteruskan untuk minggu ke-7 pada Rabu ini.Perlawanan ini merupakan pertembungan tradisi dua pasukan yang cukup sinonim dengan gelaran The Reds Giant dan The Green Yellow.Pertembungan rivalries yang paling lama dalam sejarah Liga Malaysia.Berikut previu menjelang aksi Rabu ini.

TALKING POINT

  • Selangor masih kekal dengan gelaran King Malaya dengan pencapaian mereka didalam gelaran domestik.
  • Kedah satu-satunya pasukan di Malaysia yang pernah merakam gelaran Double Treble.
  • Selangor bakal menjadi tuan rumah pada perlawanan ini namun venue mereka bukan lagi Shah Alam tetapi Stadium MP Selayang.


HEAD TO HEAD

  • 10 pertemuan kedua-dua pasukan ini.


Selangor mencatat 4 menang dengan Kedah mencatat 3 menang dan 3 perlawanan berakhir seri (termasuk 2 aksi perlawanan akhir).


REKOD SELANGOR TUAN RUMAH
(Dalam 5 perlawanan terakhir)

  • Selangor mencatat rekod bersih dalam 5 perlawanan menentang Kedah sebagai tuan rumah.Mereka menang 3 dan seri 2 dan tidak pernah tewas.


TEAM NEWS


Selangor

  • Forkey Doe berkemungkinan tidak akan beraksi selepas ditimpa hamstring.
  •  Selangor menggunakan formasi 3-4-3 musim 2017.

Kedah
  • Nasib Baddrol akan diketahui sekurang-kurangya pagi perlawanan.
  • Syazwan Tajuddin,Ariff Farhan,Syazwan Zainon masih dalam recovery.
Share:

Isnin, 27 Februari 2017

SAYA TIDAK KISAH MENJADI PEMAIN UTAMA ATAU PEMAIN GANTI - SYAFIQ


Penyerang muda Kedah, Muhammad Syafiq Ahmad, memenuhi peranan selaku `supersub' selepas menjaringkan gol yang menjadi titik kejayaan pasukannya menewaskan Pulau Pinang 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darulaman.

Kecederaan yang menimpa Ahmad Fakri Saarani seperti satu hikmah tersendiri buat Kedah apabila Syafiq dimasukkan pada minit ke-68.

Tujuh minit kemudian, dia jelas tidak menghampakan kira-kira 25,000 penyokong setia Kedah selepas merembat masuk bola daripada sepakan percuma Baddrol Bakhtiar untuk meletakkan pasukannya di depan, 2-1.

Jaringan tersebut cukup penting buat Kedah meleraikan semangat juang Pulau Pinang kerana kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1 selama 54 minit.

"Kalau nak kata selalu berlatih itu tidaklah tetapi kami banyak berkomunikasi ketika sesi perlawanan persahabatan," kata Syafiq. 

Jaringan itu dilihat seperti membangkitkan semangat juang penyerang bawah 22 tahun negara berkenaan pada aksi akan datang.

Tidak kisah apa jua peranan yang diberikan, dia berharap jurulatih, Tan Cheng Hoe, sedia memberi ruang kepadanya untuk lebih kerap beraksi. 

"Pemain sedia ada mengalami kecederaan. Maka, untuk perlawanan seterusnya, saya tidak kisah sama ada beraksi dalam kesebelasan utama atau dimasukkan sebagai pemain gantian," tambahnya.

Selepas jaringan Syafiq, Liridon Krasniqi kemudian muncul melengkapkan kemenangan 3-1 untuk mengekalkan Kedah di kedudukan teratas liga.

Credit : Stadium Astro
Share:

LIRIDON BOCOR RAHSIA KEBANGKITAN KEDAH



PEMAIN import tengah Kedah, Liridon Krasniqi mendedahkan kebangkitan skuad hijau kuning ketika menentang Pulau Pinang dalam saingan Liga Super berpunca sikap pemain sendiri.

Dalam perlawanan di Stadium Darul Aman itu, Kedah ketinggalan 1-0 selepas lawan melakukan serangan balas, namun skuad itu berjaya bangkit dalam tempoh dua minit untuk menyamakan kedudukan.

Pemain kelahiran Kosovo itu memberitahu, semangat juang pemain Kedah yang tinggi untuk menang pada perlawanan itu antara punca utama pasukan berkenaan berjaya bangkit daripada ketinggalan.

Jelasnya, persefahaman di kalangan pemain yang telah beraksi bersama sejak tiga tahun lalu antara punca kebangkitan untuk menyamakan kedudukan menjadi lebih mudah.

"Saya cukup kenal kemampuan kesemua pemain, ketika ketinggalan satu gol, saya yakin kami mampu kembali menyamakan kedudukan dan terus memenangi perlawanan ini.

"Selepas tiga tahun bersama, saya lihat pemain Kedah telah pamerkan semangat juang yang cukup tinggi untuk memenangi setiap perlawanan, inilah kelebihannya.

"Sebagai bukti kami berjaya mengatasi Kelantan walaupun saya, Sandro Da Silva, Syazwan Zainon dan Khairul Helmi Johari tidak beraksi. Kami mampu pulang dengan tiga mata penuh yang diidamkan," katanya.

Liridon berkata, kejayaan dirinya mencatat nama sebagai penjaring juga sangat bermakna pada perlawanan itu yang disaksikan ibu bapanya.

"Ini kali pertama ibu bapa saya datang ke Malaysia kerana sebelum ini hanya adik yang ke sini. Sebab itu saya sangat teruja apabila dapat menjaringkan gol di hadapan mereka.

"Bagi saya, mereka telah mendapat hadiah hasil satu perjalanan yang jauh untuk melihat saya beraksi untuk Kedah," ujarnya.

credit : mstar
Share:

Ahad, 26 Februari 2017

TMJ AKAN BERMAIN DI JDT UNTUK JENDELA PERPINDAHAN MEI INI ?



KUALA LUMPUR: Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan keputusan untuk mendaftarkan namanya sebagai pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) adalah untuk mencabar kemampuan dirinya sendiri. 

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata demikian dalam satu wawancara yang disiarkan menerusi akaun rasmi kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Johor Southern Tigers yang disiarkan hari ini. Pemilik JDT itu berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau serius akan didaftarkan sebagai pemain menjelang jendela perpindahan pemain pada bulan Mei ini. 

Berikut wawancara penuh berkenaan: 

Wartawan : Assalamualaikum. Ampun Tunku. Adakah serius yang Tunku akan didaftarkan sebagai pemain untuk jendela perpindahan pemain pada bulan Mei ini? 

TMJ : Saya dah mencapai pelbagai kejayaan dalam hidup saya. Saya telah mengetuai perbarisan berkuda pada perarakan Hari Kemerdekaan India, saya adalah Airborne dan Special Forces, memenangi 42 kejuaraan Sukan Polo di Australia, India, England, Argentina, Malaysia dan Singapura serta memenangi dua kejuaraan polo peringkat tertinggi di Kejohanan Metro Open, Argentina dan macam-macam lagi. Jadi kali ini saya ingin mencabar diri saya sendiri, mungkin menandatangani kontrak selama 6 bulan. Kita tunggu dan lihatlah nanti. Jika dapat masuk bermain seminit dua sebelum perlawanan tamat pun sudah memadai. Dapat juga saya merasa memakai jersi JDT. 

TMJ : Lagipun, saya yang mempunyai 42 kejuaraan Polo di seluruh dunia tidak di senaraikan untuk bermain di Sukan Sea tetapi individu yang tidak pernah menang pertandingan Polo dan tidak pandai bermain sukan Polo boleh bermain di Sukan Sea, takkan saya pula tidak boleh bermain di Liga Super?

Wartawan : Bagaimana kalau ada yang ingin mengasari Tunku di atas padang? 

TMJ : Awak tanyalah kepada seluruh rakyat Johor ketika saya bermain untuk Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) dahulu, berapa ramai yang telah mengasari dan menendang kaki saya. Saya tiada masalah. Saya 'sporting'. Tetapi jangan lupa, saya juga boleh mengasari mereka. Haha..

Wartawan : Terima kasih Tunku. 

TMJ : Sama-sama

credit : BH
Share:

BADI PULAU PINANG BERJAYA KEDAH PADAMKAN DI DARUL AMAN

ALOR SETAR: Kedah menambah tiga mata pada carta liga apabila menewaskan Pulau Pinang 3-1 dalam aksi 'derby' utara Liga Super lantas dapat memadamkan badi Pulau Pinang di Stadium Darul Aman, malam ini. 



Beraksi di hadapan lebih 25,000 penyokong yang membanjiri stadium, Helang Merah melakukan gerakan seawal minit pertama apabila Baddrol Bakhtiar membuat percubaan melalui sepakan percuma dari bahagian sayap kanan tetapi ditangkap kemas penjaga gol Pulau Pinang, Syed Adney.

 Begitupun, Kedah tersentap dengan gol pertama Pulau Pinang melalui gerakan pantas Mohd Faizat dan Faiz Subri yang mendapat lorongan untuk melakukan penyudah pada minit ke-18. Namun Kedah tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan hasil rembatan kencang Fitri Omar selang dua minit. 

Aksi semakin rancak apabila pada minit ke-30 Baddrol mendapat peluang dengan rembatan dari kanan gawang lawan tetapi percubaannya sedikit melencong. Ken Ilso pula hampir menambah gol Kedah pada minit ke-31 namun percubaannya juga tersasar di sebelah kanan pintu gol pelawat untuk kedudukan kekal 1-1 di hujung separuh masa pertama. 

Bermula babak kedua, Kedah terus mengasak melalui percubaan bahaya Ilso pada minit ke-49 namun Syed Adney menafikan cubaan itu. Malah dua cubaan Baddrol pada minit ke-54 dan minit ke-61 ditepis keluar hinggalah Syafiq Ahmad meletakkan Kedah di hadapan dengan kuisan pantas pada minit ke-75 hasil sepakan percuma Baddrol. 

Krisis yang melanda kepimpinan persatuan Pulau Pinang dan penyokongnya nyata memberi kelebihan apabila Kedah menambah gol ketiga menerusi jaringan Liridon Krasniqi pada minit ke-86 untuk mengesahkan kedudukan 3-1 kekal hingga tamat.

credit : BH
Share:

Sabtu, 25 Februari 2017

4 JURULATIH LIGA MALAYSIA 2017 RISIKO "DIREHATKAN"




4 jurulatih di Liga Malaysia 2017 bakal atau risiko untuk "direhatkan" adalah sangat tinggi mengikut prestasi semasa dalam perlawanan awal musim Liga Super 2017, Piala FA 2017 mahupun Liga Perdana 2017 .4 jurulatih ini berpeluang direhatkan disebabkan prestasi pasukan yang dikendalikan mereka hambar malah salah satunya tiada kemenangan yang dikecapi pada perlawanan liga super 2017 yang sedang berlangsung ketika ini.



4 jurulatih tersenarai dalam risiko untuk "direhatkan" adalah :


1. ASHLEY WESTWOOD (Penang FA)


Pada 28 November 2016, diumunkan Westwood menjadi ketua jurulatih Penang FA dalam saingan Liga Super Malaysia.

Statistik
Sepanjang liga berlangsung, Pulau Pinang pasukan dikendalikan Westwood masih belum mencipta sebarang kemenangan.

5 Perlawanan Liga Super
- 5 Kalah
- 1 Gol sahaja | 10 Bolos

1 Perlawanan Piala FA
- 1 Menang
- 1 Gol | 0 Bolos


2. RAZIP ISMAIL (Perlis FA)

Statistik
6 Perlawanan Liga Perdana
- 2 Seri | 4 Kalah
- 5 Gol | 14 Bolos

1 Perlawanan Piala FA
- 1 Menang
- 1 Gol | 0 Bolos


3. STEVE VILMIAIRE (Sabah FA)

Statistik
5 Perlawanan Liga Perdana
- 1 Menang | 0 Seri | 4 Kalah
- 6 Gol | 12 Bolos

1 Perlawanan Piala FA
- 1 Menang
- 1 Gol | 0 Bolos

4. DAVID USOP (Sarawak FA)

Statistik
5 Perlawanan Liga Super
- 1 Menang | 1 Seri | 3 Kalah
- 4 Gol | 6 Bolos

1 Perlawanan Piala FA
- 1 Menang
- 6 Gol | 3 Bolos


credit : footballkelantan
Share:

Jumaat, 24 Februari 2017

BADI PULAU PINANG KEDAH MAHU PADAMKAN

KEDAH turun dalam misi untuk mempertahankan kedudukannya selaku pendahulu Liga Super 2017 pada perlawanan keenam menentang pasukan tercorot, Pulau Pinang di Stadium Darul Aman, malam esok.



Walaupun gah di puncak liga, kerisauan tetap terpancar di riak wajah pengendalinya, Tan Cheng Hoe kerana rekod pertemuan kedua-dua pasukan utara ini sejak 2010 memihak kepada lawan.

Pulau Pinang menang dua perlawanan berbanding Kedah yang menang satu perlawanan sahaja dan selebihnya adalah keputusan seri pada 4 pertemuan Liga Super dan 4 pertemuan Liga Perdana.

Jelas Cheng Hoe, mereka akan cuba memadam badi berkenaan dan percaya ini merupakan masa sesuai untuk melakukannya.

"Kami tidak mempunyai pilihan lain kecuali menang di laman sendiri jika mahu terus selesa pada kedudukan sekarang kerana Kedah hanya beza satu mata sahaja dengan Pahang dan Perak.

Bagaimanapun, pemain perlu waspada dengan kebangkitan Pulau Pinang kerana tidak ada satu pasukanpun yang mahu terus kalah dan sudah tentu mereka akan bermatian-matian untuk memburu mata Sabtu ini (esok)," katanya 

Jelasnya, pertembungan dua pasukan utara ini sering menyajikan perlawanan sengit malah pasukannya sering buntu memburu mata kemenangan ke atas lawan sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, keadaan ini menyaksikan beliau mahu pemain fokus sepenuhnya selain memanfaatkan peluang yang terhidang sebaik mungkin.

"Kami mungkin masih tidak dapat menggunakan beberapa khidmat tonggak antaranya Sandro Da Silva, Syazwan Zainon, Akram Mahinan dan Farhan Roslan menentang Pulau Pinang  kerana mereka masih belum sembuh dari kecederaan dan ini merupakan ruang terbaik kepada pemain muda lain untuk menunjukkan kemampuan masing-masing," katanya.

credit : SinarHarian
Share:

PREVIEW PERTEMUAN PASUKAN GERGASI UTARA


Derbi Del Utara kembali Sabtu ini.Pertembungan local derby ini antara "aksi panas" dalam kalendar bola sepak Malaysia.Maksud penulis merujuk istilah budaya derbi ini bagus dari sudut positif seperti battle siapa lagi jaguh utara,perang poster,perang saiko berkenaan kekuatan serta kelemahan pasukan.Penulis MENENTANG SEKERAS KERASNYA tindakan didalam derbi seperti melontar objek seperti bata ke bas lawan sebelum penyokong lawan membalas dengan membelasah salah seorang fans rival.Itu dah ke arah hooligans.Itu bukan budaya kita di Malaysia dan merosakkan atau merencatkan istilah derbi.

Berbalik kepada derbi utara ni,dulu persaingan 3 penjuru (Kedah,Penang,Perlis) tapi zaman berzaman Perlis semakin jauh dan kini hanya Kedah dan Penang sering dikaitkan Northern Derby.Ada yang berpendapat adakah perlawanan melibatkan Perak vs Kedah atau vs Penang juga diamggap derbi?pendapat penulis ia tidak dianggap siri derbi dan lebih kepada kepada pertembungan biasa yang belum sampai tahap wujud perkataan "rivalries". Atmosfera kedua dua pasukan dalam derbi sangat menarik.Bukan sahaja rekod kejuaraan atau back to back win jadi sandaran malah perhitungan peribadi untuk menjadi pasukan lebih baik dari satu lagi pasukan.menjadikan ia lebih sentimental.

Berikut senarai kejuaraan domestik bagi kedua dua pasukan :

Kedah (18 kejuaraan)

Juara Piala Malaysia - 5 kali

Juara Piala FA - 3 kali

Juara Liga Super - 2 kali

Juara Liga Premier 1 - 1 kali

Juara Liga Perdana - 4 kali

Juara Piala Sumbangsih - 3 kali

Pulau Pinang (9 kejuaraan)

Juara Liga Premier 1 - 3 kali

Juara Piala Malaysia - 4 kali

Juara Piala FA - 1 kali

Juara Piala Sumbangsih - 1 kali

REKOD PERTEMUAN LIGA

2016
Penang 3 Kedah 2
Kedah 2 Penang 2

2015 
Kedah 0 Penang 0
Penang 3 Kedah 3

2014
Kedah 1 Penang 1
Penang 1 Kedah 0

2010
Kedah 0 Penang 0
Penang 0 Kedah 3

2009
Kedah 1 Penang 0
Penang 1 Kedah 2

2008
Kedah 4 Penang 1
Penang 2 Kedah 3

REKOD JARINGAN TERBESAR
Pada 2008 dalam aksi Piala Malaysia, Kedah menang 6-2 keatas Pulau Pinang distadium Darulaman.

Share:

Khamis, 23 Februari 2017

10 PEMAIN TEMPATAN LARIAN PANTAS LIGA MALAYSIA


10 PEMAIN TEMPATAN LARIAN PANTAS LIGA MALAYSIA


1. RIZAL GHAZALI (KEDAH)

2. S CHANTURU (JDT)

3. GOPINATHAN (JDT)

4. KUNALAN (JDT)

5. FARHAN ROSLAN (KEDAH)

6. FAZLY MAZLAN (JDT)

7. FAIZ SUBRI (PULAU PINANG)

8. WAN ZAHARUL NIZAM (PAHANG)

9. HADIN AZMAN (FELDA UNITED)

10. NAZRIN NAWI (PERAK)

credit : beritaviralon9
Share:

SEBAB WEIGANG DIPECAT DIBONGKARKAN


IPOH - Hubungan dingin dengan pemain dikatakan menjadi punca Karl Heinz Weigang ditamatkan tugasnya sebagai ketua jurulatih skuad Perak dan digantikan dengan bekas jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic hari ini.



Dalam kenyataan mengenai pelantikan Mehmet, Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) tidak memberikan sebab penamatan khidmat Weigang, namun sumber memberitahu sikap Weigang menyebabkan pemain tidak berpuas hati sehingga mendorong Pafa untuk mengambil tindakan drastik menamatkan kontrak jurulatih berusia 82 tahun itu. 

Menurut sumber berkenaan, pemain dikatakan tidak berpuas hati terhadap jurulatih dari Jerman itu dalam banyak perkara terutama pemilihan kesebelasan utama apabila pemain utama kerap memanaskan bangku simpanan. 

Difahamkan, selain itu pemain yang ingkar atau melawan arahan Weigang akan diketepikan walaupun seseorang pemain itu berada pada prestasi terbaik. 

Katanya, pemain juga dikatakan tidak berpuas hati dengan sikap panas baran Weigang yang tetap memarahi pemain walaupun Perak memenangi sesuatu perlawanan seperti ketika menang 3-0 ke atas pasukan Persa­tuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBMS) dalam perlawanan Piala FA pada 15 Februari lalu. 

“Perkara ini menyebabkan hubungan antara jurulatih dan pemain begitu dingin,” katanya. 

Menurut sumber tersebut, keputusan Pafa hari ini tiada kaitan dengan prestasi semasa skuad Perak. 

“Prestasi pasukan bukan alasan penamatan kontrak Weigang kerana Perak kini berada pada tahap terbaik apatah lagi selepas meleburkan rekod Johor Darul Ta'zim (JDT) yang tidak kalah dalam 25 perlawanan Liga Super baru-baru ini,” katanya. 

Sementara itu, Presiden Pafa, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata Pafa dan Weigang telah mencapai keputusan bersama bahawa kontrak jurulatih itu ditamatkan berkuat kuasa hari ini.

Menurutnya, keputusan tersebut dicapai setelah kedua-dua pihak mengadakan perbincangan panjang lebar dan mene­liti pelbagai aspek dan cadangan. 

“Pafa sangat menghormati dan menghargai Weigang yang telah memberikan khidmat dan sumbangan yang luar biasa kepada pasukan dan dinobatkan sebagai jurulatih legenda pasukan Perak,” katanya. 

Tambah Abdul Puhat, keputusan melantik Mehmet dibuat setelah Pafa meneliti beberapa calon jurulatih tempatan dan asing. 

“Pafa berharap pelantikan Mehmet dapat membentuk pasukan yang berkualiti dengan ilmu, pengalaman, sistem kejurulatihan dan taktikal tahap tertinggi untuk mencapai sasaran yang ditetapkan musim ini,” katanya. 

Dalam pada itu, usaha wartawan untuk menemu bual jurulatih dari Australia itu selepas sesi latihan pasukan Perak di Padang Pernama di sini tidak berjaya apabila jurulatih berkenaan enggan ditemu bual. 

“Pihak pengurusan atasan Pafa belum membenarkan Mehmet ditemu bual,” kata seorang pegawai Pafa.

Credit :Utusan
Share:

JURULATIH TEMPATAN ATAU IMPORT?

Kedah di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe, terus unggul mendahului carta liga dengan rekod bersih tanpa kalah, diikuti Pahang yang kini dikendalikan oleh bekas jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh. 

Asmawi Bakiri

Kejayaan Kedah merakamkan kemenangan ke atas Kelantan di Kota Bharu, Sabtu lalu, menguatkan lagi status Lang Merah sebagai pilihan utama bagi meraih kejuaraan liga musim ini. 

Cheng Hoe turut tampak serasi dengan barisan pemain selepas empat musim mengendalikan pasukan. 

Pahang pula adalah pasukan yang dijangka mampu untuk terus memberi saingan kepada Kedah. 

Dalam pada itu, Pulau Pinang kini semakin tertekan dengan kekalahan besar 6-1 di tangan Pahang, Sabtu lalu, dan tampak sukar untuk mengukuhkan kedudukan dalam Liga Super. 

"Mungkin jurulatih tempatan mempunyai kelebihan kerana lebih kenal dengan pemain-pemain dan budaya bola sepak kita. 

"Saya tidak menafikan bahawa Benjamin Mora dan Karl-Heinz Weigang telah membentuk sebuah pasukan mantap. 

"Tetapi mereka mungkin mengambil sedikit masa untuk mencongak percaturan ampuh bagi pasukan masing-masing," kata pemerhati bola sepak, Asmawi Bakiri. 

Bagaimanapun, Felda United yang kini di tangan kedua tercorot, dijangka berupaya untuk bangkit sekiranya berjaya mendapatkan jurulatih yang mampu memberi nafas baru buat pasukan. 

"Felda United terpaksa menanggung risiko di atas keputusan pihak pengurusan sehingga mereka terjerumus ke dalam kelompok yang sukar. 

"Namun, mereka perlu bangkit dan yakin dengan kemampuan barisan pemain yang ada selain beriskap positif," ujar seorang lagi pemerhati bola sepak tempatan, Hasnizam Uzir. 
Share:

PERSEDIAAN KEN ILSO APABILA SUDAH BERSARA

PENYERANG import Kedah iaitu Ken Ilso kini sedang menyambung pelajaran untuk mendapatkan Ijazah Undang-Undang bersama Universiti Southern Danish.



Mempunyai pekerjaan sebagai pemain bola sepak sepenuh masa sambil belajar memerlukan dedikasi yang tinggi dalam menguruskan masa dan walaupun dia melabel tugasan ini sebagai mencabar,dia perlu melakukan persediaan untuk kehidupannya selepas meninggalkan dunia bola sepak pada satu hari nanti.

“Salah satu sebab saya mempelajari undang-undang adalah kerana bidangnya luas dari segi peluang pekerjaan. Ia juga memberikan banyak peluang dalam dunia bola sepak - seperti menjadi seorang ejen atau orang tengah.” kata pemain berusia 29 tahun itu yang kini dalam tahun pertama pembelajaran.

“Saya tidak ingin hanya mempunyai kemungkinan untuk kekal dalam bola sepak selepas bersara kerana saya juga ingin melakukan sesuatu yang berbeza."

Saya tidak ingin hanya mempunyai kemungkinan untuk kekal dalam bola sepak selepas bersara kerana saya juga ingin melakukan sesuatu yang berbeza.

Bekas penyerang Bundesliga itu, yang tidak mempunyai ejen tersendiri, juga mengatakan bahawa ijazah undang-undang itu akan membantunya memahami kontrak yang ditawarkan kepadanya sebagai pemain bola sepak profesional.

“Saya ingin fahami sendiri kontrak saya dan tanggungjawab saya. Penting untuk fahami kontrak-kontrak yang diberikan dan juga boleh membuat rundingan.”

Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila undang-undang menjadi pilihannya, melihat kepada perjalanan kariernya setakat ini. Islo sebelum ini pernah bermain di Belanda, China dan Jerman.

Sebelum ini dia menetap di Singapura selama dua tahun yang lepas, dimana dia telah menarik perhatian ramai rakyat Singapura.

Bekas jurulatih Home, Philippe Aw menyokong keputusan penyerangnya untuk menyambung pelajaran, dan mengatakan Ilso tidak boleh bermain bola sepak untuk jangka masa yang panjang.

“Ia sesuatu yang baik untuknya kerana karier dalam bola sepak sangat pendek. Dia kini dalam lingkungan usia 30an, kariernya akan tamat dan dia perlu sesuatu untuk kehidupannya selepas bola sepak,” kata Aw. Tambahnya: “Jika anda boleh mengimbangkannya dengan baik (bermain bola sepak dan belajar) ia bagus untuk anda!”

Ilso bukan pemain bola sepak yang menyambung pelajaran untuk mendapatkan sijil kelayakan di luar padang - pemain Manchester United, Juan Mata mempelajari Kewartawanan, lagenda Arsenal Dennis Bergkamp memiliki ijazah dalam kejuruteraan medikal dari Universiti Bath dan pemain bola sepak Singapura, Fabian Kwok mempunyai ijazah dalam Pengurusan Perniagaan.

credit : FourFourTwo
Share:

HAK PENYOKONG PILIH PRESIDEN -TMJ

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia untuk meminda perlembagaan membabitkan pemilihan Presiden sebagai satu langkah pembaharuan jika beliau dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres Pemilihan ke-53, pada 25 Mac ini.



Untuk itu, calon Presiden FAM itu berhasrat untuk 'memberikan kuasa' kepada penyokong bola sepak bagi memilih individu yang layak dan dirasakan tepat bagi menerajui tampuk kepemimpinan badan induk bola sepak negara itu. "Bola sepak adalah sukan rakyat jadi mereka perlu diberi kuasa untuk menentukan individu yang terbaik bagi memegang jawatan selaku Presiden FAM dan tidak lagi berdasarkan pencalonan daripada ahli gabungan.

"Tetapi ahli gabungan tidak perlu risau kerana mereka masih ada kuasa untuk mencalonkan serta menentukan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan EXCO. "Pindaan akan dilaksanakan selepas selesai urusan pemulihan struktur organisasi itu menerusi beberapa agenda yang akan dilaksanakan," katanya ketika ditemui pada sesi pertemuan bersama penyokong bola sepak di ibu kota, hari ini.


Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama penyokong bola sepak negara di Hotel Grand Hyatt.


Dalam masa sama, pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu turut berkongsi beberapa agenda yang menjadi keutamaannya sebagai Presiden FAM sebagai usaha memulihkan semula struktur organisasi yang sebelum ini dibelenggu masalah dalam pengurusan terutamanya membabitkan kewangan dan kekurangan rasa profesionalisme. Antaranya, beliau mengumumkan Mesyuarat EXCO tidak lagi akan berlangsung di Wisma FAM dan akan diadakan setiap tiga bulan di setiap negeri yang akan lebih memfokuskan terhadap pembangunan fasiliti di setiap kawasan ahli gabungan.

"Saya juga akan memberi tugas yang spesifik kepada setiap EXCO dan bakal menubuhkan organisasi yang khas membabitkan pengurusan pasukan kebangsaan yang mana setiap perkembangan akan dilaporkan secara terus kepada saya. "Saya akan meletakkan orang saya dalam Jawatankuasa Tatatertib, Integriti dan Perbendaharaan jadi satu sen pun tidak akan keluar tanpa tandatangan saya serta 40 peratus yang diterima FAM hasil hak penyiaran akan disalurkan kepada setiap pasukan yang bertanding untuk melaksanakan program pembangunan akar umbi. Selain itu, Tunku Ismail juga akan memastikan konsistensi dalam setiap keputusan yang diambil dan hukuman yang dikenakan atas kesalahan yang dilakukan.

"Kita melihat dua situasi membabitkan dua kesalahan yang sama namun hukuman yang berbeza dikenakan jadi jika saya menjadi Presiden, saya akan pastikan perkara seperti ini tidak akan berlaku. "Saya juga merancang untuk mengambil kepakaran daripada luar negara bagi membantu setiap pasukan ahli gabungan bagi memastikan setiap aspek mencapai kejayaan yang disasarkan," katanya.

Credit : BH
Share:

Isnin, 20 Februari 2017

BADDROL NAFI GAGAL JARINGAN AWAL DISEBABKAN TIADA TONGGAK UTAMA


Pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar, menolak kegagalan Kedah mencari jaringan awal menentang Kelantan disebabkan ketiadaan dua importnya, Liridon Krasniqi dan Sandro Da Silva. 

Ketiadaan kedua-duanya sebaliknya berjaya mencetus aksi lebih matang, terutama daripada pemain tempatan.

Baddrol tidak bersetuju andai ada yang berpendapat Kedah akan lebih berpesta gol jika beraksi dengan Liridon dan Sandro.

Malah, tekanan ekoran ketiadaan dua pemain itu berjaya mematangkan pemain muda yang nampaknya tidak mensia-siakan peluang yang diberikan jurulatih, Tan Cheng Hoe.

"Pada pendapat saya, ketiadaan Liridon dan Sandro tidak menggugat permainan Kedah. Semangat anak jati Kedah serta pemain-pemain muda yang diberikan kepercayaan jurulatih telah membantu membutirkan tiga mata buat pasukan," ujarnya.

Kenyataan Baddrol dikukuhkan lagi dengan pendapat Cheng Hoe yang menganggap peluang sepakan penalti yang terhasil layak diterima anak buahnya selepas banyak mengasak kubu Kelantan, terutama pada babak kedua perlawanan.

Dua peluang terbaik membabitkan Baddrol dan Ken Ilso yang terkena tiang turut dipuji Cheng Hoe, dengan melabelkan ia sebagai teknik yang menarik dan hanya kurang bernasib baik.

"Mereka telah menghasilkan satu teknik yang baik ketika melepaskan rembatan, namun nasib tidak menyebelahi. Saya dapat melihat kesungguhan pemain-pemain pada babak kedua perlawanan untuk mencari kemenangan," jelas Cheng Hoe.

Credit : StadiumAstro
Share:

Ahad, 19 Februari 2017

#LS5 3 MATA KEDAH DI KOTA BHARU

KOTA BHARU: Kedah berjaya mengekalkan kedudukan di puncak Liga Super apabila mencatatkan kemenangan ketiga musim ini selepas menewaskan Kelantan 1-0 dalam saingan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, sebentar tadi.


Perlawanan malam tadi menyaksikan skuad The Red Warriors (TRW) yang baru beraksi tiga perlawanan setakat ini gagal meneruskan rentak kemenangan walaupun mendapat sokongan pada hampir 20,000 penyokong setia mereka. 

TRW dilihat lebih banyak melakukan percubaan berbahaya ke pintu gol Kedah termasuk menerusi tandukan cantik Alessandro Padovani Celin pada minit kelima yang berjaya ditepis penjaga gol pelawat, Mohd Ifwat Akmal. 



Skuad kendalian Zahasmi Ismail sekali lagi mendapat peluang terbaik hasil rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-19 menerusi Muhammad Danial Ashraf yang menggantikan Celin akibat kecederaan, namun Mohd Ifwat sekali lagi muncul penyelamat Kedah. 

Pasukan pelawat yang dibimbing Tan Cheng Hoe hampir menjaringkan gol menerusi rembatan deras kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke- 26 namun terkena palang gol walaupun Khairul Fahmi Che Mat sudah tertewas. Bersambung di babak kedua, permainan tampak seimbang dan Norfarhan Mohammad hampir menjaringkan gol buat Kelantan hasil hantaran cantik Mohammad Qayyum Marjano Sabil, namun percubaannya pada minit ke-50 sekadar melepasi palang gol pelawat. 


Kedah nyaris mendahului pada minit ke-67 hasil kesilapan pertahanan tuan rumah, Hattaphon Bun Ann yang menanduk bola ke gawang sendiri dan hampir memerangkap Khairul Fahmi Che Mat namun berjaya diselamatkan. Asakan bertali arus skuad Helang Merah ke kubu Kelantan memaksa Zahasmi memasukkan pemain tengah bertahan, Norhafiz Zamani Misbah menggantikan Norfarhan untuk memperkemas benteng pertahanan tuan rumah. 

Skuad Helang Merah akhirnya mendahului tuan rumah berpunca kesilapan Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan Muhammad Syafiq Ahmad dalam kawasan penalti. Pengadil menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-81.   Keputusan itu menyaksikan Kedah kekal selaku pendahulu liga dengan 11 mata selepas lima perlawanan manakala Kelantan yang beraksi tiga perlawanan berada di kedudukan ketujuh dengan enam mata.

credit : BH
Share:

Sabtu, 18 Februari 2017

IMPORT KEDAH YANG "FAILED"


Selepas dibenarkan kembali pada 2002,rata-rata pasukan kembali merebut untuk kembali memperkasakan pasukan dengan kemasukan import.Kedah tidak terkecuali dengan beberapa pemain import pernah menghiasi Hijau Kuning.Ada yang berjaya ada gagal menyerlah.Jom kita lihat beberapa pemain yang diklasifikasikan gagal menyerlah bersama Kedah.

POSISI PENYERANG

- James Monie (Australia)
Hadir ketika Jorgen Larsen mengemudi Kedah pada 2003.Reputasi beraksi di A League agak baik.James pada mulanya meledak 4 gol dalam 4 perlawanan namun selepas itu dihantui mimpi ngeri kemarau gol.James hanya meledak 7 gol (6 gol Liga,1 gol Piala Malaysia).

- Shandel Samuel (St. Vincent and the Grenadines)
Shandel Samuel beraksi beberapa posisi.Penyerang dan pemain sayap.Namun gagal memberi impak bersama Kedah pada 2005.Shandel hanya meledak 2 gol untuk Kedah.

- Yahaya Yakubu (Nigeria)
Juga pada 2005,Yahaya Yakubu turut menyarung jersi Kedah ketika itu.Namun Yakubu sangat mengecewakan dan mengundang cemuhan berikutan aksi longlai beliau.Yakubu menamatkan kempen mengecewakan dengan 3 gol sahaja.

- Chayene Santos (Brazil)
Permulaan 2013,Kedah mendapatkan khidmat pemain kelahiran Brazil berusia 23 tahun Chayene Santos dari kelab Sisaket FC (kelab Thai League).Namun Santos bergelut bersama Kedah dengan hanya meledak 1 gol menerusi penalti.Santos mendakwa beliau gagal menyesuaikan diri bersama Kedah dan diberitakan membuat request transfer untuk pulang ke kelab lama.



Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

Arkib Blog

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe