Halaman

Sabtu, 18 Februari 2017

BERITA BAIK PENYOKONG KELANTAN, KEDAH TANPA TONGGAK UTAMA

KOTA BHARU: Ketiadaan tiga tonggak utama pasukan Kedah mampu memberi kelebihan kepada tuan rumah, Kelantan bagi meraih kemenangan menjelang aksi Liga Super di Stadium Muhammad IV, di sini, malam ini. 



Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors (TRW) Kota Bharu, Mohd Zainy Zain, berkata anak buah Zahasmi Ismail mampu mencipta kejutan selepas mengalami kekalahan dengan pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, Rabu lalu.

Katanya, kekalahan menerusi sepakan penalti 4-3 di Ipoh baru-baru ini perlu dijadikan panduan dan pengajaran kepada TRW agar terus konsisten sepanjang perlawanan. "Sebagai penyokong, sudah pasti kami inginkan kemenangan serta aksi yang terbaik daripada kedua-dua pasukan malam ini. 

"Dengan berita baik ketiadaan tiga tonggak utama pasukan Kedah, TRW dilihat mampu mengekang kebangkitan mereka yang juga mempunyai misi mencatat kemenangan di tempat lawan pada perlawanan esok," katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, Mohd Zainy turut meminta penyokong Kelantan memenuhi stadium bagi memberi semangat kepada para pemain TRW malam nanti. 

"Pastinya aura pemain menyuntikkan lagi semangat pemain selain dapat menggerunkan pasukan lawan malam ini dengan laungan 'Gomo Kelate Gomo' stadium," katanya. 

Skuad Helang Merah bakal berdepan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV tanpa kelibat Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva dan Syazwan Zainon yang masih alami kecederaan. Perkara itu disahkan Ketua Jurulatihnya, Tan Cheng Hoe, apabila tiga pemain itu tidak dapat diturun berikutan kecederaan dalam perlawanan terdahulu termasuk ketika bertemu Kuala Lumpur, Selasa lalu dan terpaksa digantikan dengan pemain muda. Bagaimanapun, Tan tetap optimis memburu kemenangan pertama di Kota Bharu malam ini dengan menurunkan beberapa pemain muda.

credit : BH
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

Arkib Blog

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe