Halaman

Selasa, 19 Jun 2018

"TIDAK MENJADI SATU MASALAH JIKA KITA MENJADI TUAN RUMAH"-T.ABDULLAH


MALAYSIA mampu menyertai tiga lagi negara Asia Tenggara yang lain untuk melakukan bidaan bagi menganjurkan Piala Dunia 2034 sekali gus kali pertama di rantau ini.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, badan induk dari Indonesia, Thailand dan Vietnam sudah menyatakan hasrat bersepakat membida menjadi tuan rumah Piala Dunia pada tahun berkenaan.

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu berkata, beliau masih belum pasti mengenai hasrat Malaysia tetapi merasakan ia bukan satu masalah jika negara ini turut menyokong hasrat menjadi tuan rumah bersama kejohanan bola sepak terbesar itu.

“Saya rasa ia bukan satu masalah jika negara kita menunjukkan minat untuk membida menjadi tuan rumah 2034. Ia terpulang kepada FAM dan kerajaan untuk membuat keputusan.

“Asia Tenggara mempunyai peluang dan kelebihan untuk menjadi tuan rumah secara bersama kerana ia membenarkan tiga atau empat negara sama seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico selepas memenangi perebutan tuan rumah 2026.

“Ini adalah masanya buat negara Asia Tenggara diberi peluang, dan ia akan membolehkan setiap negara mempertingkatkan kemudahan dan memperkuatkan pasukan kebangsaan masing-masing. Masih lagi mempunyai masa,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di rumah terbuka sempena Aidilfitri di Istana Abdul Aziz di Kuantan, hari ini.

Tengku Abdullah yang baru saja pulang dari menyertai Kongres FIFA ke-68 di Moscow, Russia, berkata walaupun belum ada perbincangan secara menyeluruh mengenai negara yang akan membida Piala Dunia 2034, namun beliau percaya perancangan rapi bakal membuka peluang buat negara Asia Tenggara yang menunggu lama detik menjadi tuan rumah.

Jika Malaysia bersedia untuk menjadi tuan rumah 2034, Tengku Abdullah berkata, masih lagi mempunyai tempoh panjang untuk memperkemaskan infrastruktur termasuk stadium di dalam negara agar ia kelihatan lebih moden termasuk daripada segi reka bentuk dan konsep.

Mengenai cadangan menambah bilangan negara menyertai Piala Dunia kepada 48 pasukan sekali gus membenarkan Asia Tenggara memperoleh slot istimewa tanpa perlu mengharapkan kuota Asia, Tengku Abdullah berkata, perkara berkenaan boleh dibangkitkan tetapi ia perlu mematuhi formula tertentu.

Pada Julai tahun lalu, Naib Presiden Persekutuan Bolasepak Indonesia (PPSI), Joko Driyono mengumumkan negara berkenaan bersedia mengetuai pakatan negara Asia Tenggara yang bercita-cita membida bagi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula dilaporkan berkata, kajian menyeluruh perlu dilakukan negara Asia Tenggara dalam usaha untuk membida menjadi tuan rumah secara bersama pada Piala Dunia 2034.

Katanya, Malaysia berminat menjadi satu daripada tuan rumah kejohanan berkenaan.

Tarikh akhir untuk mendaftar membida menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 ialah pada 2026.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui penganjuran bersama Piala Dunia 2034 memerlukan kajian rapi sebelum dapat dilaksanakan.

Katanya, FAM perlu mendapatkan pandangan pelbagai pihak khususnya kerajaan pusat kerana ia membabitkan pelaburan yang tinggi.

“Masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenainya, namun jika kita hendak membida menjadi tuan rumah bersama, kita perlu melakukan kajian membabitkan semua aspek.

“Dan EXCO FAM juga perlu membincangkan sekali gus memutuskannya sebelum cadangan ini dapat diajukan kepada kerajaan Pusat bagi kelulusan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Share:

Sabtu, 31 Mac 2018

“Saya terkejut ada seorang individu menuduh Marcote tidak ada Lesen A"- PSGC.


PETALING JAYA: Penaja utama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Puan Sri Ginney Chew tampil mendedahkan punca sebenar Ramon Marcote direhatkan daripada tugas utama pasukan Lang Merah.

Pengarah ECK Sdn Bhd itu memberitahu mStar Online, seperti penyokong-penyokog Hijau Kuning yang lain, beliau juga terkejut dan terkilan dengan keputusan KFA.

“Saya lagi sedih sebab saya yang minta presiden KFA (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) untuk bawa dia (Marcote) ke sini. Saya rasa macam dah musnahkan masa depan dia, kacau hidup dia yang lebih baik di Sepanyol.

“Sepatutnya dia diberi lebih masa sekurang-kurang habis separuh musim ini,” katanya.

Ginney,40, berkata beliau yakin Marcote hanya menjadi mangsa keadaan bagi menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu.

“Saya terkejut baru-baru ni ketika ada mesyuarat, ada seorang individu menuduh Marcote tidak ada Lesen A.

“Saya terkejut dengan pendedahannya itu. Setahu saya Marco mempunyai lesen profesional, PHD malah dia mempunyai kelayakan lebih daripada semua jurulatih di Malaysia,” katanya yang menganggap individu berkenaan tidak seharusnya  mencari alasan seperti itu untuk menyingkirkan Marcote.

“Saya tidak ada hak bersuara dalam KFA. Apa yang saya cakap, mereka (komuniti KFA) tidak ambil peduli.

“Apa yang dibincangkan dalam mesyuarat, tidak sama langsung dengan keputusan dibuat selepas itu. Presiden kata nak bagi peluang, tetapi komuniti yang buat keputusan.

“Inilah yang membuatkan saya terkilan,” dedahnya lagi.

Menurut Ginney, jika bukan kerana negeri Kedah, beliau tidak mahu lagi melibatkan diri dengan pasukan yang penuh dengan konflik dalaman.

“Ramai penyokong yang minta saya bawa Ramon masuk balik tetapi dah tak ada cara. Saya dah rasa malu.

“Mengenai Marco, saya ada menghubunginya dan meminta dia memaklumkan apa sahaja keputusannya selepas ini.

“Saya sudah cuba membantunya, namun keputusan bukan di tangan saya,” tambahnya.

Pada Rabu, Marco dipecat selaku Ketua Jurulatih Kedah dan diberi tugas sebagai Ketua Jurulatih Pembangunan Bola Sepak KFA.

Kedah kini berada di tangga ketujuh Liga Super selepas lima perlawanan dengan mengumpul enam mata. Mereka mencatat dua kemenangan dan tiga tewas.

sumber mStarOnline

Share:

Khamis, 25 Januari 2018

"SAYA MAHU PEMAIN MAMPU GALAS TUGAS MEREKA"- COACH MARCO


RAMON Marcote berpendapat Kedah memerlukan sebuah skuad yang lengkap dengan lima pemain import jika berhasrat untuk mencabar kejuaraan Liga Malaysia musim ini.

Ketua jurulatih Kedah itu berkata, untuk menyaingi pasukan seperti JDT, Selangor, Perak dan lain-lain, skuad hijau kuning perlu mempunyai senarai pemain yang memenuhi kuota.

Berikutan itu jelasnya, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) perlu memutuskan pemain dari negara Asean yang akan bersama Kedah secepat mungkin memandangkan liga hampir membuka tirainya.

"Liga Malaysia adalah pertandingan yang mengambil masa yang panjang dan kita juga terpaksa beraksi untuk Piala FA dan  Piala Malaysia, jadi saya perlukan barisan pemain terbaik dan berpengalaman bagi membantu hasrat kita untuk mencapai kejayaan.

"Liga yang panjang pasti akan membuatkan beberapa pemain mengalami kecederaan dan sebab itu saya perlukan pemain yang mampu menggalas tugas mereka bagi memenuhi harapan KFA termasuk ribuan peminat setia.

"Setakat ini memang pemain telah membuktikan kemampuan mereka, namun untuk jangka panjang kita perlukan pemain secukupnya supaya tidak menganggu momentum skuad," katanya kepada mStar Online.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Suphanburi dalam aksi pramusim pada malam Rabu, Marcote memberitahu, dia terpaksa mengeluarkan beberapa pemain bagi memastikan mereka tidak tercedera.

Menurutnya, selepas tonggak utama dikeluarkan, lawan menggunakan kesempatan itu untuk memenangi perlawanan 3-1.

"Apa yang penting, pemain muda dapat mempelajari banyak perkara dalam perlawanan ini untuk menjadikan mereka lebih matang dalam aksi liga nanti," ujarnya.

Beliau berkata, setiap pemain yang ingin membarisi kesebelasan utama perlu memiliki ciri-ciri yang ditetapkan walaupun mewakili skuad kebangsaan.

Katanya, perkara itu penting bagi menyediakan skuad yang benar-benar mampu memberi saingan kepada pasukan lawan yang turut melakukan persediaan sebaik mungkin bagi musim 2018.

sumber MstarOnline
Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe