Halaman

Khamis, 22 Jun 2017

KECEDERAAN BAHU KEN KINI PULIH


PENYERANG harapan Kedah, Ken Ilso Larsen tampil mendedahkan situasi semasa kecederaan bahu kanan yang dialaminya sebelum Liga Malaysia berhenti berehat bulan lalu.Menurut pemain kelahiran Denmark itu, kecederaan bahu yang memaksa dia meninggalkan perlawanan sebelum Liga Super berehat kini telah pulih.

Jelasnya, walaupun kecederaan ketika perlawanan bertemu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Stadium Darul Aman itu kelihatan serius, namun tempoh rehat tersebut telah memberi ruang untuk menjalani proses pemulihan.

"Ketika bertemu PKNS saya dapat menjaringkan hatrik pertama bersama Kedah, tapi selepas itu saya diusung keluar padang kerana kecederaan yang agak serius.

"Hatrik itu sebenarnya telah meningkatkan moral saya untuk berjuang bersama Kedah khususnya apabila kembali menentang Perak pada 1 Julai nanti.

"Saya juga yakin, rakan-rakan sepasukan telah bersedia untuk meneruskan rentak atau momentum kemenangan sebelum ini," katanya kepada mStar Online.

Menurut pemain berusia 30 tahun itu, dia kini sedang berusaha untuk cergas sepenuhnya sebelum kembali ke barisan paling hadapan skuad hijau kuning.

Ken Ilso memainkan peranan penting di bahagian serangan skuad bimbingan Mohd Nidzam Adzha Yusof sehingga disenaraikan sebagai penyerang yang perlu diberi perhatian penuh oleh pasukan lawan.

Dia yang menyertai Kedah pada awal musim ini pernah mewakili Denmark bagi skuad Bawah 19, 20 dan 21 tahun.

Sebelum berhijrah ke Alor Setar, Ken Ilso sempat berbakti di Singapura bersama skuad Home United dan menjaringkan 35 gol daripada 51 penampilan.
Share:

Isnin, 5 Jun 2017

TINDAKAN FARIZAL BOLEH DIGANTUNG SEUMUR HIDUP


Kuala Lumpur: Tindakan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Mohd Farizal Marlias mempersoal dan menolak pengadil ketika aksi separuh akhir kedua Piala AFC boleh menyebabkan dia digantung seumur hidup seperti mana berlaku kepada bekas penjaga gawang Kelantan, Halim Napi pada 1997.

Biarpun pentas saingan dilihat berbeza dengan Halim melakukan tindakan mempertikaikan keputusan pengadil tanpa ada sentuhan fizikal dalam aksi antara Perak dan Kelantan di Ipoh pada 5 Ogos 1997, dia tetap didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang kemudiannya menjatuhkan hukuman gantung seumur hidup ke atasnya.

Menurut bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM yang enggan namanya disiarkan, Farizal mungkin boleh dikenakan hukuman sama seperti Halim kerana jelas sekali tindakan kurang bijak penjaga gol Harimau Selatan itu melakukan perbuatan yang dianggap ‘dosa besar’ dalam peraturan bola sepak.

“Saya masih ingat Halim pernah dikenakan hukuman gantung seumur hidup kerana membantah keputusan pengadil.

“Tapi tindakan Halim itu tidak seperti Farizal sampai menolak pengadil yang sememangnya salah di sisi peraturan FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa). Ia umpama kesalahan ‘dosa besar’ dalam bola sepak sebab pengadil adalah hakim di atas padang.
Share:

Sabtu, 3 Jun 2017

"IA AKAN MEMALUKAN MALAYSIA"- Datuk Peter Velappan


Kuala Lumpur: Isu tunggakan gaji membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan bekas pengendali skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Frank Bernhardt disifatkan sebagai memalukan kerana kes seumpama itu tidak pernah berlaku di rantau ini.

Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan berkata, sepanjang 29 tahun bersama badan itu dari 1978-2007, beliau tidak pernah berdepan isu mengenai kegagalan persatuan bola sepak sesebuah negara menyelesaikan tunggakan gaji kepada jurulatih atau pemain.

“Ketika zaman saya dulu, kami (AFC) banyak menerima aduan mengenai hutang antara jurulatih dan pemain dengan kelab saja, tapi kes membabitkan persatuan kebangsaan ini yang pertama kali.

“Sudah tentu jika benar FAM tidak membayar pampasan gaji bekas jurulatih itu (Bernhardt), ia memalukan nama Malaysia serta AFC sekiranya kes berkenaan dibawa ke pengetahuan FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa),” katanya

Share:

Jumaat, 2 Jun 2017

PEMAIN MUDA AKAN DIPANGGIL MENJALANI PERLAWANAN UJIAN


PETALING JAYA: Skuad Helang Merah bakal meneruskan latihan biarpun tanpa 12 pemain utama.

Menurut Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff, skuad hijau kuning tempang sementara waktu kerana beberapa pemain dipanggl mewakili skuad kebangsaan.

"Lima pemain kita menjalani latihan bersama skuad kebangsaan, empat pemain lagi berada dalam pasukan Bawah 22 Tahun negara manakala tiga lagi pemain masih berdepan dengan kecederaan.

"Beberapa hari ini kami masih lagi bercuti dan akan memulakan latihan pada 9 Jun ini," jelasnya ketika dihubungi.

Bekas penyerang kebangsaan itu turut memberitahu dalam tempoh latihan sepanjang Ramadan ini, pihaknya akan memanggil beberapa pemain muda daripada pasukan belia bagi menjalani latihan bersama dan melalui beberapa perlawanan ujian.

"Kami merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan jiran, Perlis dan Pulau Pinang bulan ini, dan masih mencari tarikh yang sesuai.

"Saya risau tempoh rehat yang panjang ini akan menggangu konsistensi pemain-pemain. Sebab itu kami perlu membuat persiapan awal, lebih-lebih lagi bermula Julai ini jadual perlawanan agak padat dengan aksi Liga Super dan Piala Malaysia.

Kedah bakal meneruskan misi dalam saingan Liga Super selepas bergelar juara Piala FA bulan lalu.

"Lebih kurang sembilan perlawanan yang bakal kami hadapi bulan depan ( liga dan Piala Malaysia). Jadi sudah tentu ia satu tempoh yang agak padat.

"Kami merancang untuk menambah mata dalam saingan Liga Super sekaligus merebut dua kedudukan teratas yang kini dikuasai pasukan JDT, diikuti Pahang yang berkongsi mata dengan kami.

"Manakala JDT pula kelebihan enam mata (30 mata) daripada Kedah," jelasnya panjang lebar.

Dalam masa sama, Nidzam Adzha yang secara rasminya dilantik sebagai ketua jurulatih Kedah musim ini  bagi menggantikan Tan Cheng Hoe berharap pemain-pemainnya yang berada bersama skuad kebangsaan supaya melakukan yang terbaik.

"Mereka perlu bekerja keras untuk merebut sebelas senarai utama pasukan. Tetapi dalam masa sama juga, saya berharap apabila mereka kembali ke skuad negeri tanpa sebarang kecederaan serius.
"Jika itu berlaku pastinya ia memberi sedikit cabaran kepada saya," kata jurulatih berusia 49 tahun ini.

Selain itu, dalam tempoh bercuti ini, Nidzam Adzha akan menggunakan peluang ini untuk berbuka puasa bersama keluarga.

"Biasa saya berbuka dengan makanan kegemaran saya, nasi beriani," ujarnya ringkas.

sumber mStarOnline
Share:

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe