Halaman

Jumaat, 24 Mac 2017

ZAINAL SAH MENGEMUDI PASUKAN PULAU PINANG


GEORGETOWN: Bekas jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan, sah menjadi ketua jurulatih baharu skuad Harimau Kumbang. 

Zainal dilantik secara rasmi bagi menggantikan Ashley Westwood, yang gagal membimbing pasukan sejak awal kempen Liga Super musim ini. Zainal Abidin berkata, beliau akan menggalas tanggungjawab itu dengan sepenuh hati untuk membimbing pasukan sehingga berjaya. 

"Saya berjanji akan memberikan terbaik untuk pasukan dan peminat, untuk mengembalikan kembali kedudukan. "Tugasan ini adalah berat untuk saya tetapi saya yakin dengan tahap pemain Harimau Kumbang. "Saya tidak mempunyai 'magic' tetapi kebolehan untuk membimbing pasukan dan memerlukan sedikit masa," katanya pada sidang media, sebentar tadi. 

Presiden FAP, Zairil Khir Johari, berkata pihaknya amat gembira dengan kehadiran Zainal Abidin, yang berpengalaman luas dalam arena bola sepak Malaysia. 

"Saya yakin pemain Harimau Kumbang memang mempunyai kemahiran dan kebolehan tetapi memerlukan sedikit motivasi dan inspirasi untuk menentukan hala tuju. 

"Dengan kehadiran Zainal Abidin, saya percaya kita telah menemui seorang ketua jurulatih yang berpengalaman dan mampu memulihkan semangat pemain seterusnya kekal dalam Liga Super untuk musim hadapan," katanya. 

Zainal Abidin Hassan berada di United Kingdom selama tiga bulan untuk menimba pengalaman bersama Cardiff City. Kerajaan negeri turut mengumumkan dana tambahan sebanyak RM3 juta kepada FAP untuk menyuntik semangat baharu.

credit BHonline
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe