Halaman

Rabu, 29 Mac 2017

AWASI PEMAIN MUDA PKNP FC - TCH


ALOR SETAR: Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe mengingatkan pemainnya supaya sentiasa mengawasi pergerakan licik pemain muda dan import PKNP FC apabila beraksi pada suku akhir Piala FA di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.

Ketika ini, pengendali skuad Helang Merah itu sudah mengenal pasti beberapa tonggak PKNP FC yang perlu diberi perhatian - Mugenthirren Ganesan dan Shahrel Fikri serta dua tonggak import, Vincent Lucas serta Gilberto Valdenesio. 

Walaupun Kedah dianggap pasukan pilihan berdasarkan rekod cemerlang sebagai juara Piala Malaysia 2016 dan Juara Sumbangsih tahun ini, namun Cheng Hoe tidak pernah menganggap status itu sebagai jaminan untuk mereka berasa selesa. 

"Status pendahulu liga bukanlah jaminan untuk Kedah berasa selasa kerana PKNP FC juga sudah membuktikan kewibawaannya apabila layak ke suku akhir. "Kita perlu terus menggandakan usaha bagi meningkatkan tahap permainan kerana keputusan luar jangkaan boleh terjadi dalam aksi Piala FA ini," katanya. 

Sehubungan itu, Cheng Hoe mahu pemainnya tidak bersikap ambil mudah ketika berdepan lawan yang dianggap bukan pilihan, apatah lagi PKNP FC beraksi di Liga Perdana. "Biarlah kita lebih berhati hati dan menilai segala kelemahan yang perlu diatasi serta terus fokus untuk mencari bekalan selesa menjelang aksi timbal balik di Perak nanti," katanya. 

Sudah tentu, jurulatih ini juga begitu menagih sentuhan serta pengalaman lima pemainnya yang beraksi bersama skuad kebangsaan - Baddrol Bakhtiar, Akram Mahinan, Khairul Helmi, Rizal Ghazali dan Syazwan Zainon untuk berdepan PKNP FC.

credit  BHOnline
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe