Halaman

Jumaat, 3 Mac 2017

KEDAH MAHU KUTIP MATA SABTU INI DI DARUL AMAN


ALOR SETAR: Selepas sekadar meraih satu mata di Selayang apabila seri 1-1 dengan Selangor, Kedah mahu terus fokus memburu kemenangan pada perlawanan bertemu Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Sabtu ini. 

Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, berkata beliau mahu pemainnya meneruskan usaha mengekalkan prestasi baik yang dipamerkan dalam tujuh perlawanan Liga Super yang diharungi dengan rekod tanpa kalah sebelum ini. 

"Memang agak kecewa apabila kita terlepas peluang mencipta kemenangan selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti di hujung perlawanan kepada pihak lawan semasa kita hampir menggenggam tiga mata." "Namun, semua pemain terpaksa menelan hakikat inilah bola sepak kerana di saat akhir kita sedikit leka dan saya harap pemain dapat fokus dan meningkatkan ketahanan mental dalam menempuhi 90 minit perlawanan seterusnya."

 "Ketiadaan pemain utama Baddrol Bakhtiar dan Fakri Saarani dalam perlawanan seolah menampakkan sedikit kesan di bahagian tengah dan serangan, dan dua pemain utama lain Sandro Da Silva dan Syazwan Zainon pula hanya bermain di separuh masa kedua." Ditanya mengenai sumbangan Sandro Da Silva yang menjaringkan gol Kedah, Cheng Hoe berkata, memang Kedah memerlukan Sandro dalam kesebelasan utama dan beliau berjaya membuktikan ketajaman dalam gol pembukaan melalui tendangan bebas.

 "Beliau (Sandro) direhatkan dalam dua perlawanan lalu dan kini kembali pulih dari kecederaan beliau nampak semakin bersemangat dan melihatkan ketajaman dalam beberapa percubaan selepas dimasukkan pada babak kedua perlawanan." "Kemasukan Sandro berjaya merubah corak permainan terutama corak serangan dan berjaya mengembalikan rentak permainan seperti yang diharapkan." 

"Namun secara keseluruhan semua pemain termasuk pemain muda yang beraksi juga tetap menggalas tugas mereka dengan baik walaupun terpaksa bekerja keras memastikan prestasi mereka berada pada tahap yang baik." "Saya mahu semua pemain bangkit, lupakan episod seri ini dan teruskan fokus serta keyakinan untuk mencipta kemenangan seterusnya apabila bertemu Melaka United di Stadium Darul Aman sabtu ini," katanya.

credit BH
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe