Halaman

Rabu, 29 Mac 2017

MARIO GOMEZ MAHU MEREKA MENYARUNG JERSI SEMULA


KUALA LUMPUR: Pengendali skuad Harimau Malaysia, Mario Gomez akan memanggil kembali empat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan selepas mereka mengumumkan persaraan daripada karier antarabangsa. 

Menerusi entri terkini di laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), empat pemain terbabit iaitu bekas kapten, Safiq Rahim; Aidil Zafuan Abd Radzak; S Kunanlan dan Amirulhadi Zainal disifatkan pengendali Argentina itu sebagai pemain berharga buat skuad kebangsaan.

"Empat pemain ini yang akan kembali menyarung jersi skuad kebangsaan adalah satu aset negara. Mereka sudah banyak menabur bakti dan jasa kepada negara sebelum mereka membuat keputusan bersara daripada penyertaan di peringkat antarabangsa. 

"Dengan pengetahuan saya mengenai taktikal permainan sebahagian pemain tempatan, ia adalah satu corak permainan baru yang akan digunakan untuk skuad kebangsaan. "Hanya mereka yang tidak tahu mengenai bola sepak akan menyangkal kenyataan dan menafikannya," kata Gomez menerusi laman sosial rasmi Football Association of Malaysia (Official), sebentar tadi.

Empat bekas pemain kebangsaan itu dikatakan bersedia untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaysia selepas mengumumkan persaraan pada Julai 2016. 

Malah, Aidil yang juga pertahanan pasukan Harimau Selatan itu menyerahkan kepada Gomez sama ada mahu memanggilnya semula mewakili skuad kebangsaan atau tidak.

Bagaimanapun, keputusan ini sudah dijangka susulan pemilihan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden FAM baharu pada Kongres Pemilihan FAM ke-53, Sabtu lalu.

credit BHOnline
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe