Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Jawatankuasa Integriti dan Persatuan Pengadil yang menyiasat berkenaan pengadil dan sistem pengadilan yang lemah serta mencurigakan dalam beberapa perlawanan sebelum ini untuk menyelesaikannya dengan segera.
Siasatan terperinci dilakukan sepenuhnya dan keputusannya perlu diambil minggu ini. Jika jelas individu terbabit gagal mengadili perlawanan dengan baik, hukuman akan dikenakan dan pengadil tersebut harus direhatkan.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan kenyataan di media sosial beliau berkata "Saya ingin memaklumkan jika perkara ini didapati sabit kesalahan kerana unsur rasuah, pengadil tersebut harus digantung seumur hidup."
"Saya juga telah memberi semua nama dan butiran pengadil bersama semua ahli yang bertugas di dalam FAM kepada SPRM supaya pihak berkuasa boleh memantau dan memastikan tiada korupsi di dalam FAM." tambahnya
"FAM perlu memastikan sesiapa yang terlibat dengan bola sepak di Malaysia perlu menjalankan tugas dengan penuh integriti."
0 comments:
Catat Ulasan