Halaman

Ahad, 9 April 2017

MEREKA BERMAIN RUGBI BUKAN BOLA SEPAK - LK8


Liridon jelas tidak berpuas hati dengan corak permainan yang di tonjolkan barisan E. Elavarasan yang dilihat terlalu kasar untuk sebuah perlawanan bola sepak.

Mutu bola sepak yang di tonjolkan PKNS membuatkan Liridon persoal adakah layak pasukan seperti PKNS beraksi di Liga Super.

"Kami tidak perlu berkata banyak. Mereka ini tidak bermain bola sepak, langsung tiada corak permainan.

"Bagi saya, mereka ini tidak layak untuk beraksi di Liga Super.

"Kedua, mutu pengadilan cukup mengecewakan. Ini adalah kali ketiga kami berdepan situasi seperti ini. Kalau ini adalah sukan rugbi ia mungkin bukan satu isu tetapi ini adalah bola sepak," tegas Liridon.

Liridon turut mempersoal mengapa kekasaran pemain PKNS gagal menarik perhatian barisan pengadil, malam tadi.

Pemain berusia 25 tahun itu menyebut tentang penyerang PKNS, Patrick Ronaldinho yang sering mencetuskan kekasaran yang disengajakan.

Buktinya, dua pertahanan tengah Kedah, Zachary Anderson dan Syawal Nordin terpaksa menerima balutan di kepala kerana disiku Ronaldinho, namun insiden itu tidak diadili sewajarnya oleh pengadil, Suhaimi Mat Hassan.

"Emosi agak tinggi ketika ini, tetapi perlawanan ini cukup fizikal. Jelas mereka mahukan satu mata kerana mahu layak ke Piala FA dan PKNS gembira dengan keputusan ini," kata Zachary.

Sementara itu, pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe mengakui keputusan malam tadi bukanlah senario yang diharapkan.

Cheng Hoe turut berkongsi kekecewaan sama mengenai mutu pengadilan sepertimana disuarakan Liridon.

Dia melabelkan Ronaldinho gagal beraksi dengan profesional kerana berniat untuk mencederakan anak buahnya.

"Pengadil perlu mengkaji semula pemain memakai jersi no.4 PKNS (Ronaldinho) kerana menyebabkan kedua-dua bek tengah saya mengalami kecederaan di kepala. 

"Memang jelas apa yang berlaku itu, saya berharap pengadil melihat semula insiden tersebut," katanya.

Pengurus PKNS, Mahfizul Rusydin Abdul Rasid berasa lega kunjungan pasukannya ke Alor Setar, Kedah, sekurang-kurangnya menghasilkan satu mata dalam usaha mengukuhkan kedudukan selaku 11 pasukan terbaik dalam Liga Super.

Dia turut mempertahankan barisan PKNS dengan menyifatkan setiap terjahan dan kekasaran yang berlaku berpunca daripada keadaan padang yang licin kerana hujan sepanjang perlawanan.

"Kita berasakan permainan pada malam ini terutamanya insiden kekasaran serta permainan agresif adalah disebabkan keadaan padang yang licin.

"Senario itu sekaligus membuatkan permainan malam ini kelihatan agak kontroversi," katanya.

credit StadiumAstro
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe