Halaman

Ahad, 9 April 2017

KEDAH JATUH SATU ANAK TANGGA DI BAWAH PAHANG

GAMBAR KFA
ALOR SETAR: Kedah terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dalam saingan Liga Super menentang kelab PKNS FC di Stadium Darul Aman di sini, malam ini. 

Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad Helang Merah turun ke tangga kedua selepas dipintas Pahang, yang menjinakkan Kelantan 2-1 di Kota Bahru, sebentar tadi. Kedua-dua pasukan terikat 19 mata, namun skuad Tok Gajah memiliki kelebihan jaringan gol. 


Dalam suasana hujan di hadapan lebih 20,000 penyokong malam tadi, Kedah memulakan gerakan pada minit kedua melalui sepakan percuma menerusi Sandro Da Silva namun sedikit tersasar. Tuan rumah yang lebih menguasai perlawanan terus mengasak kubu PKNS melalui percubaan pemain sayap, 

Syazwan Zainon pada minit ke-16 tapi tendangan leretnya mudah dibaca penjaga gol PKNS, Mohd Nor Haziq. Pun begitu, PKNS melalui Lucas Sebastian mengejutkan tuan rumah pada minit ke-28 untuk meletakkan pasukannya 1-0 di depan. 

Tersentak dengan gol pendahuluan PKNS itu, Kedah tidak menunggu lama dan bangkit untuk menyamakan kedudukan melalui Zack Anderson pada minit ke-36 yang menolak masuk susulan sepakan percuma Liridon Krasniqi. Pada minit ke-47 Kedah melakukan gerakan bahaya melalui percubaan Sandro yang membuat hantaran lintang kepada Krasniqi, namun dapat dikeluarkan P Gunalan. 

Usaha kedua-dua pasukan terutama Kedah untuk terus mencari gol tambahan buntu apabila beberapa peluang gagal disudahkan dengan sempurna. Kedudukan 1-1 kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

credit BHonline
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe