Halaman

Jumaat, 22 November 2019

WAN KUZAIN TERCICIR SKUAD ONG KIM SWEE


Berikut senarai akhir 20 pemain yang dipilih ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee bagi membawa cabaran Malaysia ke Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina dari 25 November hingga 10 Disember 2019.





Tujuh daripada pemain di atas adalah dari skuad yang meraih pingat perak pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur iaitu penjaga gol Haziq Nadzli, Syamer Kutty Abba, Akhyar Rashid, Adam Nor Azlin, Danial Amier Norhisham, Irfan Zakaria dan Syahmi Safari.

Adam Nor, 23, dan Irfan, 24, berada dalam skuad ke Sukan SEA 2019 di Filipina kali ini selaku pemain yang mengisi dua kuota pemain lebih umur 22 tahun.

Bagaimanapun Wan Kuzain Wan Kamal dari kelab Kelab Major League Soccer (MLS) Amerika Syarikat, Sporting Kansas City tidak tersenarai kerana masalah dokumentasi tidak dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain.

Malaysia akan membuka tirai saingan Kumpulan A berdepan Myanmar pada Isnin, 25 November 2019 diikuti perlawanan menentang tuan rumah, Filipina pada Jumaat, 29 November 2019.

Selepas itu, baki dua lagi aksi peringkat kumpulan adalah bertemu Timor-Leste pada Isnin, 2 Disember 2019 dan Kemboja pada Rabu, 4 Disember 2019. Kesemua empat perlawanan ini di Stadium Memorial Rizal, Manila.

Sementara Kumpulan B pula menampilkan juara bertahan Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos, Singapura dan Brunei.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir yang dijadual pada 7 Disember 2019 manakala perlawanan penentuan pingat gangsa dan seterusnya aksi final dijadual berlangsung pada 10 Disember 2019, sehari sebelum upacara penutup Sukan SEA 2019.

Ini merupakan temasya Sukan SEA kelima berturut skuad Malaysia dibimbing oleh Kim Swee, 49, selepas edisi 2011 di Indonesia, 2013 di Myanmar, 2015 di Singapura, 2017 di Kuala Lumpur dan kali ini 2019 di Filipina.


Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe