Halaman

Ahad, 3 November 2019

JOHOR DT AJAR KEDAH "CARA" MAIN BOLA


KUALA LUMPUR: Aksi final yang b3rat seb3lah! Itu gambaran yang boleh dib3rikan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Ia susulan pr3stasi skuad Helang Merah yang s3akan bukan tandingan buat Harimau Selatan s3lepas t3was mudah 3-0.

Namun, ini bukan kekalahan terbesar yang berlaku di pentas final Piala Malaysia dengan Kedah pernah menewaskan Perak 3-0 pada 2007 dan Singapura pernah meraih kemenangan 4-0 ke atas Pahang pada 1994.

Turun tanpa dua tonggak pertahanan, Renan Alves dan Rizal Ghazali, Kedah terus menerima tamparan hebat apabila kehilangan khidmat Azmeer Yusof yang terpaksa dikeluarkan hanya selepas 16 minit permainan akibat kecederaan.



Faktor itu mungkin menjadi antara punca benteng Kedah tampak mudah ditembusi jentera serangan JDT yang membuka tirai jaringan menerusi Leandro Velazquez pada minit ke-27.

Selain kelonggaran di bahagian pertahanan, anak buah Aidil Sharin Sahak juga dilihat buntu untuk mengatur serangan yang menyaksikan tidak banyak percubaan berbahaya dapat dilakukan pada terutama di babak pertama.



Sebaliknya, JDT yang jelas menguasai permainan berjaya mengukuhkan kedudukan selepas sepakan percuma Safawi Rasid gagal diselamatkan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim pada minit ke-35.

Kealpaan benteng pertahanan Kedah terus dihukum pada minit ke-58 menerusi jaringan Syafiq Ahmad untuk meletakkan JDT mendahului 3-0, sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya Harimau Selatan.



Ia adalah kejuaraan Piala Malaysia kedua yang dimenangi JDT selepas turut m3newaskan Kedah 2-0 di pentas final, dua tahun lalu.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe