Halaman

Selasa, 19 November 2019

INDONESIA DATANG AWAL, MASALAH MEREKA SUDAH SELESAI.


KUALA LUMPUR: Dua misi berbeza kini dipikul seluruh pemain Harimau Malaya pada aksi menentang Indonesia pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Selain mengekalkan kedudukan pasukan di landasan tepat untuk memburu slot ke Piala Asia, Harimau Malaya juga kini memburu penutup cemerlang bagi kempen 2019.

Secara matematik dan andaian atas kertas, anak buah Tan Cheng Hoe diramal mampu memastikan tiga mata ketika lawan mereka kini berada dalam situasi tidak stabil, tewas kesemua empat perlawanan Kumpulan G.

Begitupun sedar lawan mereka kini seakan Garuda terluka, Cheng Hoe menuntut pemainnya supaya tidak mudah berasa selesa sekali pun beraksi di depan penyokong sendiri.

"Saya rasa masalah (dihadapi Indonesia) itu sudah pun selesai kerana kalau tidak, mana mungkin mereka datang lebih awal berlatih di sini. Indonesia mempersiapkan pasukan untuk mendapatkan keputusan positif.

"Kita tidak boleh katakan kita ada kelebihan bermain di tempat sendiri kerana kalau kita tidak hadir dengan motivasi dan fokus, akhirnya kita juga boleh dibolosi.

"Tetapi Bukit Jalil berikan inspirasi malah jualan tiket juga cukup membanggakan dan boleh beri motivasi kepada kami," katanya pada sidang media pra perlawanan semalam.

Pada aksi pembukaan Kumpulan G di Jakarta September lalu, Harimau Malaya berjaya mengatasi Indonesia 3-2 dan kemenangan ke atas Thailand sebelum ini memberikan harapan tinggi kepada penyokong untuk melihat kemenangan milik skuad negara.

Harimau Malaya kini menghuni tangga keempat Kumpulan G, berkongsi enam mata bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE), manakala Vietnam cemerlang di puncak carta, mengumpul 10 mata diikuti Thailand kedua (7 mata).

"Tidak kira perlawanan saya rasa tekanan akan ada. Kami tidak boleh anggap tidak ada tekanan kerana pihak lawan hadir dengan persediaan yang cukup rapi.

"Semua jurulatih dan pemain mahukan kemenangan tetapi pemain faham situasi ini dan tahu bagaimana untuk atasi keadaan ini," katanya.

VIDEO EKOR HARIMAU SEJATI CHANT

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe