Halaman

Sabtu, 5 Ogos 2017

"KAMI MAHU MERAMPAS KEDUDUKAN KEDUA LIGA"- Ahmad Shaharuddin Rosdi


Pemangku jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddin Rosdi, mengakui pertemuan Liga Super menentang Kedah, malam ini, sebagai perlawanan penentu buat skuad Tok Gajah untuk meraih kedudukan kedua terbaik musim ini. 

Tanpa berselindung, Shaharuddin mengakui dua kekalahan kepada Lang Merah pada musim ini masih berbekas, justeru mereka ingin melunaskan dendam lebih-lebih lagi tewas dalam perebutan Piala FA. 

"Perlawanan malam ini sememangnya kami nanti-nantikan selepas dikecewakan dalam pusingan pertama di Alor Star dan perlawanan akhir Piala FA. 

"Kami masih ingat lagi kekalahan dalam final," katanya. 

Kedah kini mengumpul 34 mata sementara Pahang dengan 30 mata selepas 18 perlawanan. Kemenangan di Stadium Darulmakmur, malam ini, akan membuka semula peluang tuan rumah untuk mengintai kedudukan kedua terbaik liga. 

"Malam ini penentu untuk kami merampas kedudukan kedua liga. Kami perlu menghadapinya dengan aksi terbaik."

Begitupun, Pahang kehilangan Muslim Ahmad dan Ahmad Syamim Yahya dalam usaha mereka memburu mata penuh.

"Saya berharap pengganti mereka akan memainkan pengaruh."

sumber : StadiumAstro

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

propeller

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe