Halaman

Sabtu, 14 Disember 2019

KFA Umum Pemain Import Kouta Asia 2020




KENYATAAN MEDIA KFA

PEMAIN BAHARU PASUKAN LIGA SUPER KEDAH DAN STATUS JAFRI CHEW ABDULLAH.

Pihak pengurusan tertinggi KFA kini telah memasuki fasa akhir persiapan bagi melengkapkan senarai pemain menjelang musim 2020 tidak lama lagi.
Ketika pelbagai desas-desus berkenaan kuota pemain import Asia, saya dan barisan kejurulatihan pasukan yang diketuai oleh Aidil Sharin Sahak telah mengambil sedikit masa di dalam membuat keputusan yang teliti bagi memilih seorang ‘Jeneral’ di bahagian tengah untuk melengkapkan slot terakhir pemain import.
Saya dengan ini mengumumkan pemain import kuota Asia bagi pasukan Liga Super Kedah ialah AMIN ADAM LAZARTE NAZARI, berumur 26 tahun, dilahirkan di Sweden dan mempunyai kerakyatan Filipina.
Beliau sebelum ini beraksi bersama skuad kebangsaan Filipina dan kelab Ratchaburi Mitr Phol FC (Thailand). Amin akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas pada jam 2:30 petang Ahad ini.






 Pihak pengurusan juga telah mengikat seorang lagi penjaga gol iaitu pemain skuad remaja kebangsaan, Mohd Azri Abdul Ghani, 20 tahun, berasal dari Kelantan dan beraksi bersama pasukan Bawah 19 tahun Kebangsaan serta kelab Felda United FC.
Selamat datang saya ucapkan buat Amin dan Azri!
Saya juga mahu memaklumkan mengenai status terkini Muhammad Jafri bin Muhammad Firdaus Chew, pemain yang telah diumumkan sebelum ini antara pemain tempatan baharu KFA. Pasukan Liga Super Kedah terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat beliau selepas beliau disahkan tidak cukup cergas untuk memenuhi syarat utama kontrak professional pemain bolasepak iaitu melepasi ujian kecergasan bersama pasukan yang bakal diwakili pemain itu sendiri. Keputusan ini bukanlah mudah buat KFA, namun keutamaan haruslah diberikan kepada persiapan sebuah pasukan yang mantap di dalam menongkah cabaran musim depan dengan bermulanya aksi sebenar seawal 21 Januari 2020 nanti iaitu di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC.
Pihak pengurusan mengucapkan agar Muhammad Jafri segera pulih dari kecederaan dan dapat terus menyinar dalam arena bolasepak Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Pulun Kedah Pulun!
ANAS HAFIZ BIN MUSTAFFA
Naib Presiden 1 KFA merangkap Ketua Unit Liga Super Kedah
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BIODATA PEMAIN IMPORT KUOTA ASIA
Nama : Amin Adam Lazarte Nazari
Tarikh lahir : 26 April 1993 (berumur 26 tahun)
Tempat lahir : Malmö, Sweden
Tinggi : 1.81 meter
Posisi : Pemain Tengah
Nombor jersi : 93
INFO KELAB:
Kelab Lama : Ratchaburi Mitr Phol FC
KERJAYA REMAJA:
1998–2011 Malmö FF
KERJAYA PROFESSIONAL:
Tahun / Pasukan/Penampilan/Gol
2011–2015 Malmö FF 18 (0)
2013 → Assyriska FF (loan) 23 (4)
2015 → Fredrikstad (loan) 26 (3)
2016–2017 Falkenbergs FF 39 (3)
2018 IFK Mariehamn 24 (3)
2019– Ratchaburi Mitr Phol 13 (0)
SKUAD KEBANGSAAN
2009 Sweden U17 12 (3)
2011–2012 Sweden U19 8 (3)
2013 Sweden U21 1 (0)
2018– Philippines 2 (0)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
BIODATA PENJAGA GOL BAHARU
Nama : Muhammad Azri Abdul Ghani
Tarikh Lahir : 30 April 1999 (berumur 20 tahun)
Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan
Posisi : Penjaga Gol
Tinggi : 1.77 meter
Berat : 78kg
Kelab lama : Felda United FC
Skuad Kebangsaan: Pasukan Bawah 18 dan 19 tahun Malaysia
Share:

1 ulasan:

  1. Baccarat - Learn how to play at a casino game with the
    The online casino 메리트카지노 gambling industry is fast becoming a real thing, as new casino sites start popping up, and the growth 카지노 of Baccarat 바카라 online

    BalasPadam

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe