Halaman

Rabu, 22 November 2017

"Ya, KFA Dah Call Saya," - Ramon Marcote



ALOR SETAR - Bekas Penolong Ketua Jurulatih Kedah, Ramon Marcote mengesahkan dirinya telah dihubungi Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) untuk berbincang mengenai tawaran kontrak sebagai Ketua Jurulatih skuad Lang Merah.

Marco ketika dihubungi Kedahnews.com berkata, KFA dan pihaknya kini sedang dalam usaha ke arah perbincangan yang lebih serius dalam masa terdekat dan berharap ia bakal membuahkan hasil yang positif.

"Ya, mereka ada menghubungi saya, tapi dalam satu perbincangan ringkas.

"Semuanya kini sedang lancar dalam usaha ke arah tersebut (mengikat kontrak). Namun begitu, kita perlu bersabar dan menunggu," kata Marco kepada Kedahnews.com, awal pagi ini.

Kedahnews.com sebelum ini mengambil inisiatif "merisik" Marco yang kini berada di Madrid, Sepanyol, bertanyakan sama ada beliau terikat kontrak dengan mana-mana pihak sebelum "dilamar" KFA.

Marco berkata, beliau tidak terikat kontrak dengan mana-mana pihak dan sedia untuk kembali berkhidmat mengemudi skuad Lang Merah sekiranya diberi peluang oleh KFA.

Selain itu, bekas penolong Ketua Jurulatih kelab ternama Sepanyol, Athletico Madrid itu berkata, beliau mengharapkan agar ditawar kontrak yang bersifat jangka panjang bagi membentuk pasukan yang lebih mantap dan konsisten.

Mengulas mengenai minatnya untuk menyertai Lang Merah, Marco menjelaskan bahawa penyokong Kedah merupakan faktor istimewa yang menarik beliau untuk kembali bertugas ke negeri ini.

"Penyokong Kedah sangat menakjubkan dan sangat istimewa. Mereka buat kita benar-benar berada di dalam stadium," jelasnya sebelum ini sambil memuji pengurusan KFA yang begitu komited menguruskan skuad kebanggaan rakyat Kedah itu.

sumber kedahnews.com
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe