Halaman

Jumaat, 7 Julai 2017

NIDZAM LEGA AYAM TAMBATAN KEDAH PULIH SEDIA KALA


ALOR SETAR: Kerisaun skuad Kedah terubat apabila tunjang utama skuad Helang Merah iaitu penyerang Ken Ilso dan dua pertahanan, Zac Anderson dan Rizal Ghazali, bakal kembali memperkasakan pasukan dalam aksi kumpulan C Piala Malaysia menentang UiTM FC petang ini. 

Ketua Jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff, berkata skuadnya yang bertolak ke Shah Alam pada petang ini akan disertai oleh ketiga tiga lagi pemain tunjang utama yang kembali pulih dari kecederaan masing masing. Katanya, kehadiran Zack Anderson, Rizal Ghazali dan Ken Ilso Anderson yang terpaksa berehat dalam beberapa perlawanan lalu akan memperkuatkan kembali jentera pasukan yang sedikit menurun dari segi prestasi baru-baru ini. 

"Namun begitu tenaga muda yang menggantikan mereka seperti Syawal Nordin, Ariff Farhan dan Syafiq Ahmad juga telah bertindak baik dan memberi kesan yang positif. "Saya memahami apa yang mereka lalui dan saya yakin dengan latihan yang sudah mereka lalui lebih sebulan, mereka mampu meningkatkan kemampuan masing masing ke tahap yang disasarkan selepas ini. 

"Kita tetap akan membariskan kesebelasan terbaik walaupun rekod perlawanan memihak kepada kita sebanyak tiga kali menang dan tiga kali seri sejak mula bertemu UiTM bermula 2013 lalu di kancah Liga Perdana," katanya.

sumber BHOnline
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe