KFA PANDANG SERIUS KEGIATAN PENIPUAN INDIVIDU SALAH GUNA NAMA DAN LOGO KFA BAGI TUJUAN MERAIH SUMBANGAN AWAM
Satu siasatan dalaman telah dilakukan oleh pihak pengurusan selepas menerima laporan awam dan mendapati tiada kebenaran diberikan kepada mana-mana pihak bagi tujuan tersebut. Individu yang menyamar sebagai pihak mewakili KFA tersebut juga tidak dikenali dari mana-mana cawangan Kenari Kids dibawah seliaan KFA dan aktiviti yang didakwa akan dijalankan juga meragukan selepas siasatan susulan dilakukan oleh pengurusan dengan pihak berwajib.
Oleh itu, pihak KFA memandang serius aktiviti penipuan oleh individu tersebut dan satu laporan polis dilakukan bagi melindungi hak KFA dan membanteras aktiviti penipuan ini.
Kami percaya dengan kesedaran orang awam dan penyokong yang sentiasa menyokong KFA, sebarang aktiviti yang meragukan dan berunsur penipuan, anda dinasihatkan untuk sama-sama menyalurkan maklumat kepada KFA dan melakukan siasatan awal sebelum membuat sebarang sumbangan dana.
Sekian, terima kasih.
YB ASMIRUL ANUAR ARIS
Setiausaha Kehormat KFA