Halaman

Sabtu, 26 Februari 2022

Olubunmi Adigun Antara Pemain Import Terbaik Sepanjang Zaman






Olubunmi Adigun atau nama Islamnya, Abdul Rahman Adigun Abdullah adalah antara pemain import terbaik sepanjang zaman yang pernah Kedah miliki. Mempunyai kualiti, kredbiliti & dedikasi yang begitu tinggi selaku antara pemain import yang bernilai pernah menyarung Jersi keramat kita.


Seorang pertahanan kental, keras & mempunyai 'seni permainan' yang menakjubkan. Ketenangan beliau mengemudi & mengepalai benteng pertahanan sentiasa terserlah biar dalam apa saja keadaan. Bijak mengawal keadaan & mencuri bola di kaki lawan seolah lawan terpukau dengan beliau.


Hadir dengan menyarung JERSI NO 10 yang lazimnya disarung oleh seorang penyerang, beliau mencipta keunikan tersendirinya ketika itu. Bukan saja kelainan itu, malah ketika beraksi dipadang sepanjang minit perlawanan, beliau & rakan senegaranya, Peter Niekeitien ketika itu memakai kain tuala good morning di tengkuk & pergelangan tangan yang menpunyai cerita tersendiri. Ada cerita yang pernah saya dengar dari bekas-bekas lagenda Kedah, yang kain tuala itu direndam dengan air yang berbau bagi kepercayaan mereka untuk melunturkan semangat pemain lawan! Unik bukan😅


Selain itu , Adigun juga pernah bertindak selaku bidan terjun menjadi Penjaga Gol Kedah! 

.

Adigun mengambilalih posisi itu dikala kedua-dua penjaga gol utama Kedah ketika itu, Ahmad Sobri Ismail & Azmi Mahmud tercedera dalam satu perlawanan. Itulah lagi keistimewaannya. Antara pemain kesayangan Allahyarham Dato Ahmad Basri Akil ketika itu, biarpun Adigun kadang kadang agak 'nakal', namun kredbilitinya itulah yang menjadikan beliau kesayangan untuk semua penyokong ketika itu.




Gempar juga dengan cerita kontroversi dalam keriernya ketika di Kedah namun tetap tenang sehingga memeluk agama Islam. Antara detik paling dinanti oleh  penyokong setia dari Adigun ketika zamannya bersama Kedah, adalah sikapnya di atas padang yang sentiasa tenang, rilekss & bersahaja menimang bola di kaki, kepala & tengkuk dalam 90 minit permainan andai Kedah telah selesa mendahului. Itulah yang selalunya diharapkan oleh penyokong ketika itu! Ahhh! Betapa padunya sorakan ketika itu!


Itulah antara kenangan ketika beliau bersama Kedah. ANTARA tonggak import pertahanan terbaik dalam sejarah, kemudian barulah menjelma pertahanan-pertahanan import lain seperti Kane Mamadou Maryam Diallo(1996-1998) & Cornelius Bernad Hugging Outlaw (2004-2008) yang mempunyai sedikit mirip corak permainan beliau, namun OLUBUNMI ADIGUN TETAP SATU!


Itulah Olubunmi Adigun atau Abdul Rahman Adigun Abdullah. Kepada lagenda kita walau kini dimana saja, 



OLUBUNMI OLERAWAJU ADIGUN / ABDUL RAHMAN ADIGUN ABDULLAH

.

●Asal : Lagos,Nigeria.

●Posisi : Sweeper/Pertahanan.

●No Jersi : 10.

●Kelab Diwakili : Laventis United (Nigeria), Asmo FC (Gabon), FC Eeklo (Belgium), Panathinaikos (Greece), Kedah FA (1992-1994)

●Kerier Negara : Mewakili Skuad Kebangsaan Nigeria 1983-1992.

●Pemain Idola : Diego Armando Maradona.



Biar Jasa Jadi Kenangan,

Hijau Kuning Lambang Kemegahan🔰

.

Setia Untuk Legasi🌹

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Support Us

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Subscribe

proppeller

Back to Top
 
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe